Ramai orang mengalami masalah kelemumur dan salah satu cara untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan merawat kulit kepala dengan menggunakan shampoo kelemumur atau shampoo anti kelemumur. Namun tahukah anda apa sebenarnya kelemumur ini?
Kelemumur adalah satu proses pengelupasan sel-sel kulit pada kulit kepala. Meskipun kelemumur tidak menjejaskan kesihatan, namun ia boleh menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa, malu dan rendah diri.
Punca Masalah Kelemumur
Secara umumnya kelemumur dianggap sebagai satu proses fisiologi pengelupasan kulit kepala. Walau bagaimanapun, kelemumur sering dikaitkan dengan kulat yis yang dipanggil Malassezia, paling lazim ialah M. restricta dan M. globosa.
Organisma kulat adalah sebahagian daripada flora kulit normal memakan minyak kulit pada kulit kepala. Kulat tidak menyebabkan sebarang masalah pada kulit kepala kebanyakan individu yang sihat.
Jumlah populasi Malassezia yis adalah lebih tinggi di kepala berkelumumur berbanding kulit kepala tidak berkelemumur, ini menunjukkan bahawa yis Malassezia berperanan mencetuskan pengelupasan sisik kulit secara berlebihan pada kulit kepala.
Masalah kelemumur terjadi disebabkan banyak faktor tapi apa yang pasti kelemumur rambut muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat.
Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah :
- Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna.
- Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap.
- Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
- Pengeluaran minyak yang berlebihan
- Perubahan hormon
- Tekanan perasaan
- Daya imuniti yang rendah
Rawatan Untuk Rambut Kelemumur
Walaupun anda tidak dapat sepenuhnya menghapuskan punca kelemumur, anda masih boleh menguruskannya dengan rawatan yang betul.
Ada juga segelintirnya yang mencuba rawatan tradisional menggunakan bahan alami seperti:
- Minyak kelapa
- Minyak zaitun
- Minyak daun teh
- Lidah buaya
- Cuka epal
- Bawang putih
- Serbuk penaik
- Garam
- Lemon
- Halba
Tidak dinafikan, bahan-bahan semula jadi ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan masalah kulit kepala ini.
Pun begitu, ia hanyalah sekadar rawatan alternatif yang boleh dicuba dan tahap keberkesanannya juga tidaklah begitu tinggi.
Langkah pertama yang anda harus lakukan ialah membasuh rambut anda secara menyeluruh dengan syampu. Cuba urut kulit kepala dan bilas dengan baik. Basuhan yang kerap boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah pengumpulannya.
Jika keadaan anda tidak sembuh dengan menjaga kebersihan dengan baik sahaja, anda perlu menggunakan shampoo kelemumur.
Contoh kandungan shampoo kelemumur dan fungsinya ialah:
- Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
- Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
- Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
- Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
- Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
8 Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Atasi Hilangkan Kelemumur
Jika dibiarkan tanpa rawatan untuk hilang kelemumur mungkin boleh mengakibatkan masalah kelemumur kronik.
Sementara itu, jom lihat senarai shampoo kelemumur paling berkesan untuk anda.
Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Atasi Hilangkan Kelemumur
| Selsun Blue Pro Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo Terbaik 99% Efektif Merawat Kelemumur | | View Details | Beli di Shopee |
| ROREC SADOER Dandruff Coconut Oil Shampoo Terbaik Mengawal Pengeluaran Minyak | | View Details | Beli di Shopee |
| Aiken Anti Dandruff Shampoo Terbaik 72 Mengawal Pengeluaran Kelemumur | | View Details | Beli di Shopee |
| Himalaya Anti-Dandruff Shampoo Terbaik Merawat Akar Rambut | | View Details | Beli di Shopee |
| Sebamed Anti-Dandruff Shampoo Terbaik Untuk Kulit Kepala Sensitif | | View Details | Beli di Shopee |
| SAFI SHAYLA SUPA Shampoo Anti Dandruff, Anti Itch & Anti Hairfall Terbaik Untuk Wanita Bertudung | | View Details | Beli di Shopee |
| Head & Shoulders Cool Menthol Anti Dandruff Shampoo Terbaik Untuk Rasa Sensasi | | View Details | Beli di Shopee |
| Alpecin Dandruff Controller Shampoo Terbaik Berkesan Dengan Sekali Penggunaan | | View Details | Beli di Shopee |
Shampoo Kelemumur Terbaik 99% Efektif Merawat Kelemumur
Shampoo kelemumur ini sesuai untuk kulit kepala yang berminyak dan sensitif, masalah kulit kepala yang mempunyai kelemumur berkeping juga makin berkurang dengan pemakaian secara berterusan membuatkan kulit kepala anda bebas kelemumur.
