TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu...

4 min bacaan
Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu...

Mesti ramai ibu ayah yang tak tahu kuantiti diperlukan untuk ubat gigi anak? Biasanya pada berus gigi kanak-kanak ada tanda.

Jika masih ada dalam kalangan ibu bapa yang belum tahu mengenai kuantiti yang betul untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak, ini cara yang betul untuk anda gunakannya. Mudah saja, biasanya tandanya ada di berus gigi kanak-kanak. Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?
  • Berus gigi kanak-kanak ada pentunjuk jumlah ubat gigi diperlukan
  • Kuantiti ubat gigi berflourida yang betul untuk kanak-kanak
  • Tips atasi anak tak mahu berus gigi
Menurut doktor pergigian, Dr Mohd Khairul Izwan, ramai ibu ayah yang mungkin keliru berapa banyak yang patut digunakan kepada anak-anak hingga ada yang gunakan terlalu sedikit, ada pula yang gunakan terlalu banyak.

Berus gigi kanak-kanak biasanya ada tanda berapa banyak ubat gigi diperlukan

Berus gigi kanak-kanak

Tips ini dikongsikan Dr Mohd Khairul Izwan, kerana ramai ibu ayah yang keliru berapa banyak yang diperlukan untuk diletakkan pada ubat gigi anak.
 
Jika anda perasan, ada sesetengah berus gigi kanak-kanak yang mempunya tanda atau warna lain di tengahnya. Jadi sebenarnya di kawasan itulah yang sepatutnya anda letakkan ubat gigi anak.
 
Malah sebanyak itulah yang diperlukan untuk anda letak ubat gigi anak dengan kadar yang sepatutnya. Kadang-kadang ada yang keliru banyak mana sebenarnya kan? Itulah jumlah yang sebaiknya. 
 
Kuantiti ubat gigi berflourida yang betul
 
Dot atau warna lain pada ubat gigi anak itu boleh digunakan sebagai panduan untuk anggaran seberapa banyak ubat gigi yang perlu digunakan oleh anak anda. 
 
Saranan bagi kuantiti ubat gigi yang betul adalah seperti berikut:
  • 3 tahun keatas: Sebesar kacang pea iaitu bersamaan sebesar dot di tengah berus gigi.
  • 3 tahun kebawah: Sebesar butir beras iaitu bersamaan separuh daripada dot di tengah berus gigi.
Dengan ini, anda tidak perlu lagi ragu-ragu atau takut anak anda tertelan ubat gigi. Ini kerana, dalam jumlah yang kecil, buih yang terhasil tidak begitu banyak tetapi memadai untuk memberikan perlindungan yang berkesan terhadap gigi anak anda.
 
Semoga dengan panduan ini, dapat membantu memudahkan ibu bapa untuk menganggarkan ukuran ubat gigi yang perlu digunakan oleh anak-anak mereka.
 
Tips atasi anak tak mahu berus gigi
Berus gigi kanak-kanak
 
Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi.
 
Selalunya ia merupakan satu cabaran kerana anak-anak hanya bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Ada ibubapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini.
 
Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi:
 
#1. Mula seawal mungkin
Berus gigi kanak-kanak

Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu. Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.

Jadi anak akan terbiasa untuk oralnya disentuh dan dia akan terbiasa bila sampai tahap giginya perlu diberus nanti.

#2. Jangan tunggu, bila dah tumbuh gigi susu, jadikan rutin berus gigi

Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.

Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.

#3. Berus gigi bersama mereka

Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama.

Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga. Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Tak Mahu Makan Makanan Berkhasiat? Ibu Ini Kongsi Tips Tanganinya, #No.5 Pasti Menjadi!

Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini

 
Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu...
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham