Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pada wanita hamil. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja dan aktiviti akan terbantut. Bagaimana cara hilangkan sakit gigi?
Sememangnya anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin untuk menangani punca isu. Namun, jika anda berada dalam situasi yang sukar untuk anda ke klinik gigi, jangan risau ada beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu memberikan kelegaan sementara.
Cara Hilangkan Sakit Gigi
Terdapat pelbagai cara hilangkan sakit gigi secara alami sama ada menggunakan cara dan petua tradisional mahupun moden. Antara caranya adalah:
10. Jumpa doktor gigi
Jika sakit gigi anda tidak sembuh dalam jangka waktu tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mungkin memberikan ubat untuk penghilang rasa sakit atau antibiotik jika diperlukan.
Jika perlu, perawatan yang lebih lanjut, seperti pembersihan gigi atau pencabutan gigi yang rosak akan dilakukan kepada anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?
Baca juga : Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!
Baca juga : Fake Braces Berbahaya! Jauhi “Doktor” Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram