Sebelum "Pancut Dalam", Minum Air Gas Untuk Cegah Kehamilan - Fakta Atau Auta?

Betul ke minum air bergas atau berkarbonat ini boleh mencegah kehamilan? Memang berkesan ke?

Jika anda tercari-cari cara elak mengandung selepas bersama, pasti anda pernah nampak tips orang kata air gas bersifat “tajam” dan mampu membunuh sperma, kan?

Tapi pernah tak anda terfikir… betul ke tips ni? Ke auta saja? Ha, jom kami kongsikan apakah fakta tentang cara elak mengandung selepas bersama dan apa pula yang auta seperti di bawah ini.

Minum air gas sebagai cara elak mengandung selepas bersama? Itu hanya mitos! 

Kredit: Aafiyat Lifestyle

Semuanya menjadi viral apabila ada seorang budak perempuan yang kerap bermain WeChat ditipu hidup-hidup oleh si perogol yang mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Kisahnya begini… remaja perempuan terbabit telah terlanjur dengan kenalan rakan WeChatnya hingga dirogol. 

Apa yang peliknya, sebelum perbuatan tersebut dilakukan, si perogol memaksa dan memberi mangsa minum air berkarbonat yang kononnya dapat matikan sperma! Eh, konfiden betul dia! 

Tapi jangan terkejut jika ada segelintir masyarakat yang masih percayai air berkarbonat atau air gas berkesan sebagai salah satu cara elak mengandung selepas bersama. 

Kepercayaan ini wujud kerana mereka percaya nilai asid dalam minuman ringan tersebut dapat membunuh sperma dan gula dalam kandungan air itu mampu meletupkan sel sperma.

Cara elak mengandung selepas bersama: Ini fakta yang betul! 

Belum ada bukti atau kajian saintifik yang menerangkan minuman bergas boleh mencegah kehamilan. 

Antara kelebihan minuman bergas yang sudah diketahui umum ialah ia boleh digunakan untuk mencuci periuk sebagai alat pengilat dan dapat menghilangkan kesan gam yang melekat pada rambut. 

Apa yang pasti, minuman berkarbonat bukan berfungsi bagi mencegah kehamilan!

Hal ini kerana, sperma yang keluar ketika hubungan seks adalah sangat pekat dan laju. Ia akan menuju terus ke saluran servik dan risiko hamil adalah sangat tinggi. 

Jadi jika anda guna kaedah ini bagi menghalang kehamilan, ia adalah perbuatan yang sia-sia.  Apatah lagi, membilas vagina dengan minuman bergas juga membawa kesan negatif yang boleh membahayakan nyawa!

Sebabnya, ia boleh merosakkan lapisan sel dan wanita cenderung dijangkiti penyakit kelamin (STD). Malah kadar gula yang terkandung dalam air tersebut juga boleh menyebabkan yis dan bakteria pada miss v perempuan. 

Kesimpulannya, jangan bertindak melulu tanpa usul periksa tentang isu ini terutama bagi anda yang sudah berkahwin tapi belum sedia timang cahaya mata.  

Jika anda ingin cara mencegah kehamilan yang selamat, cubalah 16 cara ini.

Hati-hati, satu kesilapan yang dilakukan boleh merobek seluruh hidup anda di kemudian hari! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Karangkraf

Baca juga:

Bagaimana ingin cegah kehamilan jika pasangan terpancut dalam?