Cara masak kari ayam yang kami kongsikan ini sesuai jika anda mahu masak untuk budak atau kanak-kanak yang tidak tahan pedas. Resepi ini pasti membuatkan anak anda makan hingga menjilat jari.
Isi Kandungan
Cara Masak Kari Ayam Untuk Budak
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 4 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang besar *
- 4 biji bawang putih *
- 2 inci halia *
- 1 batang serai *
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
- 2 sudu besar rempah kari
- 1/2 sudu besar asam jawa
- 8 cawan santan dari sebiji kelapa + air
- Daun kari
- Garam
- Kentang (optional)
- Tomato (optional)
Cara penyediaan:
- Kisar bahan bertanda * (bawang besar, bawang putih, halia dan serai). Tumiskan dengan minyak dalam periuk bersama 4 sekawan sehingga naik minyak.
- Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Boleh sahaja gunakan rempah kari ikan atau daging sebarang jenama. Rasanya tetap sedap.
- Bancuh asam jawa dengan sedikit air dan masukkan juga ke dalam periuk.
- Masukkan ayam, santan, air dan daun kari. Reneh dengan api kecil sehingga ayam empuk. Lebih kurang 15 minit. Jangan gunakan api besar kerana ini akan menyebabkan ayam menjadi tawar dan kering, walaupun berkuah. Masukkan kentang, jika ada, reneh hingga empuk tapi tak terlalu empuk.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan tomato dan segera tutup api. Sedia dihidang.
Resepi Kari Tanpa Santan Untuk Budak
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 2 1/2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 tangkai daun kari
- 2-3 sudu besar kerisik
- 3 biji kentanggaram secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
Cara penyediaan:
- Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
- Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
- Masukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Roti
Baca juga: 7 Khasiat Lobak Putih Yang Baik Untuk Tubuh, Cuba Makanan Popular Di Asia Ini!
Baca juga: Resepi Ayam Kam Heong Yang Simple & Sedap, Hidang Dengan Nasi Panas Memang Ngam!