10 Cara Hilangkan Kelemumur Yang Berkesan Ikut Cara Tradisional & Moden

Cara hilangkan kelemumur dengan berkesan boleh melalui pelbagai cara seperti menggunakan minyak kelapa dan epal cider.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelemumur biasanya disebabkan minyak berlebihan pada kulit kepala dan boleh disebabkan beberapa faktor termasuklah kulit kepala kering. Kami kongsikan 10 cara hilangkan kelemumur atau mengurangkannya agar anda tampil lebih selesa dan yakin.  

Fakta Tentang Kelemumur

Faktor paling utama mempengaruhi kewujudan kelemumur pada rambut anda termasuklah kulit kepala kering, kulit kepala berminyak, radang pada kulit kepada dan jangkitan kuman. 

Ada kalanya anda tersilap membezakan kulit kepala berkuping dan kelemumur kerana ia hampir sama. Keruping biasanya lebih besar dan kelemumur dalam partikel kecil. Kelemumur akan membuatkan kulit kepala anda kegatalan lebih-lebih lagi jika anda bertudung, 

Kelemumur juga dipengaruhi oleh stres, pola makan tidak sihat, perubahan hormon, penggunaan produk rambut berlebihan atau reaksi alahan. 

Gunakan Shampoo Hilangkan Kelemumur Yang Mempunyai Ubat

Berikut adalah beberapa bahan aktif dalam syampu yang boleh membantu merawat kelemumur:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ketoconazole: Ia bahan antikulat yang baik untuk kulit kepala
  2. Selenium sulfida: Bahan kimia ini mampu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
  3. Zinc pyrithione: Mempunyai sifat antibakteria dan antikulat
  4. Tar coal: Ia bahan biasa yang digunakan dalam syampu anti-kelemumur

Aplikasikan Syampu Dengan Betul, Antara Cara Hilangkan Kelemumur

Pastikan anda menggunakan syampu dengan cara betul. Antara langkahnya adalah:

  1. Basahkan rambut dan kulit kepala : Gunakan air suam dan hindari air panas kerana ia membuatkan kulit kepala kering
  2. Tuang syampu : Tuangkan syampu ke tapak tangan anda. Jumlahnya bergantung kepada panjang dan tebal rambut anda. Biasanya sebesar duit syiling sudah cukup.
  3. Aplikasikan ke kulit kepala : Ratakan syampu di tapak tangan anda. Urut kulit kepada anda dengan hujung jari. Sentuh telinga dan belakang leher. 
  4. Beri perhatian pada bahagian kelemumur : Urut kulit kepada terutama bahagian kelemumur
  5. Bilas air bersih : Pastikan anda bersihkan sisa syampu dengan baik

Cara hilangkan kelemumur:

  1. Minyak kelapa : Mempunyai ciri-ciri anti-kulat. Gunakan dengan menyapu 3 hingga 5 sudu makan minyak kelapa pada kulit kepala anda sebelum mencuci dengan syampu dan tunggu lebih kurang 1 jam.
  2. Cuka epal : Pencegahan yis. Campurkan satu perempat daripada cuka epal dan satu perempat air kemudian spray pada kulit kepala anda. Tutup kepala dengan tuala selama 15 minit kemudian basuh seperti biasa. Ulang dua kali seminggu.
  3. Baking soda : Membantu dalam merawat kelemumur dengan mengurangkan masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.
  4. Aloe vera : Ubat untuk rasa gatal yang anda dapati dengan kelemumur. Urut kepala anda dengan aloe vera sebelum mencuci. Ini akan membantu melegakan gatal.
  5. Bawang putih : Pemusnah bakteria. Hancurkan bawang putih dan sapukan ke kulit kepala anda.
  6. Minyak zaitun : Letakkan 10 titik minyak zaitun pada kulit kepala dan tutup kepala anda dengan topi mandi seketika. Basuh rambut anda pada keesokan harinya. 
  7. Green tea : Ambil beberapa titik green tea. 
  8. Kopi 
  9. Aspirin : Hancurkan dua aspirin dan campurkan dengan syampu anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh sekali lagi dengan syampu biasa.
  10. Lemon : Sama seperti cuka epal lemon mengandungi keasidan yang membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda. 

Jumpa Doktor Untuk Ambil Ubat Yang Lebih Kuat

Jika anda cuba perawatan syampu anti-kelemumur tetapi hasil tidak memuaskan ada baiknya anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beritahu doktor gejala anda dan sejarah perubatan. Jika ada sebarang ubat-ubatan beritahu doktor anda untuk memudahkan doktor merawat kulit kepala anda. 

Tanda-Tanda Kelemumur Teruk

Ada beberapa tanda anda memiliki tahap kelemumur teruk. Antaranya:

  1. Kulit kepala sangat gatal
  2. Kulit kepala berwarna kemerahan
  3. Kulit kepala berkerak
  4. Kulit kepala berminyak berlebiha
  5. Kulit kepala berbau
  6. Luka di kulit kepala
  7. Kulit kepala ruam
  8. Luka di kulit kepala
  9. Rambut rosak

Jenis Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Kulit Kepala Berkuping

Kulit kepala berkupinga tau mengelupas bergantung kepada keadaan kulit kepala. Ia mungkin tanda penyakit atau boleh juga tiada sebarang masalah. Antara penyakit yang berkaitan termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Psoriasiss – penyakit autoimun yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit berlebihan menyebabkan ia tebal, kemerahan dan mengelupas.
  2. Dermatitis – kulit kepala kering dan menyebabkan kegatalan
  3. Jangkitan kulat
  4. Keratosis – Biasanya terjadi di bahagian lengan dan peha tetapi juga kulit kepala. Ia menyebabkan kulit kepala berkerak, bersisik dan kasar

Hello Doktor

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Malu Dan Rasa Rendah Diri Rambut Banyak Kelemumur? Ini 8 Shampoo Kelemumur 

Baca juga: Bayi Anda Ada Masalah Kulit Kepala Berkerak? 8 Produk Ini Selamat Untuk Newborn Dan Kanak-Kanak

Baca juga: Makeup Cepat Crack & Bercapuk? Ini 8 Primer Makeup Terbaik Agar Solekan Tahan Lama Walaupun Seharian

Penulis

Lala Annuar