Anda mesti nak tahu rahsia ketatkan faraj untuk kepuasan suami tercinta, kan? Jika anda takut untuk menggunakan produk di pasaran yang tak tahu sejauh mana keberkesanannya, kami ada 7 cara ketatkan miss V secara semula jadi untuk anda!
Otot faraj sama seperti otot badan kita yang lain. Ia perlu dijaga untuk membolehkan ia sentiasa berfungsi dengan baik.
Faraj yang longgar boleh mengurangkan kepuasan seksual. Ikuti 7 cara ketatkan faraj ini dan buat suami kagum dengan prestasi anda.
Cara Ketatkan Miss V Secara Semula Jadi
1. Jaga Berat Badan
Penambahan berat badan akan menghasilkan lapisan kulit baru. Ia akan membuatkan anda menghasilkan air yang lebih dan membuatkan faraj menjadi terlalu lembap.
Faraj yang terlalu lembap boleh menyebabkan vaginitis iaitu kesakitan di kawasan faraj yang menyebabkan lendir berlebihan, sakit dan gatal.
2. Cara Ketatkan Miss V: Jangan Angkat Benda Berat
Jika anda selalu mengangkat berat, ia akan melemahkan otot faraj dan ia mampu menyebabkan ia longgar!
3. Lakukan Senaman Kegel
Senaman ini ternyata berkesan sebagai salah satu cara ketatkan faraj. Cara untuk melakukan senaman ini adalah dengan menggerak-gerakkan otot faraj sampai ia dikuncup dan dikemutkan seperti menahan kencing.
Apa yang bagusnya, anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana sahaja tanpa pengetahuan orang lain!
4. Jangan Guna Pembersih Wanita
Anda tak perlu menggunakan sebarang produk untuk mewangikan faraj anda. Faraj anda mempunyai aromanya yang tersendiri serta ia berupaya untuk membersihkan faraj sendiri tanpa bantuan alat pembersih ini.
Ramai juga doktor melarang keras penggunaan pembersih wanita ini.
5. Cara Ketatkan Miss V: Menaikkan Kaki
Lakukan senaman kaki ini dengan baring terlentang dan angkat kedua belah kaki ke udara. Kemudian gilir-gilir mengangkat kaki kanan dan kaki kiri secara berselang-seli.
Ia dapat mengetatkan otot kaki serta faraj. Senaman dua dalam satu!
6. Hubungan Seks
Salah satu cara untuk menjaga faraj agar tetap sihat adalah dengan melakukan hubungan seks. Hubungan seks dapat memperbaiki perjalanan darah serta mengetatkan faraj dan membuatnya menjadi lebih elastik.
7. Jangan Garu Faraj
Sudah menjadi fitrah untuk kita menggaru apabila tubuh kita gatal. Tapi anda perlu tahan diri anda. Faraj mungkin akan gatal disebabkan kulat atau bakteria, dan menggaru faraj anda hanya akan memudaratkan anda.
Jika anda rajin menjaga kebersihan dan kesihatan faraj anda, faraj anda akan sentiasa berfungsi dengan baik walaupun anda sudah melahirkan anak. Suami juga tentu lebih bahagia!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus
Baca juga: Faraj Yang Sihat Mesti Dijaga Dengan Betul, Elakkan Guna Produk Ini!
Baca juga: Buat Senaman Kemutan Faraj, Baring Mengiring Ke Kiri Kalau Nak Mudah Laluan Bersalin Terbuka