X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam

5 min bacaan
Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam

Ajar anak berkongsi bukan suatu proses pendek. Apa yang penting perlu kena caranya dan ia akan tinggalkan kesan baik untuk anak.

Drama anak tak nak berkongsi ini boleh berlaku di mana-mana saja. Kadang kala disebabkan drama seperti ini ibu ayah jadi serik untuk bawa anak keluar terutama ke taman permainan dan sebagainya yang melibatkan ramai kanak-kanak. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Belajar berkongsi proses yang panjang, bukan hari ini ajar esok dah pandai
  • Bila sebenarnya anak faham konsep berkongsi?
  • Kenapa perlu buat PREP?
  • Cara kendali situasi rebut, rampas, tolak, gigit untuk merebut mainan
  • Tips ibu ayah kekal tenang dalam situasi berebut mainan

Ini kerana anak mereka tidak mahu berkongsi dan takut perkara lebih buruk terjadi iaitu anak akan bertindak agresif apabila diminta untuk berkongsi.

Akhirnya, penyelesaian terbaik bagi ibu bapa adalah tidak bawa mereka ke taman permainan atau bermain dengan orang lain dan tinggalkan mereka bermain sendiri yang mana hakikatnya tiada perubahan dan tidak bawa kebaikan kepada anak pun.

Ajar anak berkongsi proses yang panjang, bukan hari ini ajar esok dah pandai

anak berkongsi

Perkongsian adalah suatu yang memang sukar untuk kita buat. Sebagai orang dewasa pun, kadang kala kita tidak mahu berkongsi juga. Apatah lagi jika dipaksa-paksa, lebih sukar untuk kita berkongsi.

Jadi sama juga dengan anak-anak. Penting untuk kita tahu yang mereka juga ada alasan tersendiri kenapa tidak mahu berkongsi dan sebagainya.

Jadi apa yang anda boleh buat dan apa sepatutnya anda buat dalam proses ajar anak untuk berkongsi?

Bila sebenarnya anak faham konsep berkongsi?

anak berkongsi

Bila sebenarnya anak akan faham konsep berkongsi? Pada usia berapakah mereka akan memahami konsep ini? Adakah mereka hanya tahu menangis saja jika kemahuan mereka tidak dituruti? Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib, anak akan faham konsep berkongsi pada sekitar usia tiga hingga empat tahun.

Maka, strategi mengendalikan situasi drama tak nak berkongsi untuk anak lebih kecil iaitu di bawah usia tiga tahun adalah sedikit berbeza dengan anak yang lebih besar. Cara ajar anak berkongsi juga sudah pasti berbeza pendekatan bergantung kepada usia mereka.

Jadi, apa yang perlu dibuat? Buat dulu PREP ini:

#1. Plan ahead (P)

Bila? Mainan apa? Di mana? Dengan siapa?

#2. Reveal plan (R)

Contoh ayat:

"Mummy nak masak sekejap, adik dan abang main sama-sama semasa mummy masak okay?

#3. Explain details (E)

"Adik main mainan adik, abang main mainan abang. Abang dan adik boleh take turn bila masing-masing dah puas main. Okay? Bila nak pinjam mainan orang, kena cakap 'boleh pinjam'? 

#4. Put them incharge of something small (P)

Adik nak main kereta merah dulu atau biru dulu atau abang nak bagi adik main kereta dulu atau boleh dulu?

Kenapa perlu buat PREP?

Pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya kenapa perlu buat PREP? 

Ini kerana toddler hidup dengan konsep in the know: iaitu tidak suka dengan sesuatu yang bersifat secara tiba-tiba dan tidak tahu apa nak dijangka. 

Disebabkan itu mereka suka ulang tanya sesuatu banyak kali untuk puaskan keinginan in the know nya itu.

PREP ini akan membuatkan soalan : bila? bagaimana? siapa? apa? di mana? kenapa? dalam diri mereka terjawab. Disebabkan itu bila internal chaos anak ditenangkan, ia akan mengurangkan external tantrum.

Cara kendali situasi rebut, rampas, tolak, gigit untuk merebut mainan

#1. Anak lebih kecil

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Contoh skrip:

Ibu: Adik suka kereta tu. Kereta tu memang cantik. Mama tahu adik nak kereta tu tapi tak ok untuk pukul orang. Mama akan alihkan adik sekarang/mama akan pegang adik sekarang. 

  • Skrip sesuai guna ketika tantrum atau meltdonwn belum bermula
  • Letak anak semula untuk bermain setelah seketika

#2. Anak lebih berusia

Ibu: Abang suka kereta tu. Kereta tu memang cantik. Mama tahu abang nak kereta tu tapi tak ok untuk pukul adik. Mama akan alihkan adik sekarang supaya adik tak cedera"

  • Beri peluang untuk anak reflect behavior: "Mama nampak abang masih pukul adik"
  • Explain situation: "Cakap boleh pinjam"? Untuk minta mainan, bukan pukul.
  • Direct : Cuba kita tanya adik sekarang.
  • Own situation: Jika abang masih cuba pukul adik, "Ok, nampaknya abang belum tahu cara minta dengan betul. Kita stop dulu main sekarang dan cuba lagi petang nanti"

Tips ibu ayah kekal tenang dalam situasi berebut mainan

anak berkongsi

  1. Sentiasa cakap dengan tenang dan eye to eye supaya anak tak rasa terancam. Anak yang rasa terancam lebih mudah hilang kawalan. 
  2. Gunakan props seperti jam loceng atau jam pasir untuk anak take turns. Ia sangat membantu kerana anak tak faham konsep masa.
  3. Tapi jangan tentukan masa mereka bermain pada mana-mana pihak kerana ia ibarat memaksa anak untuk berkongsi. Jadi boleh bagi piliha, "abang nak set alarm 3 minit atau 5 minit? 
  4. Anak perlu belajar berkongsi kerana mahu iaitu motivasi dalaman, bukan kerana takut atau terpaksa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: google image

Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Baca juga: Dengan kawan pandai dia berkongsi, tapi bila dengan adik kedekut pula! Kenapa ya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam
Kongsikan:
  • Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

    Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

  • Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

    Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

  • Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

    Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

  • Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

    Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

  • Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

    Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

  • Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

    Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.