TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar

4 min bacaan
7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar

Cara mandikan bayi terutama yang baru saja lahir dan masih di awal usia perlu perhatian khusus kerana sikit saja kesilapan boleh meragut nyawa bayi anda.

Memiliki bayi baru lahir membuatkan anda sebagai ibu atau bapa perlu mempelajari pelbagai perkara ini termasuklah cara mandikan bayi!

Cara mandikan bayi terutama yang baru saja lahir dan masih di awal usia perlu perhatian khusus kerana sikit saja kesilapan boleh meragut nyawa bayi anda.

Bayi yang baru lahir terlalu fragile, dan cara mengendalikan mereka perlu teliti bagi mengelak sebarang kecelakaan yang bukan saja boleh mendatangkan kecederaan atau mudarat, tetapi juga mengancam nyawa.

Jadi sebagai ibu bapa anda perlulah belajar cara yang betul dalam mengendalikan so comel anda!

Cara mandikan bayi baru lahir

cara mandikan bayi

Ada yang menyarankan untuk permulaan mandikan bayi anda dengan air sahaja, dan jangan gunakan sabun. Tetapi ramai juga ibu bapa yang mahu anda sentiasa berbau harum bukan?

Jadi jika mahu gunakan mandian atau syampu pastikan anda gunakan dalam kadar yang sedikit dahulu. Jika ia sesuai untuk kulit bayi anda dan tidak mendatangkan sebarang kerengsaan kulit, jadi anda boleh saja teruskan menggunakan sabun berkenaan.

Jika ada kesan seperti ruam atau kerengsaan atau kesan merah, cuba berhenti gunakan sabun berkenaan kerana mungkin kulit bayi anda sensitif dan tidak sesuai dengan kandungan bahan dalam sabun berkenaan.

Air sahaja mungkin tidak cukup

Menurut, laman web Johnsonbaby, air sebagai pembersih tidak dapat membuang kotoran larut lemak yang tertinggal di bawah lampin dan pakaian.

Jika kotoran tersebut tidak dibuang, ia boleh menjejaskan lapisan penghalang kulit bayi yang sangat halus itu.
Selain itu, air sahaja sebenarnya boleh mengeringkan kulit bayi anda. Penggunaan air sahaja yang berulang-ulang, terutamanya apabila air itu mengandungi kalsium atau klorin, telah terbukti menyebabkan kehilangan lembapan daripada sel kulit lalu mengakibatkan kulit yang terengsa atau merah.

Pembersih khusus bayi yang lembut seperti sangat disyorkan untuk membersihkan si manja dengan berkesan.

Langkah memandikan bayi baru lahir

Dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, jika bayi tidak dimandikan setiap hari, ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

#1. Tempat mandi

cara mandikan bayi

Tempat untuk memandikan bayi amat penting sama ada untuk keselesaan bayi atau anda. Sekarang ini banyak dijual di pasaran besen yang sedia ada dengan tempat untuk meletakkan bayi anda jika anda takut untuk memegang mereka.

Selain itu, sinki dapur juga boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas buih diletakkan di dasar sinki).

Anda juga perlu pastikan sinki bersih daripada sebarnag kotoran dan anda juga boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.

#2. Suhu air

Bermulalah dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Selepas mengisi besen atau tab mandi, pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.

Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.

#3. Cara pegang bayi

cara mandikan bayi

Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.

#4. Bersihkan si manja berperingkat

Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam.
Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar.

Lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka bayi dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya!

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

#5. Gunakan sabun dengan kadar sedikit

Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi. Jika bayi mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang
Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.

#6. Cuci kawasan lampin

Cuci kawasan lampin akhir sekali. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.

#7. Selesai mandi, keringkan dan balut bayi dengan cepat

Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellosehat, johnsonsbaby

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commengapa-anda-perlu-mandi-malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham