X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Fake Braces Berbahaya! Jauhi "Doktor" Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

23 Aug, 2017
Fake Braces Berbahaya! Jauhi "Doktor" Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Lagi kes pemakaian fake braces oleh "doktor" gigi haram yang tak ada kelayakan. Tahukah anda yang fake braces amat berbahaya? Ada 2 kes di Thailand yang mati kerana tertelan pendakap gigi palsu ini!

Lagi kes fake braces dari “doktor” gigi haram

Baru-baru ini, muncul lagi gambar mangsa kes fake braces yang telah dilakukan oleh “doktor” gigi haram di sebuah hotel di Seberang Jaya.

Fake braces adalah pendakap gigi palsu yang dipasang pada gigi, menyerupai pendakap gigi sebenar.

Fungsi fake braces ini dilihat sebagai satu trend fesyen di kalangan remaja.

Ia jauh berbeza daripada pendakap gigi yang digunakan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak sempurna. 

Penjual fake braces di media sosial

Ketika melakukan carian di Facebook, saya hairan dan terkejut apabila mendapati masih ramai yang menjual fake braces di Malaysia semata-mata untuk mengaut keuntungan!

fake braces

Penjual fake braces di media sosial terang-terangan tak takut!

Penjualan dilakukan secara online melalui media sosial, bahkan ada yang sehingga menjual secara borong dan dropship.

Berbanding dengan pendakap gigi sebenar, kos fake braces jauh lebih murah dan ia ditentukan mengikut reka bentuk dan warna. 

Bagaimanakah pendakap gigi palsu ini dipasang?

Fake Braces Berbahaya! Jauhi Doktor Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Jika pembeli ingin memasang sendiri fake braces ini di rumah, banyak video tutorial yang menunjukkan caranya di Youtube.

Tapi untuk mereka yang ingin memasang fake braces bagi jangka masa yang lama, ada perkhidmatan haram yang dijalankan di hotel atau dari rumah, untuk memasang pendakap gigil palsu ini dengan menggunakan gam.

Sediakan deposit: RM600 serta temujanji seterusnya: RM200

Adakah fake braces ini berbahaya?

Sudah semestinya!

Walaupun nampak cantik, kita tak tahu apakah bahan yang terkandung dalam fake braces ini dan kita tidak ada cara untuk tahu jika ia telah disteril atau selamat untuk kesihatan.

Kita juga tidak boleh menjamin kebersihan alat-alat yang digunakan oleh “doktor-doktor” gigi yang tidak bertauliah ini, untuk melakukan pemasangan pendakap gigi.

Lihat saja gambar di bawah – seorang mangsa yang memakai fake braces!

Fake Braces Berbahaya! Jauhi Doktor Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Gambar gigi mangsa selepas fake braces ditanggalkan. Sumber gambar: Ashraf Dental Clinic

Ingin tahu langkah pertolongan cemas apabila gigi patah? Rujuk sini.

Kesan fake braces pada gigi

Adakah gam yang digunakan selamat untuk dihadam?

Adakah gam itu akan menghakis gigi? Kita tidak pasti.

Akhirnya karies gigi dan gusi berdarah boleh terjadi kerana pembeli tidak diberi tunjuk ajar tentang cara untuk memberus gigi selepas pemasangan.

Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, pemasangan fake braces boleh menyebabkan pergerakan gigi secara tidak langsung. 

Walaupun pergerakan gigi bergantung pada orang yang memakainya, ada juga kes di mana gigi berubah kedudukan, goyang dan hampir tertanggal dari gusi. 

Sesetengah mangsa pula mengalami gusi surut, berdarah dan bengkak dengan teruk.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Malah, 2 kematian sudahpun dilaporkan di Thailand yang dipercayai berpunca akibat tertelan fake braces.

Fake Braces Berbahaya! Jauhi Doktor Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Budak 10 tahun yang dipakaikan pendakap gigi oleh “doktor” gigi yang tidak berkelayakan. Sumber gambar: FB Medical Mythbusters Malaysia

Tidak cukup doktor pakar gigi di klinik kerajaan

Tidak semua kes akan diterima di klinik kerajaan kecuali kes gigi yang teruk.

Di samping itu, klinik kerajaan hanya akan menerima kes pelajar sekolah di bawah isoa 18 tahun dengan memberi keutamaan kepada kes-kes yang sukar dahulu.

Kes-kes yang tak begitu teruk biasanya akan ditolak, disebabkan senarai menunggu yang terlalu panjang. 

Kos rawatan yang dikenakan di klinik swasta biasanya sangat mahal dan ramai yang tidak mampu untuk membayarnya. 

Tetapi kebanyakan orang tak tahu yang sesetengah klinik swasta boleh menerima bayaran ansuran bulanan.

Bergantung kepada klinik tersebut, deposit dalam anggaran RM1-2 ribu perlu dibayar dahulu untuk memulakan rawatan.

Ingat: Anda sedang mengambil risiko yang besar apabila berurusan dengan doktor haram yang tidak pernah menjalani latihan perkhidmatan pergigian yang sah.  

Walaupun murah, perkhidmatan jenis ini tidak dapat memberi jaminan keselamatan untuk pelanggan-pelanggan.  

Memberi perkhidmatan pergigian di premis yang tidak berdaftar juga salah di sisi undang-undang dan boleh di sabit kesalahan. 

Jika anda tahu sebarang perkhidmatan pergigian haram dari mana-mana media sosial, anda boleh melaporkannya pada pihak berkuasa.

Sumber: Ashraf Dental Clinic dan MY Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Fake Braces Berbahaya! Jauhi "Doktor" Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram
Kongsikan:
  • Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

    Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

  • Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

    Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

    Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

  • Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

    Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.