Jika anda melakukan hubungan seks dengan suami tanpa perlindungan, pasti anda risau dan ingin tahu cara elak hamil selepas pancut dalam. Suami mungkin tidak suka kondom manakala anda pula mungkin terlupa (atau tidak suka) untuk ambil pil perancang.
Isi Kandungan
Pancut Luar Elak Kehamilan, Benarkah?
Kaedah pancut luar memang nampak macam simple je lelaki tarik keluar zakar sebelum ejakulasi, supaya air mani tak masuk dalam faraj.
Senang kan? Tak perlukan alat atau ubat-ubatan, hanya bergantung pada timing dan kawalan diri. Tapi, walaupun nampak mudah, sebenarnya kaedah ni agak tricky, terutama kalau anda dan pasangan tak berapa berpengalaman.
Kajian menunjukkan bahawa kaedah ini ada kadar keberkesanan antara 80% hingga 90%. Jadi, dalam 100 pasangan yang guna kaedah ni, lebih kurang 5 hingga 10 pasangan je yang mungkin tak terlepas dari risiko hamil.
Namun, nak buat kaedah ni dengan tepat memang cabaran! Kalau lelaki terlambat tarik keluar, atau kalau ada sedikit cecair pra-ejakulasi yang mengandungi sperma, peluang untuk hamil tetap ada.
Walaupun cara ni boleh jadi pilihan untuk sesetengah pasangan, kalau nak lebih yakin dan selamat, kontraseptif lain yang lebih efektif macam pil atau kondom adalah pilihan yang lebih baik.
Jadi, kalau bimbang tentang kehamilan yang tak dirancang, apa kata berbincang dengan pakar kesihatan untuk cari yang paling sesuai?
Bagaimana Elak Hamil Selepas Pancut Dalam?
Berikut adalah cara elak hamil selepas pancut dalam:
1.Pil Kecemasan
Morning-after pill atau Postinor-2. Ia merupakan ubat hormon yang mampu mencegah persenyawaan.
Cara memakannya: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Lebih bagus jika ambil 24 jam selepas itu.
Makan sebiji lagi pil selepas 12 jam. Jumlahnya 2 biji pil. Jumpa doktor jika haid tidak datang melebihi 3 minggu kerana khuatir anda telah mengandung.
2.Pil Perancang
Dengan mengambil pil perancang keluarga. Makan 4 biji pil perancang selepas 72 jam berhubungan seks. Kemudian, makan lagi 4 biji pil 12 jam kemudian. Jumlah 8 biji pil.
3.IUCD
Pasang alat IUCD oleh doktor terlatih. Alat itu harus dipasang dalam masa 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
4.Teknik Buang Air Mani
Anda mungkin boleh mencangkung dan biarkan air mani keluar dari faraj. Ada juga yang mengatakan boleh mengeluarkannya dengan cara batuk kuat.
Anda juga dinasihatkan buang air kecil selepas melakukan hubungan seks.
5.Mandi
Mandi selepas hubungan seksual mungkin membantu untuk membersihkan badan dari sisa-sisa air mani yang ada di luar faraj, tetapi ia tidak memberi jaminan untuk menghalang sperma yang sudah memasuki faraj atau rahim.
6.Buang Air Kecil
Walaupun membuang air kecil mungkin dapat membersihkan saluran kencing, ia tidak akan mempengaruhi sperma yang telah masuk ke dalam faraj.
Sperma yang telah disemai di dalam faraj masih boleh bergerak ke dalam rahim walaupun selepas membuang air kecil.
7.Menyemburkan Air Ke Dalam Faraj
Menyembur air ke dalam faraj mungkin memberikan rasa bersih sementara, tetapi ia tidak akan membuang sperma yang telah masuk ke dalam rahim atau saluran pembiakan.
Sperma boleh bergerak ke dalam rahim dengan cepat selepas ejakulasi.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pancut Luar Boleh Mengandung Atau Tidak? Ini Kelebihan, Kekurangan & Tips
Baca juga: Seks Ketika Hamil: 10 Perkara Penting & Cara Atasi Rasa Kurang Yakin Bersama Pasangan
Baca juga: Dah Ikat Peranakan (BTL) Tapi Masih ‘Lekat’, Ibu Terkejut Dapat Tahu Mengandung 6 Bulan