Kandungan 1% selenium sulfide yang ada pada syampu ini dapat merawat masalah kelemumur yang berkeping dan membantu mengurangkan daripada berulang.
Mudah sahaja nak gunakan, letak pada rambut basah anda dan tinggalkan selama 1 hingga 2 minit di kulit kepala untuk memberikan masa yang secukupnya untuk Selenium Sulfide menjalankan tugas melawan kelemumur.
Selepas itu, bilas menggunakan air dan disyorkan untuk syampu 3 kali setiap minggu. Ini kerana Selenium Sulfide tidak sesuai dijadikan syampu harian dan boleh menyebabkan rambut korang rosak serta kering.
Apa yang kami suka :
- 99% efektif melawan kelemumur dan 97% melegakan kegatalan kulit kepala.
- Mengandungi menthol untuk memberikan sensasi sejuk pada kulit kepala.
- Terbukti secara klinikal untuk menangani masalah kelemumur dalam masa dua minggu.
- Ia juga diformulasi dari B5 dan juga hyluronic acid yang menguatkan akar rambut.
Shampoo Kelemumur Terbaik Mengawal Pengeluaran Minyak
Buih yang kaya lembut dan halus seperti awan dapat membersihkan kotoran dan gris rambut dengan lembut, menyegarkan kulit kepala, menjaga kualiti rambut dan menjadikan rambut gebu dan elegan secara semula jadi.
Apa yang kami suka :
- Walaupun menggunakan minyak kelapa sebagai bahan utama, syampu ini baunya wangi.
- Harganya yang murah berbanding jenama-jenama lain.
- Membantu merawat rambut kering.
- Menguatkan akar rambut.
Shampoo Kelemumur Terbaik 72 Mengawal Pengeluaran Kelemumur
Dirumus dengan sistem pre & probiotik, niacinamide dan campuran makanan super, Syampu Pre & Probiotik AIKEN membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi kulit kepala untuk rambut yang lebih sihat dan kuat.
Kandungan prebiotik dan probiotik dalam syampu ini membantu meningkatkan kesihatan kulit kepala secara keseluruhan, mengekalkan sistem keseimbangan mikrobiom kulit kepala serta enguatkan sistem pertahanan semulajadi kulit kepala.
Manakala Niacinamide dapat melegakan kulit kepala, mencegah kulit kepala daripada penuaan, melembapkan dan menghidratkan kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut.
Apa yang kami suka :
- Bebas Paraben, alkohol, minyak mineral, pewarna buatan, dan tidak menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji.
- Diperkaya dengan buah delima untuk melindungi kulit kepala.
- Diperkaya dengan halia untuk menenangkan kulit kepala.
- Menyediakan 72 jam perlindungan kulit kepala untuk mengelakkan kelemumur.
- Menghilangkan punca kelemumur sehingga 99.99%^ dengan penggunaan berterusan.
- Mengawal kegatalan, dan bau kulit kepala & menghilangkan serpihan kulit kepala.
Shampoo Kelemumur Terbaik Merawat Akar Rambut
Jenama Himalaya terkenal dengan penggunaaan bahan asli seperti aloe vera dan pokok teh dalam rangkaian produk mereka yang diformulasi untuk melawan kelemumur dan memberikan kelegaan pada kulit kepala.
Selain itu, dengan penggunaan yang berterusan akan memberikan anda hasil rambut yang bersih dan sihat.
Selain aloe vera dan pokok teh, produk ini juga menggunakan Protein Asli Soya dan Gandum bagi memastikan rambut kekal sihat dan kuat.
Apa yang kami suka :
- Menguatkan rambut.
- Memberikan kelembapan berpanjangan.
- Menyuburkan rambut dan melicinkan rambut.
Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Kulit Kepala Sensitif
Syampu kelemumur daripada Sebamed ini mengandungi sodium chloride atau dikenali sebagai garam sebagai bahan untuk menanggalkan kelemumur.
Formula pembersihan yang lebih lembut membantu mengurangkan kegatalan dan kerengsaan pada kulit kepala. Keberkesanan telah disahkan dalam ujian dermatologi sebanyak 50% kurang kelemumur dalam masa 14 hari!
Apa yang kami suka :
- Membantu melegakan kegatalan, kemerahan dan kelemumur berminyak.
- Formula penjagaan dengan Piroctone Olamine melegakan kerengsaan kelemumur.
- pH 5.5 menggalakkan fungsi penghalang semulajadi mantel asid kulit kepala dan membantu melindungi struktur rambut.
Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Wanita Bertudung
Shampoo keluaran Safi ini sangat sesuai untuk wanita berhijab dengan memastikan kesihatan rambut dah kulit kepala dalam keadaan baik walaupun bertudung sepanjang hari.
SAFI Shayla Anti-Dandruff Shampoo diformulasi dengan bahan Super AHA & BHA yang mampu membersih dan memurnikan kulit kepala secara mendalam, namun lembut untuk menghilangkan kelemumur dengan berkesan dan mengimbangi paras sebum!
Kandungan Supa Icy Cool Purifying Complex pula memberi sehingga -7 °C* penyejukan kulit kepala segera untuk meredakan kegatalan kulit kepala dan menyegarkan kulit kepala.
Apa yang kami suka :
- Wangian tahan sehingga 72 jam.
- Rambut kekal wangi dan bebas kelemumur walaupun bertudung sepanjang hari.
- Rambut semakin lembut dan lebat.
- Tidak menyebabkan keguguran rambut malah menguatkan aklar rambut.
Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Rasa Sensasi
Syampu Anti Kelemumur Menthol membersih dengan rasa segar mentol yang sensasi sambil mengekalkan kelembapan rambut yang cantik. Diuji secara dermatologi, pH seimbang dan dipertingkatkan dengan antioksidan untuk penjagaan lembut rambut dan kulit kepala.
Dengan syampu ini anda tampil lebih yakin dengan rambut sihat dan tiada lagi masalah kelemumur pada baju!
Apa yang kami suka :
- Rasa segar dan sejuk di atas kepala.
- Jenama yang popular untuk merawat masalah kelemumur rambut.
- Menghilangkan kelemumur dengan berkesan dan menghalangnya daripada datang kembali.
Shampoo Kelemumur Terbaik Berkesan Dengan Sekali Penggunaan
Dibuat di Jerman sejak 1930, yang disokong dengan penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh saintis Jerman. Kajian juga telah dijalankan dengan kerjasama saintis dan institut perubatan di seluruh dunia.
Dapat memulihkan penghalang semulajadi kulit untuk menyokong kulit kepala yang sihat, syampu Alpecin ini mengandungi Piroctone Olamineyang berkesan terhadap kulat, yis dan bakteria.
Ini menghalang serangan kelemumur baru dan memulihkan keseimbangan semula jadi kulit kepala. Asid fumaric menyokong kesan Piroctone Olamine dan memudahkan penyingkiran kelemumur sedia ada. Ini membawa kepada permukaan kulit kepala yang licin, supaya penjajahan mikroorganisma berkurangan secara kekal.
Apa yang kami suka :
- Untuk menghilangkan kelemumur yang berterusan
- Formula yang berkesan tetapi lembut yang lembut pada kulit kepala.
- Membantu menghalang pembentukan kelemumur baru.
- Boleh digunakan secara harian.
Jika syampu di farmasi tidak membantu, atau jika anda menyedari keadaan anda menjadi semakin teruk, sebaiknya segera cari cara hilangkan kelemumur dengan cepat!
Doktor anda boleh memberi anda losyen kortikosteroid sebagai rawatan topikal namun harus diingatkan bahawa losyen kortikosteroid boleh menipiskan kulit anda dan menyebabkan kesan sampingan.
Jadi, ia tidak boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama, kecuali atas arahan doktor anda.
Perbandingan Harga Shampoo Kelemumur
|
Jenama |
Kandungan |
Harga |
Selsun Blue Pro Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo
|
120 ml |
RM24.57 |
ROREC SADOER Dandruff Coconut Oil Shampoo
|
500 ml |
RM5.90 |
Aiken Anti Dandruff Shampoo |
350 ml |
RM11.84 |
Himalaya Anti-Dandruff Shampoo |
400 ml |
RM27.04 |
Sebamed Anti-Dandruff Shampoo |
200 ml |
RM30.10 |
SAFI SHAYLA SUPA Shampoo Anti Dandruff, Anti Itch & Anti Hairfall |
300 ml |
RM13.77 |
Head & Shoulders Cool Menthol Anti Dandruff Shampoo |
650 ml |
RM27.20 |
Alpecin Dandruff Controller Shampoo |
250 ml |
RM41.99 |
Tip Penjagaan Kulit Kepala Agar Kekal Sihat
Kulit kepala yang sihat akan membantu memastikan pertumbuhan rambut yang sihat seterusnya menjadikan rambut sihat dan cantik.
Masalah kulit kepala sering terjadi apabila kita tidak memberikan perhatian yang khusus dalam penjagaannya.
Bila masalah kulit kepala dah teruk barulah kita nak cari penyelesaian kan? Jadi apa kata anda lakukan dahulu tip-tip dibawah ini untuk pastikan kesihatan kulit kepala sihat, terjaga dan bebas dari masalah yang serius.
1. Elak produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia
Produk penjagaan rambut yang mengandungi sulfate, alcohol dan wangian boleh mengakibatkan kulit kepala bermasalah.
Sulfate dan alcohol berupaya menarik keluar minyak semulajadi yang terhasil pada kulit kepala menjadikan kulit kepala kering dan mudah untuk menjadi radang atau iritasi. Bila kulit kepala mengalami keradangan atau iritasi, kulit kepala akan mudah menjadi sensitif.
Wangian pula akan mudah menjadikan kulit kepala yang sensitif pedih dan gatal-gatal.
Pastikan anda melihat kandungan yang tertera pada produk penjagaan rambut bebas dari bahan-bahan ini bagi memastikan kesihatan kulit kepala lebih terjaga.
2. Syampu dengan lembut
Pastikan anda tidak syampu rambut anda dengan kuat atau kasar. Hanya gunakan hujung jari anda untuk mengurut kulit kepala ketika syampu kerana boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala.
Bila anda nak syampu rambut elakkan syampu dengan kasar dengan kuat kerana boleh menyebabkan luka pada kulit kepala.
3. Kurangkan kekerapan cuci rambut
Secara logiknya mesti lagi kita basuh rambut lagi bersih rambut kan? Tapi tahukah anda bila anda kerap basuh rambut kulit kepala akan jadi bermasalah?
Ini kerana membasuh kulit kepala dengan kerap akan menjadikan minyak yang semula jadi terhasil pada rambut akan berkurangan seterusnya keadaan ini akan menjadikan kulit kepala menghasilkan lebih banyak minyak.
Keadaan ini yang akan menjadikan rambut dan kulit kepala lebih berminyak dan dalam situasi yang sama juga kulit kepala boleh menjadi terlalu kering.
Mengikut nasihat professional sebaiknya anda membasuh rambut paling banyak dalam 3 hingga 4 kali seminggu, ini bagi memastikan kulit kepala kekal lembap dan tidak kering. Seterusnya rambut dapat tumbuh dengan sihat.
4. Gunakan skrub
Skrub kulit kepala membantu untuk menyingkirkan dan membuang sisa kotoran, sel kulit mati, kelemumur dan minyak yang berlebihan.
Skrub juga membantu dalam melancarkan peredaran darah pada kulit kepala, memudahkan nutrisi diserap ke dalam kulit kepala kerana pori-pori tidak lagi tersumbat. Serta yang utama sekali dapat meningkatkan pertumbuhan rambut secara keseluruhannya.
5. Tingkatkan pengambilan Omega-3 dalam diet harian
Omega-3 dapat mengurangkan masa rambut gugur dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Kajian telah dilakukan pada tahun 2015 yang menunjukkan peserta yang mengambil suplemen Omega-3 mendapati densiti rambut mereka meningkat dan mengurangkan rambut gugur.
Omega-3 mampu mengurangkan keradangan kulit kepala yang menjadi penyebab rambut gugur serta meningkatkan peraliran darah pada kulit kepala.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga : Rambut Gugur Ketika Hamil: Punca Rambut Gugur, Bila Ia Terjadi & Cara Mengatasi
Baca juga : Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!
Baca juga : 5 panduan pilih set mandian bayi, jangan pilih yang ada bahan berbahaya!