Kuali Berkerak Jangan Dibuang, Cuba Cara Hilangkan Kerak Kuali Pakai Kapur, Menjadi!

Terdapat pelbagai cara hilangkan kerak kuali namun menggunakan kapur makan adalah cara paling mudah dan murah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau periuk atau kuali yang dah digunakan lama sudah pasti akan hitam dan berkerak bahagian belakangnya kan? Walaupun kerap dicuci dengan sabun berkali-kali, jelaga hitam tersebut masih melekat namun sebenarnya ada cara hilangkan kerak kuali dengan mudah.

Kalau dah macam-macam cara digunakan untuk hilangkan kerak hitam tersebut tetapi masih tak menjadi, mungkin petua wanita ini boleh anda gunakan.

Di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Amy Rosina berkongsi petua mudah untuk memberi nafas baharu kepada kuali lama di dapurnya dengan hanya menggunakan kapur makan.

Dalam nada berseloroh, wanita itu berkata dia baru mengetahui tentang teknik berkenaan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Alhamdulillah… Ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia perkahwinan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.

Jom saya kongsi untuk suri semua, sama-sama kita bahagia. Hangpa cuma perlu kapur makan. Kapur yang makan dengan sirih tu.

Menerusi perkongsian itu, Amy menunjukkan cara menyapu bahagian belakang kuali yang hitam dengan kapur makan.

Kuali yang dilumur kapur itu kemudiannya direndam di dalam air. Semakin lama direndam, semakin mudah untuk kita tanggalkan kotoran pada kuali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas direndam, anda boleh mula mengikis kerak hitam yang mula lembut dengan menggunakan pisau.

Tips Lain Cara Hilangkan Kerak Kuali Pakai Bahan Di Dapur

1. Asam keping

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika. Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Cuka 

Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa.

3. Soda bikarbonat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan. Ambil berus besi dan gosokkan kuali anda. Jangan letak air terlalu banyak. Anggaran agak-agak sahaja. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam itu hilang. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.

4. Garam 

Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam, kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 9 Cara Simpan Bahan Dapur Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama & Elak Pembaziran

Baca juga : Rahsia Kuali Murah Tidak Melekat Bila Memasak Guna Teknik Bakar, Geng Suri Wajib Cuba!

Baca juga : Tips urus belanja barangan dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi