Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

Cara kecutkan cyst boleh dilakukan tanpa mengambil sebarang ubat atau menjalani proses pembedahan. Kami cadangkan anda amalkan beberapa pemakanan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cyst adalah ketumbuhan tidak normal dan di dalamnya mengandungi cecair. Kebanyakannya boleh terjadi pada bahagian ovari serta boleh membesar sekiranya tidak dirawat dengan segera. Tahukah anda ada beberapa cara kecutkan cyst dengan semula jadi tanpa menjalani pembedahan?

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Fauziah Mohd Hasan, kebanyakan wanita yang mempunyai cyst dalam keadaan normal tidak mempunyai sebarang masalah.

Cara kecutkan cyst dengan semula jadi

credit to sources

Walau bagaimanapun ada beberapa jenis cyst lain yang boleh membawa kepada gangguan kesihatan seperti endometriosis, dermoid, corpus luteal dan cystadenomas.

Pada asalnya, cyst adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur atau ovum. Namun apabila matang, ia tidak pecah dan mengeluarkan telur (ovum) untuk disenyawakan. Kesannya, boleh membesar melebihi saiz 2 sentimeter seperti sebiji kacang atau telur.

Selain sukar mengandung, ada tiga lagi risiko bahaya yang lain kepada wanita iaitu:

#1. Jangkitan kuman

Cyst boleh menjadi pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria sehingga meragut nyawa.

#2. Ovari terbelit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar, sekiranya berlaku ovari terbelit ini tidak hanya menyebabkan kesakitan yang teruk, malah sukar untuk menyelamatkan tisu ovari yang masih sihat.

#3. Kanser

Meskipun kanser adalah kes yang sangat jarang berlaku, masih ada risiko sekiranya anda tidak mendapat rawatan sebetulnya.

Cara kecutkan cyst yang disarankan oleh doktor pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan panik sekiranya anda mendapati mengalami masalah ini kerana ada beberapa cara kecutkan cyst dengan mudah seperti yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshad. Antaranya ialah:

credit to sources

  • Buah delima
  • Sayuran seperti brokoli, kubis dan pak choi
  • Minyak zaitun
  • Anggur merah berbiji
  • Bijirin oat
  • Cendawan
  • Buah-buahan sitrus iaitu lemon, limau nipis dan limau gedang
  • Teh hijau
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Kekacang yang tidak dipanggang iaitu badam, walnut, kacang tanah, gajus
  • Spirulina
  • Minyak kelapa dara
  • Daun kucai dan seleri
  • Anggur hitam dan bluberi
  • Makanan yang ditapai seperti yogurt, tapai, kimchi kerana ia membekalkan probiotik dan bakteria baik
  • Biji rami (flaxseed)

Selain daripada pemakanan harian, Dr Hamid turut menyarankan supaya mengambil supplemen bagi mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin c, vitamin e, kalsium, multivitamin, minyak ikan yang kaya dengan Omega-3.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid dan kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen berlebihan di dalam badan wanita. Justeru jenis makanan perlu anda ambil ialah memiliki kandungan yang mampu menghalang pembentukan estrogen.

Cara kecutkan cyst dengan elak pengambilan kacang soya

Anda juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil kacang soya atau sebarang jenis produk berkaitan dengan bijirin ini.

Dr Fauziah mengatakan bahawa soya mengandungi isoflavones yang memiliki kandungan estrogen tidak elok untuk tubuh badan terutamanya pada saluran peranakan.

Selain itu bagi yang pesakit PCOS, anda perlu menghindarkan pengambilan makanan seperti:

  • Makanan ringan dan minuman bergula
  • Makanan yang berpotensi menyebabkan keradangan. Misalnya daging yang diproses
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti roti putih

Adakah risiko cyst pada ovari boleh berulang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Menurut Dr Zubaidi, meskipun seorang wanita telah melakukan pembedahan untuk membuang ovarian cyst, namun ia tetap memiliki risiko untuk tumbuh semula.

Banyak kajian menunjukkan rangsangan daripada 'radikal bebas' yang menyebabkan masalah ini.

Sekiranya kehadiran radikal bebas tidak dapat dikawal secara baik oleh nutrisi makanan yang mengandungi antioksidan banyak ataupun tubuh badan mengalami kekurangan antioksida, berkemungkinan besar untuk anda mendapat ovarian cyst berulang kerana tubuh tidak mampu melawan radikal bebas sehingga menjadi punca ketumbuhan sel tidak normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, jalani hari-hari dengan gaya hidup yang sihat bagi menangani masalah ini. Tekanan dan kegelisahan boleh menyebabkan masalah kesihatan bertambah buruk.

Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal supaya dapat mencegah pembentukan cyst pada ovari. Sekiranya ada tanda-tanda seperti kembung perut atau bengkak, pening dan muntah, sakit semasa hubungan kelamin dan tidak selesa bahagian bawah perut (pelvis) yang teruk, segera untuk berjumpa doktor.

Sumber: Dr. Zubaidi, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: Risiko & Tanda Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Melalui Proses Pembedahan?