5 Teknik Paling Selamat & Mujarab Untuk Hilangkan Kuning Bayi, Disyorkan Doktor

Kita selalu dengar macam-macam cara hilangkan kuning bayi, namun ada yang berkesan dan ada yang tidak. Di sini ada cara berkesan disyorkan oleh doktor

Bayi baru lahir biasanya tidak dapat lari daripada penyakit kuning atau jaundis yang mudah kelihatan pada wajah mereka. Jadi, anda tahu tak apakah cara hilangkan kuning bayi yang paling mujarab dan berkesan?

Selepas bersalin, doktor akan mengukur tahap bilirubin dalam darah bayi sama ada penyakit kuning yang dialami teruk atau tidak. Ia juga bagi menentukan rawatan yang sesuai.

Berikut adalah ujian bagi mengesan penyakit kuning dan mengukur bilirubin:

  • Ujian fizikal
  • Ujian sampel darah bayi 
  • Ujian kulit dengan menggunakan bilirubinometer transkutaneus dengan mengukur pantulan cahaya khas melalui kulit.
  • Ujian darah tambahan atau ujian air kencing jika ada bukti penyakit kuning bayi itu disebabkan oleh masalah lain.

Biasanya penyakit jaundis bayi akan hilang dalam masa dua ke tiga minggu selepas dilahirkan.

Namun, jika jaundis sederhana atau teruk, bayi akan diminta untuk tinggal di hospital lebih lama bagi mengawal tahap bilirubin dalam darah.

3 cara hilangkan kuning bayi yang disyorkan pakar sendiri

Cara hilangkan kuning bayi #1 Terapi cahaya (phototerapi)

Kredit: RS Azra

Cara hilangkan kuning bayi #2 Immunoglobulin intravena (IVIg) 

  • Jaundis mungkin berkaitan dengan perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi. Keadaan ini menyebabkan bayi membawa antibodi dari ibu yang menyumbang kepada pecahan sel darah merah bayi.
  • Oleh itu, transfusi intravena imunoglobulin akan dilakukan bagi mengurangkan tahap antibodi sekaligus menurunkan penyakit kuning.

Cara hilangkan kuning bayi #3. Pemindahan darah

Jika bayi tidak dapat bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan, mungkin pemindahan darah perlu dilakukan namun ia jarang kali berlaku.

Jadi bayi perlu melakukan proses transfusi darah bagi mencairkan bilirubin dan antibodi ibu.

Rawatan bagi menghilangkan kuning bayi di rumah

1) Menyusu lebih kerap 

Kredit: Tribunnews.com

Memberi bayi menyusu lebih kerap menyebabkan lebih banyak pergerakan usus sekaligus meningkatkan jumlah bilirubin yang dapat dibuang melalui najis bayi.

Bayi yang minum susu badan perlu menyusu antara lapan hingga 12 kali setiap hari untuk beberapa hari pertama kehidupannya.

Manakala bayi minum susu formula pula biasanya perlu ambil satu hingga dua auns kira-kira 30 hingga 60 ml setiap hari. Waktunya pula setiap dua hingga tiga jam bagi minggu pertama.

 2) Pengambilan makanan tambahan 

Jika bayi mengalami kesulitan menyusu badan, hilang berat badan atau dehidrasi, doktor mungkin mencadangkan anda memberi susu formula atau mengambil milk booster untuk menambah susu badan.

Dalam sesetengah kes, doktor mengesyorkan ibu guna susu formula untuk beberapa hari dan kemudian meneruskan penyusuan susu ibu.

Untuk itu, anda perlu dapatkan pandangan doktor tentang pilihan susu formula dan makanan yang sesuai untuk ibu bagi menghasilkan susu badan yang berkualiti.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mayo Clinic 

Baca juga:

Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan