X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian

3 min bacaan
Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian

Kenali risiko bius pengsan atau anestesia untuk kanak-kanak dan bayi.

Sepasang ibu bapa dari California telah menerima kejutan yang tidak disangka selepas anak mereka meninggal dunia akibat anestesia(bius pengsan) ketika menjalani prosedur pergigian di klinik doktor gigi.

Baca tentang :

Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi

Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi

Ibu bapa Daleyza Hernandez Avila memberitahu KCRA3, anak mereka telah menjalankan 2 prosedur di Pusat Pembedahan Pergigian Kanak-kanak di Stockton. 

Daleyza Hernandez Avila telah diberi anestesia untuk pengeluarkan dua gigi dan prosedur meletakkan topi pada dua gigi.

Ibu Daleyza, Avila, tidak dibenarkan dalam bilik semasa prosedur anaknya untuk memastikan keadaan bilik yang steril. 

Tetapi ketika dia sedang menunggu prosedur anak perempuannya selesai, sebuah ambulans datang dengan tiba-tiba.

Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian

Gambar hiasan sahaja. Sumber: Bayshore Dentistry

Hati Daleyza telah berhenti

Pada mulanya Avila fikir pasti ambulans itu datang untuk membawa seorang budak yang telah cedera.

“Tetapi tidak terlintas difikiran ia untuk anak saya,” Avila telah berkata

Menurut Fox 40, seorang jururawat telah membawa Avila ke tepi dan memberitahu bahawa hati anaknya telah berhenti, tetapi dalam keadaan stabil. 

Daleyza dikejar ke hospital tempatan, di mana dia kemudian dilaporkan meninggal dunia. Sebab kematiannya belum ditentukan, menurut akhbar tempatan.

“Saya menuntut keadilan untuk anak saya, supaya apa yang berlaku tidak berlaku kepada ibu-ibu lain. Saya tidak mahu mereka merasakan kesedihan yang saya alami selepas kehilangan anak perempuan saya, ” kata Avila.

David Thompson, pentadbir untuk klinik pergigian kanak-kanak terbabit telah memberitahu Fox 40 bahawa pusat itu hanya melakukan rawatan pergigian umum seperti tampalan rongga gigi dan bentuk korona gigi (dental crown). 

Dia memberitahu KCRA 3 bahawa ia adalah prosedur biasa untuk kanak-kanak berumur 3, 4, atau 5 tahun untuk diberi anestesia semasa menerima rawatan. 

Pusat bukan berteraskan keuntungan tersebut merawat 2,000 hingga 3,000 pesakit setahun, dan semua pesakit mereka adalah dalam lingkungan 9 tahun atau lebih muda.

Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian

Kanak-kanak diberi bius pengsan. Sumber gambar : St. Lawrence Dentistry

Thompson menambah bahawa ibu Daleyza sedar risiko yang dikaitkan dengan anestesia. 

Ahli anestesi itu telah menjelaskan risikonya dan persetujuan bertulis dari ibu Daleyza.

Klinik pergigian itu telah tutup sementara selepas menerima ancaman mati dari media sosial, menurut akhbar tempatan. 

Beberapa netizen telah menyatakan keinginan untuk melakukan penembakan secara besar-besaran. 

Pihak berkuasa sedang menyiasat kematian gadis itu, tetapi ia bukan penyiasatan jenayah pada masa ini.

Risiko Anestesia
bayi mati tersedak susu ibu, bayi mati tersedak susu, bayi mati tersedak, ibu tertidur ketika menyusu, tersedak susu, susu ibu, menyusu sambil tertidur, tertidur ketika menyusu, bayi mati, tersedak, baby tersedak susu, anak tersedak susu, tersedak lalu mati

Bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang kecil, maka ubat bius yang diberi perlu tepat dan mengikut nisbah berat badan mereka. 

Doktor perlu memeriksa kesihatan kanak-kanak atau bayi tersebut dan meneliti sejarah kesihatan mereka.

  • Kesihatan semasa dan sejarah kesihatan anak 
  • Kesihatan keluarga anda
  • Senarai ubat, suplemen, atau ubat-ubatan herba yang diambil oleh anak anda 
  • Semua rekod tindak balas atau alahan yang dialami anak atau keluarga setelah diberi anestesia
  • Semua rekod alahan (terutamanya kepada makanan, ubat-ubatan, atau lateks) yang mungkin ada

Kebiasaanya risiko kemudaratan bius pengsan atau general anesthesia untuk kanak-kanak dan bayi sangatlah rendah. 

Kesan sampingan sementara mungkin boleh berlaku seperti rasa loya, muntah-muntah, sakit kepala dan sakit tekak. 

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Kesan-kesan ini tidak merbahayakan dan akan pulih dengan sendiri. 

Risiko hanya akan bertambah jika anak mempunyai masalah kesihatan jantung, paru-paru atau penyakit kronik yang lain. 

Sumber: Fox40, KCRA3, Yahoo News, Dr. Zubaidi, Kidshealth.org

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Gadis Berumur 3 Tahun Mati Selepas Diberi Anestesia di Klinik Pergigian
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham