21 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Minit, Terbukti Berkesan

Bila diserang sakit kepala memang serba tak kena. Jika tercari-cari cara hilangkan sakit kepala dengan berkesan boleh cuba cara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kepala adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa tetapi ia sangat mengganggu. Pelbagai cara hilangkan sakit kepala boleh dilakukan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit yang dialami.  

Cara Hilangkan Sakit Kepala. Terbukti Berkesan

Ada beberapa cara nak hilangkan sakit kepala. Kami akan kongsikan pelbagai cara termasuk cara hilangkan sakit kepala bahagian belakang.

1.Minum Air Secukupnya - Cara Hilangkan Sakit Kepala

Kurang air atau dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pastikan anda cukup minum air setiap hari. Ia boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.

2.Elak minuman berkafein

Minuman yang meyebabkan dehidrasi seperti kopi, teh dan minuman bergula juga boleh mengundang sakit kepala. 

3.Makan magnesium

Magnesium adalah mineral penting yang memainkan peranan dalam berbagai fungsi tubuh, termasuk pengekalan fungsi saraf dan otot.Kekurangan magnesium dikaitkan dengan sakit kepala dan migrain.

4.Elakkan alkohol

Bagi sesetengah orang, alkohol bukan saja boleh menyebabkan sakit kepala tetapi juga migrain. Mengurangkan atau mengelakkan alkohol sepenuhnya boleh membantu mencegah sakit kepala.

5.Rehat secukupnya

Kurang tidur adalah salah satu punca utama sakit kepala. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam untuk mencegah dan meredakan sakit kepala.

6.Cuba diet rendah histamin

Histamin adalah bahan kimia yang tubuh anda hasilkan semasa tindak balas alergi. Beberapa orang mungkin sensitif terhadap histamin, yang boleh menyebabkan sakit kepala. Mengurangkan makanan yang tinggi histamin seperti keju lama, bir, wain, dan ikan masin boleh membantu mencegah sakit kepala.

7.Gunakan essential oil

Minyak pati adalah cecair yang dihasilkan dari tumbuhan dengan bau yang kuat. Beberapa minyak essential  seperti minyak lavender dan minyak pudina dan peppermint dikatakan dapat membantu meredakan sakit kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Melakukan senaman

Senaman adalah cara terbaik untuk peredaran darah dalam badan. Ia juga membekalkan anda oksigen. Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan sakit kepala.

9.Cuba akupunktur

Anda boleh cuba kaedah rawatan akupuntur. Ia sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina. Jarum akan dicucuk pada titik tertentu di badan anda.

10.Kurangkan pengambilan makanan proses

Kurangkan pengambilan makanan berproses yang diketahui tinggi kandungan garam. Lebihkan real food dalam diet seharian anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

11.Minum teh herba

Teh herba seperti chamomile dikatakan boleh meredakan sakit kepala.

12.Hindari lampu terang - Cara Hilangkan Sakit Kepala

Jika anda sakit kepala atau migrain, cuba duduk dalam bilik yang gelap kerana cahaya akan membuatkan mata anda silau dan menyebabkan sakit kepala lebih teruk.

13.Makan teratur - Cara Hilangkan Sakit Kepala 

Makan secara teratur. Pastikan anda ikut jadual pemakanan yang sepatutnya.

14.Elak merokok

Rokok mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang saraf di otak dan menyebabkan sakit kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

15.Gunakan tuaman sejuk

Ambil ais dan tuam di kepala anda jika diserang sakit kepala. 

16.Makan vitamin B

Vitamin B, terutama B2 (riboflavin), B9 (asid folik), dan B12, telah ditunjukkan dalam beberapa kajian untuk meredakan sakit kepala dan migrain.

17.Yoga - Cara Hilangkan Sakit Kepala

Yoga adalah cara yang baik untuk meredakan stres dan melancarkan peredaran darah, yang boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.

18. Elak makanan penyebab sakit kepala

Beberapa makanan dan minuman boleh menjadi pencetus sakit kepala. Makanan yang mengandungi monosodium glutamat (MSG), kafein, atau tiramin boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

19. Berjumpa doktor

Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang berulang atau teruk, adalah penting untuk berjumpa doktor. Doktor akan mendiagnosis punca sakit kepala anda dan memberikan rawatan yang sesuai.

20.Berbekam - Cara Hilangkan Sakit Kepala

Bekam mengeluarkan darah kotor yang menyebabkan sakit kepala. 

21. Elak makanan dengan nitrit dan nitrat

Nitrat dan nitrit ialah bahan pengawet makanan yang biasa ditambahkan pada produk seperti sosej dan daging diproses lain untuk memastikan ia segar dengan menghalang pertumbuhan bakteria.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Kepala Ketika Hamil: Punca Kerap Sakit Kepala, Jenis Sakit Kepala & Cara Mengatasi

Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

Baca juga: Kenapa Ibu Hamil Sering Sakit Kepala? Ini 8 Cara Hilangkan Migrain Tanpa Bahayakan Janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar