Anak Ramai Tidak Susah Untuk Dijaga, Ibu & Ayah Ini Buktikan Mereka Mampu Lakukannya!

Sudah tertulis rezeki ibu ini untuk memiliki keluarga besar. Sebab itu ibu ini tekankan beberapa perkara penting dalam cara jaga anak ramai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempunyai ramai anak pada usia yang muda sememangnya penuh mencabar terutamanya dari segi kemampuan fizikal dan emosi. Apatah lagi, saya merupakan seorang wanita yang bekerjaya tetap sebagai medical representative dan mempunyai kedai barangan bayi yang dijual secara ‘online’.

Saya juga tidak mempunyai pembantu dan cuma mengharapkan bantuan suami semata-mata. Istilah letih itu sudah sebati dalam diri. Jika diikutkan sangat, barangkali saya pun akan mengalami ‘burnout’.

Saya mempunyai 5 orang anak. Masing-masing berumur 9 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 4 bulan. Jadi bayangkan bagaimana kelam kabutnya saya jika jadual seharian tak disusun dengan baik.

Cara Jaga Anak Ramai Agar Rumah Tangga Lebih Lancar

Saya pasti setiap ibu ada cara jaga anak ramai yang tersendiri apabila menguruskan perihal rumah tangga. Untuk saya, ada 6 perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam memastikan kelancaran rumah tangga saya.

Antaranya:

1) Kerjasama suami isteri

Pada saya, ini adalah perkara yang paling utama. Bertolak ansurlah dalam melakukan kerja rumah dan menjaga anak.

Seakan menjadi rutin, suami bertugas dalam membasuh pakaian, jemur, vakum rumah, dan sapu sampah di luar. Saya pula, sebaik pulang dari kerja, akan memulakan tugas memasak dan mengemas. Pastikan perut anak-anak terisi dahulu supaya mereka tak meragam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami bergilir-gilir tidurkan bayi kecil kami.

2) Disiplin masa

Benarlah, masa itu emas. Pada waktu pagi, kami akan pastikan semua bangun serentak. Juga pada waktu malam. Seawal 9-10 malam, tidur. Mudah pada kami, mudah juga untuk anak-anak saya.

Waktu makan, main, belajar, semua perlu ditetapkan. Kalau lari masa, habislah. Letih saja dapat. Cara jaga anak ini mudah, jika kita juga berdisiplin.

3) Berkomunikasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya suka bercerita. Apa yang berlaku dekat tempat kerja, apa yang saya baca hari ini dan macam-macam lagilah, saya akan cerita pada suami saya.

Rasa tak puas hati,gembira, penat, saya akan beritahu pada suami saya. Walhal perkara kecil saja, berceritalah. Begitu juga sebaliknya, jadilah pendengar yang baik.

4) Me-time

Masa untuk bersendiri. Okay, ini sangat sangat penting. Adakalanya fikiran kita berserabut memikirkan soal kerja, dan dalam masa yang sama, menjaga kebajikan anak-anak.

Konsep me-time setiap orang itu berbeza. Ada yang keluar membeli belah sendiri, tengok wayang, makan dengan kawan-kawan, dating dengan suami. Macam-macam ada. Dapat sebulan sekali pun cukuplah, sekadar untuk ‘recharge’.

5) Melakukan aktiviti dengan anak-anak

Switch off phone. Luangkanlah masa untuk anak-anak. Jika ada duit lebih, bawalah mereka bercuti. Percayalah, mereka orang yang paling gembira. Ibu bapa pun akan automatik seronok melihat anak-anak yang riang kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buatlah aktiviti secara berjemaah tidak kiralah secara fizikal, rohaniah dan sebagainya. Kadang-kadang perkara yang nampak ‘simple’ pun sudah memuaskan hati anak-anak contohnya menonton TV bersama-sama. Kami kebiasaannya akan buka cerita kartun atau paling tidak, menonton siri Upin dan Ipin.

Sama-sama bergelak ketawa. Jadikan ia antara momen terindah anak-anak.

6) Mengajar anak seawal usia

Saya mengajar anak untuk mengemas biliknya sendiri, mengemas tempat tidurnya, lipat baju, susun baju dan sebagainya. Aktiviti yang mampu mereka lakukan pada usia mereka. Ini bukan bermakna kita sebagai ibu bapa lepaskan tanggungjawab atau mendera mereka ya.

Percayalah, jika mereka mampu melakukan semua itu, anda akan dapat lihat anak anda lebih matang dari segi perbuatan dan percakapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara tidak langsung, mereka sendiri yang akan menawarkan diri untuk menolong jika nampak saya terlalu sibuk di dapur atau menguruskan adik mereka yang masih kecil. Mereka juga sering meminta izin untuk menyiapkan kerja rumah tanpa disuruh.

Inilah cara saya dan suami. Fitrah rumah tangga, tidak semuanya sempurna. Tapi jika anda mampu menangani sebarang bentuk cabaran, inshaaAllah segala-gala akan dipermudahkan.

Artikel ini ditulis oleh Fathin Izzaty binti Zulkiflee untuk theAsianparent Malaysia. Ibu kepada 5 orang anak. Berusia 32 tahun. Bekerjaya tetap sebagai medical representative. Mempunyai kedai barangan bayi yang dijalankan secara ‘e-commerce’.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tiada Lagi Kata Sepakat & Sering Membenci Menjadi Punca Perceraian Rumahtangga

Baca juga: Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu…

Baca juga: 13 Tips Berkesan Didik Anak Jadi Soleh, Solehah, Ibu Ayah Boleh Cuba Amalkan Selama 40 Hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan