Pentingnya kerjasama antara pasangan dalam mendisiplinkan anak
Pakar selalu menasihatkan ibu bapa – cara mendisiplinkan anak akan jadi lebih berkesan jika setiap pasangan saling kerjasama dan saling menyokong keputusan.
Tapi, seorang ibu bernama Rachel Fong ini telah melakukan sesuatu yang berlainan! Beliau telah menolak kata-kata pasangannya dan menyebelahi anaknya kali ini.
Mari kita baca apa situasi beliau.
Perselisihan faham telah berlaku antara Micah dan suami saya. Micah berusia enam tahun – marah apabila ayahnya asyik membiarkan adik Micah memilih buku ceritanya 3 malam berturut-turut. Walaupun suami saya memandang remeh perkara ini, saya memutuskan untuk campur tangan dan menyebelahi Micah. Ini kerana saya ingin dia tahu ada undang-undang keadilan dan ketenteraman di dunia ini. Micah tidak patut dipersalahkan apabila di tidak melakukan sebarang kesalahan!
Pendekatan disiplin yang berlainan
Setiap pasangan mempunyai cara masing-masing apabila mendidik anak.
Ada juga banyak benda yang boleh menimbulkan konflik antara ibu bapa. Contohnya: berapa banyak masa harus diberi pada anak untuk menonton tv setiap hari?
Atau juga isu-isu besar lain seperti disiplin yang diterapkan pada anak atau pencapaian akademik anak-anak.
Di samping ini, ramai ibu bapa menghadapi situasi terpaksa menahan diri dari menyampuk di depan anak apabila mereka mempunyai pendapat yang berlainan dari pasangan.
Itu tindakan yang sukar, katanya!
Tapi, pakar menegaskan pasangan yang bekerjasama dan sepakat amat penting kerana ia menyumbang kepada suasana keluarga yang selamat.
Jadi, menolak pandangan pasangan dan menyebelahi anak adalah cara disiplin yang berbeza.
Jom semak bila kita boleh buat cara disiplin ini di rumah!
Bila kita boleh menyebelahi anak-anak?
- Apabila kita sudah tahu cerita sebenarnya dan pasti anak tidak bersalah
- Apabila pasangan telah melakukan kesalahan terhadap anak
- Apabila cara pengendalian pasangan terhadap sesuatu situasi itu tidak baik (hilang kawalan)
- Apabila anak dimarah dan diperkecilkan sehingga ia menjadi penderaan emosi
- Apabila anak lain mengambil kesempatan pada anak yang lebih pendiam
- Apabila pasangan gagal melihat anak sedang dibuli abang/kakak/adiknya
Pasangan akan bergaduh dan menyindir apabila adanya konflik
Malangnya, pasangan seringkali menggunakan kata-kata dan nada suara yang menyindir apabila mereka bercanggah pendapat.
Jika perselisihan yang berlaku dibincangkan dengan betul, ia boleh menjadi titik pembelajaran untuk anak, kata Sam Kuna, Presiden Persatuan Kaunseling Singapura.
“Ibu bapa boleh bercanggah pendapat tanpa bergaduh“, kata Sam.
Ibu bapa juga boleh menjelaskan kepada anak-anak mengapa pandangan mereka berbeza.
“Apabila pasangan tak bersetuju di antara satu sama lain, ia bukan bermaksud mereka tak lagi saling menghormati,” “Jadi, tak ada gunanya ibu bapa berpura-pura sepakat sedangkan mereka tak sefahaman. Ini tidak akan mengajar anak apa-apa kerana dia tak nampak ibu bapanya berunding dan bertolak ansur.”
Ha… dengar itu ibu bapa semua! Anda juga boleh ajar anak-anak bagaimana ingin mengendali perbezaan pendapat tanpa bergaduh.
Dengan didikan anda, mereka akan lebih mudah faham.
Bersedia tangani perselisihan faham antara pasangan depan anak-anak
Pasangan boleh cuba untuk memberi “tanda” apabila mereka tak bersetuju dengan cara pasangan mengendali sesuatu atau apabila pasangan hilang kawalan ketika mendisiplinkan anak.
Ini supaya mereka akan sedar bahawa mereka sudah melampaui batas dan perlu timeout sekejap.
Apabila situasi sudah reda, bawalah berbincang tentang perselisihan yang berlaku supaya hubungan dapat dipulihkan.
Galakkan anak-anak untuk saling meminta maaf antara satu sama lain, jika mereka bergaduh. Sama juga macam anda dan pasangan!
Kebanyakkan ibu bapa lebih suka mengambil jalan keluar untuk mengelak situasi begini.
Tapi dengan mengelak, anak anda tidak akan mempelajari proses pembelajaran dari insiden ini.
Sebagai ibu bapa kita perlu belajar untuk mengawal emosi kita. Kita perlu mengajar anak-anak yang walaupun perselisihan faham boleh berlaku, kita akan selalu berusaha untuk mengendalinya dengan cara yang betul.
Baca juga:
Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!
Sumber: Straits Times