X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Keajaiban susu badan terbukti bagi perkembangan otak bayi pramatang!

3 min bacaan
Keajaiban susu badan terbukti bagi perkembangan otak bayi pramatang!

Ini sebagai bukti kuasa susu ibu yang mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan si kecil terutama di bahagian otak bayi

Tahukah anda yang penyusuan bayi pramatang membuatkan otaknya mampu membesar dengan sempurna? Begitulah keajaiban penyusuan badan. 

Dari saat bermula kehamilan, anda pasti memelihara bayi dalam kandungan dengan baik. Namun, jika bayi tak berpeluang berkembang dengan sempurna selama 37 minggu ke 40 minggu, kemungkinan si kecil akan mengalami risiko di bahagian otak dan masalah kesihatan yang lain. 

Bayi pramatang akan dilahirkan awal dan sering menghadapi pelbagai masalah hingga menyebabkan sistem imun tubuhnya kurang berkembang dan organ tidak matang seperti otak, paru-paru dan jantung. 

Sekiranya bayi pramatang mengalami risiko pertumbuhan otak yang perlahan, bayi tersebut akan menghadapi masalah terhadap pembelajaran, komunikasi dan gangguan emosi serta sosial. 

Tapi kini, ibu tak perlu bimbang dan gusar lagi kerana ada cara untuk meningkatkan perkembangan otak bayi pramatang.

Menurut kajian yang dilakukan, penyusuan susu ibu menyumbang pembentukan otak bayi. Nak tahu bagaimana boleh berlaku? 

Bagaimana penyusuan bayi pramatang mampu meningkatkan perkembangan otak?

penyusuan bayi pramatang, bayi lahir pramatang, penyusuan bayi tak cukup bulan, bayi tak cukup bulan, khasiat susu ibu, susu ibu pada otak bayi, kesan positif pada otak bayi pramatang, susu ibu, susu ibu untuk bayi pramatang, penyusuan susu ibu pada bayi pramatang

Kredit: Independent.co.uk

Penyiasat kanan kajian dan penolong profesor psikiatri kanak-kanak bernama Cynthia Rogers telah melakukan kajian terhadap ramai pesakit yang dirawatnya di St Louis Children’s Hospital, Amerika Syarikat. 

Menurut beliau, biasanya otak bayi yang dilahirkan secara pramatang akan mengalami perkembangan yang perlahan. Namun, penyusuan susu ibu terbukti dapat membantu dan memberikan kesan positif terhadap otak bayi. 

Imbasan MRI mendapati bayi yang diberi penyusuan susu ibu yang banyak mempunyai jumlah otak yang lebih besar dan perkembangan kongnitif.

Ia merangkumi proses pemikiran, daya mengingat, daya menyelesaikan masalah dan bijak membuat keputusan bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. 

Penyusuan bayi pramatang mampu kembangkan otak bayi – kajian 

penyusuan bayi pramatang, bayi lahir pramatang, penyusuan bayi tak cukup bulan, bayi tak cukup bulan, khasiat susu ibu, susu ibu pada otak bayi, kesan positif pada otak bayi pramatang, susu ibu, susu ibu untuk bayi pramatang, penyusuan susu ibu pada bayi pramatang

77 orang bayi pramatang di Unit Rawatan Rapi (NICU) St. Loius Children’s Hospital telah dikaji terhadap penyusuan bayi pramatang ini. Ia bertujuan bagi melihat sama ada keberkesanan susu ibu pada otak bayi perlahan atau berkembang dari masa ke semasa. 

Penyelidik memeriksa jumlah susu ibu yang diberi pada bayi NICU tersebut. Kemudiannya, doktor melakukan imbasan otak. 

Keputusan yang ditemui cukup mengejutkan. Penyusuan bayi pramatang melalui 50% susu ibu menunjukkan bayi tersebut mempunyai lebih banyak tisu otak!

Kesimpulan penyusuan bayi pramatang ini 

penyusuan bayi pramatang, bayi lahir pramatang, penyusuan bayi tak cukup bulan, bayi tak cukup bulan, khasiat susu ibu, susu ibu pada otak bayi, kesan positif pada otak bayi pramatang, susu ibu, susu ibu untuk bayi pramatang, penyusuan susu ibu pada bayi pramatang

Kredit: Sirap Limau

Justeru, memberi susu ibu pada bayi parmatang pada satu bulan pertama kelahirannya akan menyokong pertumbuhan otak yang lebih kuat berbanding bayi yang diberikan sedikit susu ibu atau langsung tidak. 

Apatah lagi dengan peningkatan jumlah susu ibu, bayi berpeluang memiliki permukaan kortikal yang lebih besar lantas membantu meningkatkan kognitif bayi tumbuh dan berkembang dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. 

Kini, pengkaji sedang dalam kajian untuk tentukan bagaimana susu ibu tingkatkan perkembangan otak kerana ingin tahu kompenan dalam susu ibu yang menggalakkan perkembangan otak bayi pramatang.

Semuanya tak mustahil kan? Betul tak para ibu? Kongsikan artikel bermanfaat ini di laman socmed anda. 

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Zara Ismail, kedai vitamin

Sumber: Penulis asal Criselle Nunag dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Tahap perkembangan (milestone) bayi pramatang dari umur 0-12 bulan yang wajib ibu bapa tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Keajaiban susu badan terbukti bagi perkembangan otak bayi pramatang!
Kongsikan:
  • Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

    Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?

    Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.