X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sperma Sihat Bukan Hanya Dari Segi Pemakanan Sahaja, Tapi Juga Gaya Hidup Tak Merokok Dan Vape Bagi Kaum Lelaki

5 min bacaan
Sperma Sihat Bukan Hanya Dari Segi Pemakanan Sahaja, Tapi Juga Gaya Hidup Tak Merokok Dan Vape Bagi Kaum Lelaki

Tahap kesuburan lelaki adalah bergantung pada sperma sihat atau tidak. Kini terbukti merokok dan vape punca kualiti sperma menurun.

Tahu tak sebenarnya sperma sihat tidak hanya bergantung kepada pemakanan kita semata, tetapi juga dari segi gaya hidup yang kita amalkan. Yang terkini, menghisap rokok dan vape didakwa menjadi punca utama masalah kesuburan lelaki di negara kita ini.

Jadi jangan dituding jari pada kaum wanita sahaja ya jika sudah merancang untuk mendapatkan cahaya mata tetapi diberikan lagi peluang. Ya benar zuriat itu adalah rezeki dan siapa tahu rezeki masing-masing bagaimana, tetapi masa kini harus juga dilihat dari segi gaya hidup seseorang atau sesebuah pasangan itu amalkan seperti merokok atau vape yang mana kerana ia boleh jadi punca kepada masalah kesuburan.

 Menurut Pakar Perunding Reproduktif Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammad Azrai Abu, tabiat merokok dan menghisap vap sebenarnya membawa kesan yang lebih buruk lagi berbanding cara pemakanan kita.

Sperma Sihat Bukan Hanya Dari Segi Pemakanan Sahaja, Tapi Juga Gaya Hidup Tak Merokok Dan Vape Bagi Kaum Lelaki

“Merokok dan menghisap vape ini memberi kesan yang sangat teruk kepada lelaki, kesannya ia akan menyebabkan kadar penghasilan sperma itu berkurangan,” ujar Dr Muhammad Azrai.

Jelas diperkatakan yang mana dengan amalan menghisap rokok dan vape menjadi faktor utama penghasilan sperma di dalam tubuh lelaki berkurangan, sekaligus membuatkan proses untuk persenyawaan diantara sperma dan telur di dalam rahim wanita menjadi sukar.

Faktor lain sperma sihat jadi sperma tidak berkualiti

Sperma Sihat Bukan Hanya Dari Segi Pemakanan Sahaja, Tapi Juga Gaya Hidup Tak Merokok Dan Vape Bagi Kaum Lelaki

Tambahnya lagi, faktor lain yang menyebabkan sperma sihat menjadi tidak sihat adalah pemakaian seluar yang ketat. 

“Selain itu pemakaian seluar yang ketat juga menyumbangkan kepada masalah ini kerana aliran darah tidak dapat mengalir ke bahagian testis untuk menghasilkan sperma.

“Sebagai seorang lelaki, individu ini perlu tahu bagaimana cara untuk menjalani kehidupan tanpa menjejaskan tahap suburan mereka.

“Perkara yang perlu dielakkan adalah pemakaian seluar yang terlalu ketat, berhenti merokok dan vape dan juga kurangkan melakukan kerja yang boleh memberikan tekanan yang melampau,” katanya lagi.

Justeri itu, kaum lelaki perlulah bijak dalam memilih seluar untuk dipakai setiap hari kerana ia juga menjadi faktor lain dalam memberi impak kesihatan kesuburan anda. Malah, perkara ini semua perlukan kesedaran masing-masing dalam menjaga kesuburan diri kerana percayalah yang biarpun harga rokok dan vape dinaikkan, masih ada sahaja lagi yang membelinya.

Jadi pokok pangkalnya, kena ada kesedaran diri masing-masing dalam hal menjaga kesuburan ini demi sperma sihat dan memudahkan proses untuk mendapatkan kehamilan.

Dr Muhammad Azrai turut mengungkap yang mana jika masalah ini berterusan pada masa akan datang, boleh dianggarkan yang mana negara kita ini akan sarat dengan warga tua semata tanpa generasi baru sebagai pewaris kita.

“Jika dibiarkan berterusan, kita tidak akan ada pewaris yang boleh menggantikan orang yang sudah meninggal dunia.

“Secara tidak langsung, pertumbuhan negara akan terkesan, ia akan mengganggu pertumbuhan negara daripada segi tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Lakukan ujian kandungan sperma

ujian sperma untuk mengesan sperma sihat atau tidak

Selain itu, Dr Muhammad Azrai juga mencadang untuk pasangan yang merancang untuk mendapatkan anak tetapi masih tidak diberikan rezeki selepas dua tahun perkahwinan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik dengan melakukan ujian kandungan sperma.

“Kita boleh memberikan rawatan. Memang kuantiti sperma itu tidak dapat ditingkatkan sekiranya penghasilannya sudah rosak tetapi kuantitinya masih boleh ditingkatkan.

“Kita akan berikan nutrien yang spesifik untuk pertumbuhan sperma seperti zink dan beberapa nutrien lain supaya sperma lebih aktif.

“Contohnya kuantiti normal sperma adalah 15 juta tetapi suami hanya mampu hasilkan 10 juta sperma, jadi kita mahu kesemua 10 juta sperma itu boleh digunakan,” katanya.

Tahukah anda bahawa di negara kita ini, sebanyak 60 peratus spesimen sperma menunjukkan keputusan abnormal. Ini bermaksud yang lebih daripada separuh sperma lelaki mempunyai masalah kesuburan atau sperma tidak berkualiti.

Perkara ini dilaporkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN).

“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya lagi.

Menurut Pakar Perunding (Urologi) Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Ahmad Nazran Fadzli, 60 peratus tersebut adalah berdasarkan hasil ujian terhadap keluarga yang berhadapan dengan masalah untuk melahirkan anak dan bukannya 60 daripada 100 lelaki biasa yang mempunyai masalah sperma.

Ujian tersebut dilakukan kepada pasangan yang mempunyai kesukaran atau masalah dalam mendapatkan anak. Ia tidaklah dibuat kepada orang awam secara terbuka.

“Pada 2019, ada seorang doktor di Terengganu melakukan kajian daripada 300 pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak, 23 peratus sahaja yang mempunyai masalah sperma tidak normal,” ujar Dr Ahmad Nazran Fadzli.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Bahkan, isu susah untuk mendapatkan anak ini bukan hanya disebabkan sperma sihat menjadi tidak sihat atau abnormal tetapi ia disumbangkan daripada masalah yang dihadapi oleh pasangan lelaki dan perempuan.

Namun, usah terlalu bimbang, kerana walaupun sperma dalam keadaan tidak stabil atau abnormal, pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak masih boleh mencuba untuk mendapatkan anak.

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Jangan Larang Kalau Suami Tidur Awal, Sperma Lebih Sihat Jika Suami Tidur Jam 10.30 Malam!

Baca juga: 4 Tips Untuk Sperma Yang Lebih Sihat, Subur & Kuat, Suami Patut Tahu!

Baca juga: Warna Sperma Suami Boleh Tentukan Sama Ada Ia Subur Atau Tidak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Sperma Sihat Bukan Hanya Dari Segi Pemakanan Sahaja, Tapi Juga Gaya Hidup Tak Merokok Dan Vape Bagi Kaum Lelaki
Kongsikan:
  • Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

    Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

  • Ekzema Kulit Bayi & Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi Pengalaman & Petua Berkesan Merawatnya

    Ekzema Kulit Bayi & Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi Pengalaman & Petua Berkesan Merawatnya

  • Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Stories Rakan Kongsi

    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya

  • Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

    Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

  • Ekzema Kulit Bayi & Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi Pengalaman & Petua Berkesan Merawatnya

    Ekzema Kulit Bayi & Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi Pengalaman & Petua Berkesan Merawatnya

  • Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Stories Rakan Kongsi

    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.