Ada tak ibu-ibu di sini yang menyusu sampai anak usia lebih dua tahun? Paling biasa kita dengar, penyusuan sampai enam bulan atau satu tahun kan. Tapi bagaimana pula bila ada ibu yang memilih untuk menyusukan anak melebihi dua tahun?
Jom kita ikuti perkongsian tentang isu melanjutkan tempoh penyusuan bayi ini.
Saya menyusukan kedua-dua anak lelaki saya sehingga mereka lebih dua tahun
Apabila anak kedua saya berumur setahun, ramai nasihatkan saya untuk berhenti menyusuinya kerana tiada manfaat pemakanan dan kata mereka lagi, ia tidak membawa faedah buat saya (sedangkan ia adalah tidak benar).
Jadi, saya memilih untuk mengabaikan nasihat tersebut kerana sama ada bermanfaat atau tidak namun saya benar-benar menikmati masa bersama anak ketika menyusukan mereka.
Saya suka apabila dia berpelukan dengan saya di dalam ketenangan malam ketika kami mahu tidur.
Saya suka mencium lembut pipinya, kagum dengan bulu matanya yang panjang, hidung kecil yang sempurna dan kecantikan rambut kerintingnya.
**********************************
Kita semua tahu bahawa air susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi seperti yang disyorkan oleh WHO. Malah jika menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan mempunyai banyak manfaat buat bayi dan ibu.
Disebabkan tahu manfaat ini, ramai ibu yang cuba menyusukan bayi mereka sekurangnya-kurangnya enam bulan dan ada juga berjaya hingga satu tahun.
Tetapi, bagaimana jika ada ibu yang memilih untuk melanjutkan penyusuan melebihi satu tahun?
Bagaimana anda menanganinya jika keputusan ini dibuat? Bagi membantu anda untuk lebih faham, jururawat laktasi, Jophia Bok memberikan pandangan pakar mengenai perkara itu.
Melanjutkan tempoh menyusu anak dan manfaatnya

Menurut Jophia, melanjutkan pemberian susu ibu ini maksudnya ibu masih menyusukan anak walaupun anaknya telah mula makanan pejal.
- Pada kanak-kanak, penyusuan susu ibu akan membantu mereka menghadapi lebih banyak pengalaman dan perubahan dalam rutin seharian.
- Menyusu anak merupakan momen beberapa saat yang cukup indah dan selamat. Ia dapat membantu anak menghadapi cabaran baru degan kawalan yang lebih baik.
- Apabila anak kecil jatuh sakit, menyusu anak dapat membantu memberikan imuniti dan mengisi semula (tidak ganti sepenuhnya) pemakanan apabila selera makan mereka merosot.
- Susu ibu adalah lebih lembut bagi tubuh manusia untuk dicerna dan cepat diserap oleh badan.
- Apabila umur bayi semakin menginjak ke usia kanak-kanak, komposisi susu ibu akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pemakanannya. Namun, tidak diketahui umur berapa susu ibu dianggap tidak penting untuk nutrisi kanak-kanak.
- Walaupun telah melebihi dua tahun sekalipun, khasiat susu ibu tetap sama seperti tahun pertama iaitu sumber protein, lemak, kalsium dan vitamin yang bagus untuk anak.
Jururawat berkenaan turut menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah oral atau percakapan dapat dibantu ketika menyusukan kerana dapat mengaktifkan mulut dan memaksa otot lisan untuk terus bekerja lebih keras.
Antara lain kelebihan menyusu anak ialah:
- Mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti kanser payudara, kanser ovari, arthritis, rheumatoid, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.
- Penyelidikan menunjukkan bahawa pemberian susu ibu secara lanjutan akan membuatkan kesihatan ibu bertambah baik.
Menyusukan dua orang anak dalam masa yang sama
Kredit: Baby Center
Jophia berkongsi cerita menyusukan dua anak dalam masa yang sama
Apabila saya melahirkan anak lelaki, anak perempuan saya masa itu berumur 30 bulan. Akibat itu, anak perempuan saya berhenti menyusui pada usia dua tahun ketika saya hamil kerana sering merasakan kontraksi setiap kali menyusukannya.
Dia meminta untuk minum bersama dengan adik barunya dan memberitahu saya bahawa dia lupa bagaimana cara menghisap. Jadi saya mengajarnya.
Ia adalah detik yang sangat istimewa bersama anak perempuan saya.
Saya meletakkan bayi saya dan memeluknya terlebih dahulu. Kemudian saya mengajar anak perempuan saya bagaimana untuk selak dan mencari kedudukan yang dia selesa.
Lalu dia meletakkan dirinya menghadap adik barunya dan dengan senang hati minum susu sambil mengusap lembut wajah adiknya itu. Ia pemandangan yang cukup istimewa.
Bahkan, tubuh akan sentiasa menghasilkan susu mengikut perkembangan bayi yang baru lahir.
Pada masa ini, anak lelaki saya berumur tiga tahun dan anak perempuan telah berumur enam tahun. Tapi mereka masih menikmati momen istimewa bersama sebelum tidur pada waktu malam.
Walaubagaimanapun, saya tetap galakkan anak untuk bergantung kepada makanan fizikal bagi pertumbuhan dan perkembangan selanjutnya. Mereka tidak boleh bergantung hanya pada susu ibu sebagai sumber makanan.
Keputusan terletak di tangan anda
Kredit: Indian Express
- Seluruh dunia mengatakan, menyusukan anak secara purata sehingga umur dua dan empat tahun.
- Dalam sesetengah budaya, menyusukan anak berterusan sehingga usia anak enam atau tujuh tahun.
- Namun ada juga, sesetengah negara yang memberikan reaksi negatif daripada keluarga dan sahabat sekiranya ibu melanjutkan tempoh penyusuan.
- Berapa lama tempoh menyusu anak adalah terpulang pada anda dan bayi.
- Jika ada yang persoalkan tentang keputusan anda itu, ingatkan mereka anda mempunyai hak untuk membuat keputusan tersebut dan ia tak boleh dipertikaikan.
- Jangan ambil pusing pendapat orang lain dan percaya pada naluri anda.
Bila sepatutnya bercerai susu badan?
Jophia menjelaskan, untuk menceraikan susu badan harus dilakukan secara perlahan-lahan dan penuh kelembutan.
Selain mendidik anak untuk beralih kepada sumber makanan lain bagi pertumbuhan dan perkembangan selanjutnya.
Jika anda sudah membuat keputusan untuk ceraikan susu badan dengan anak yang lebih tua. Ikuti tips ini.
- Kurangkan penyusuan hanya satu kali sehari
- Kurangkan masa penyusuan daripada 25 minit kepada 10 minit sahaja.
- Melambatkan penyusuan hingga anak-anak tertidur sendiri.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulisa asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!