Cara Hilangkan Batuk Budak, Ibu Ayah Bawa Anak Keluar, Dedahkan Cahaya Matahari & Tanah

Cara hilangkan batuk budak dan bayi adalah berbeza. Untuk kanak-kanak, ibu ayah dinasihatkan dedahkan mereka dengan cahaya matahari dan tanah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang sedang membesar amat terdedah dengan pelbagai jenis kuman penyakit. Sehingga ramai daripadanya kerap demam, batuk ataupun selesema. Sebagai ibu ayah, ada beberapa cara hilangkan batuk budak yang boleh anda lakukan sebagai ikhtiar ‘percuma’.

Selain memberikan si manja makan ubat, ibu ayah sebenarnya disarankan membawa mereka keluar rumah, terdedah dengan cahaya matahari dan tanah. Meskipun nampak begitu mudah, ia mampu memberikan manfaat penting dalam memulihkan kembali kesihatan anak.

Cara hilangkan batuk budak dengan mudah dan berkesan

Menurut perkongsian seorang doktor, Mazliana Mazlan, sekiranya anak masih menunjukkan tanda-tanda kurang sihat meskipun sudah mencuba pelbagai rawatan, kali ini ibu ayah disarankan cuba cara hilangkan batuk budak dengan mendekatkan mereka dengan alam semula jadi.

Bawa anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selesema. Kalau dulu kita tak berani bawak anak keluar rumah bila sakit, sekarang kena ubah pula. Lagi anak tidak sihat, lagi kita bawa keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu. Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar.

Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah. MasyaAllah, dalam masa 3 hari je dah hilang batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.

Ubat paling hebat matahari dan tanah ni. Percuma pula tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan. Lebihkan masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insyaAllah dengan izin dariNya.

Bila anak bersentuhan dengan tanah pula, akan berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak.

Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan. Boleh cuba tau! Ramai sangat tanya pasal anak tidak sihat. Apa saya kongsi, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ibu ayah dah usahakan pelbagai cara tapi masih tidak menjadi, jom kali ini cuba bawa anak dapatkan manfaat dari matahari pula.

Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak! Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insyaAllah.

Manfaat cahaya matahari untuk kesihatan anak

#1. Membekalkan vitamin D

Vitamin D amat penting untuk proses perkembangan kanak-kanak. Kekurangan vitamin ini ketika beberapa bulan pertama kehidupan si manja boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekurangan vitamin D pada bayi juga boleh menyebabkan penurunan kognitif dan meningkatkan risiko demensia ketika dewasa. Bukan itu sahaja anak-anak yang mengalami masalah ADHD dan autisme didapati mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah.

Justeru ibu ayah disaran untuk membawa anak keluar rumah dan dedahkan mereka dengan cahaya matahari pagi bagi mendapatkan manfaat semulajadinya.

#2. Membentuk dan menguatkan tulang

Manfaat cahaya matahari dikatakan dapat mengoptimumkan penyerapan kalsium dalam tubuh anak. Kalsium itu sendiri adalah mineral yang diperlukan untuk membentuk struktur tulang dalam badan.

Dengan membawa anak keluar dan terdedah cahaya matahari juga dapat membantu pertumbuhan tulang anak ke tahap lebih optimum.

Oleh itu, risiko kanak-kanak mengalami penyakit tulang di kemudian hari juga adalah minimum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Meningkatkan pengeluaran hormon serotonin

Pendedahan matahari mempengaruhi penghasilan hormon serotonin, penghantar kimia dalam otak (neurotransmitter) yang digunakan untuk mengawal mood dan emosi.

Penghasilan serotonin dapat meningkatkan perkembangan otak, jadi kanak-kanak yang suka melakukan aktiviti pada waktu pagi cenderung lebih gembira dan kurang cemas.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih

Baca juga: Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk

Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan