Ulser dalam mulut amat menyakitkan. Lagi-lagi terkena apabila kita menggosok gigi. Aduh, fikirkan saja sudah terasa pedihnya. Jika bayi atau kanak-kanak pula terkena lebih kasihan. Jadi bagaimana cara hilangkan ulser?
Punca ulser mulut ini banyak antaranya termasuklah jika anda secara tidak sengaja melukakan bahagian kulit dalam mulut.
Punca ulser timbul dalam mulut si manja
Klinik Dr. Asmah berkongsikan beberapa cara hilangkan ulser dalam mulut anak yang masih kecil. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ibu ayah mengetahui punca ulser mulut terlebih dahulu.
#1. Faktor kekurangan vitamin
Kekurangan vitamin menjadi salah satu punca ulser. Bayi yang kekurangan vitamin B12, zink dan oat akan mudah mengalami masalah ini.
#2. Alahan terhadap makanan
Anak yang berusia 6 bulan ke atas mungkin mengalami alergi terhadap sesuatu jenis makanan. Bukan itu sahaja, termakan atau minum minuman panas turut menyebabkan luka pada bahagian mulut.
#3. Berlaku jangkitan virus
Ulser mulut bayi atau kanak-kanak boleh terjadi disebabkan oleh adanya jangkitan virus seperti herpes, HFMD ataupun cacar air (chickenpox).
Menurut Jurnal of Multidisciplinary Engeineering Science Studies (JMESS), ulser juga disebabkan oleh Candida Albicans. Rasa sakit dan pedih muncul dalam 24 hingga 48 jam.
#4. Tergigit lidah atau bibir
Bayi atau anak kecil anda mungkin tergigit bahagian lidah atau bibirnya tanpa sengaja sehingga luka.
Jika sistem ketahanan tubuh si manja kurang dalam keadaan baik, kuman boleh cepat masuk dan mengakibatkan jangkitan.
Cara merawat ulser mulut pada bayi dan kanak-kanak
Bagi mengurangkan rasa pedih dan sakit yang dialami oleh anak kecil, ibu ayah boleh cuba beberapa cara ini:
- Beri si manja makan makanan sejuk dan lembut seperti puding, yogurt ataupun aiskrim vanila
- Ibu hendaklah memastikan anak minum air masak dengan kuantiti banyak
- Sentiasa jaga kebersihan puting botol susu
- Beri ais dan biarkan anak menghisapkan untuk mengurangkan kesakitan
Cara merawat ulser mulut bagi orang dewasa
Cara yang akan dikongsikan ini mungkin ada yang hanya sesuai untuk orang dewasa saja. Jadi sebelum anda mencuba terutama untuk bayi lebih baik anda dapatkan nasihat doktor terlebih dulu.
Ia kerana ada yang orang dewasa boleh gunakan tetapi bahaya untuk digunakan anak kecil. Berikut adalah beberapa cara hilangkan ulser yang tumbuh dalam mulut dan amat membuatkan kita rasa tidak selesa.
Ulser mulut atau juga dikenali sebagai bibir pecah boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahu pun tekak. Ulser mulut ini, walaupun sangat tidak menyenangkan, ia biasa akan sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.
Kalau sudah terkena ulser ni, nak makan pun susah. Memang menyakitkan. Kata orang, kalau nak cepat baik kena minum banyak air kosong. Kebiasaan, individu akan terkena ulser di bahagian bibir atau gusi.
Antara cara merawat ulser mulut ialah:
#1. Dengan air kelapa
Cuba minum air kelapa hijau dan kumur. Ia dikatakan berkesan dan menjadi cara merawat ulser mulut yang menyebabkan ketidakselesaan dan rasa sangat pedih.
#2. Serbuk kopi
Ambil sedikit serbuk kopi dan letak di bahagian ulser. Selepas itu, kumur dengan air kosong. Cara ini jarang didengar, tapi bolehlah anda cuba.
Mana tahu ia serasi dengan anda dan ulser akan hilang cepatkan.
#3. Air garam
Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut.
Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak.
#4. Mouth wash
Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan mouth wash seperti Listerine atau Colgate Plax sebagai cara merawat ulser mulut.
Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan mouth wash, seperti biasa, berkumur kemudian ludah.
Berkumur sebanyak 2-3 kali sehari, dan yang paling penting adalah jangan telan air mouth wash itu.
Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu gaggle mouth wash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.
#5. Gel atau spray ulser
Bagi anda yang tercari-cari apakah ubat ulser mulut yang sesuai, ini mungkin boleh masukkan dalam senarai.
Ubat ulser mulut paling mujarab ini banyak dijual di pasaran. Yang ini bayi pun boleh guna. Cuma tanyakan pada doktor sama ada sesuai atau tidak untuk anak anda.
#6. Gunakan lemon atau limau
Perah sedikit jus lemon/oren/limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas.Ulangi cara ini sebelum dan selepas amakan makanan berat.
Apa yang perlu dilakukan bila ulser dalam mulut berterusan?
Jika anda mengalami masalah ulser mulut secara berterusan dan berpanjangan (lebih 2 minggu), sudah tiba masanya untuk merujuk doktor pakar. Hal ini kerana anda berkemungkinan mempunyai penyakit lain.
Tips mengelakkan ulser mulut kembali
- Rendam berus gigi di dalam air suam selepas menggunakannya, untuk membunuh sebarang bakteria padanya.
- Banyakkan minum air, ia boleh membantu mempercepatkan proses untuk sembuh.
- Elakkan daripada makan coklat atau makanan bergula (manis) semasa mengalami ulser, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.
Selain mulut, ulser lidah juga boleh berlaku pada kanak-kanak
Ulser lidah merupakan sejenis luka yang terbuka pada permukaan lidah yang terjadi apabila berlakunya kecederaan pada lidah yang tidak dirawat.
Punca ulser lidah biasanya berlaku disebabkan oleh kurang mengamalkan pengambilan air yang mencukupi. Kesannya, mulut mengalami masalah kekeringan dan lama-kelamaan naik ulser bawah lidah dan dalam mulut juga.
Ubat ulser lidah biasanya menggunakan ubat cuci mulut yang mengandungi air garam bagi memastikan ulser bebas bakteria dan kebersihan mulut sentiasa terjaga.
Pantang larang ulser mulut
- Makan makanan yang keras. Bagi anak kecil, ibu boleh memberikannya makan bubur yang dikisar halus
- Makan makanan terlalu pedas, masin atau masam. Lepuh pada bibir akan terasa lebih pedih jika ibu memberikan jenis makanan ini pada si manja
- Beri susu yang masih panas atau minuman berasid
- Elakkan menggunakan ubat gigi yang ‘kuat’ atau mengandungi sodium lauryl suphat
- Biarkan anak mengunyah makanan dan elakkan makan secara tergesa-gesa
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Ini Hampir Maut Overdose Apabila Ibu Guna Bonjela Rawat Sakit Tumbuh Giginya!
Baca juga: Selain Beri Aiskrim, Ini Tips Merawat Ulser Mulut Bayi Yang Berkesan Ikut Saranan Pakar
Baca juga: Ubat Ulser Mulut Kanak-Kanak, Jangan Pakai Beli Je, Boleh Buat Anak Tak Bernafas!