Ibu-Ibu, Elakkan Posisi Ini Ketika Hamil! & Cuba Posisi Yang Lebih Selamat

Ibu-Ibu, Elakkan Posisi Ini Ketika Hamil! & Cuba Posisi Yang Lebih Selamat

Apabila bercakap mengenai cara melayan suami ketika hamil ramai sebenarnya wanita yang keliru dan sangsi. Ada yang berpendapat hubungan seks memang seeloknya dielakkan?

Apabila bercakap mengenai cara melayan suami ketika hamil ramai sebenarnya wanita yang keliru dan sangsi. Ada yang berpendapat hubungan seks memang seeloknya dielakkan dan ada juga yang berpendapat ia adalah selamat dan tidak ada masalah langsung. 

Sejujurnya, kedua-duanya tidak berapa tepat. Memanglah hubungan intim selamat dilakukan ketika hamil namun ada beberapa posisi yang patut dielakkan apabila anda di trimester tertentu. 

Cara melayan suami ketika hamilcara melayan suami ketika hamil

 

Anda perlu tahu posisi seks yang selamat untuk anda lakukan mengikut perubahan trimester. 

Trimester pertama

Berita baik untuk anda, posisi seks pada trimester pertama boleh dikatakan semuanya selamat untuk dilakukan. Baik posisi missionary, doggy dan sebagainya. Namun apa yang mungkin jadi penghalang pada waktu ini adalah alahan yang dialami atau kepenatan yang membuatkan anda rasa tidak terangsang. 

Dan anda tidak perlu bimbang mengenai keguguran. Tiada kajian yang jelas menunjukkan seks adalah penyebab keguguran bagi kehamilan normal. Melainkan keadaan kandungan yang membimbangkan serta atas nasihat doktor untuk tidak melakukannya. 

Trimester kedua

Pada waktu ini perut anda sudah semakin membesar disebabkan tumbesaran janin. Dan ada kemungkinan anda sudah mula berasa tidak selesa untuk melakukan hubungan intim di trimester kedua ini. 

Terutamanya jika anda ingin melakukan posisi missionary. Jika anda masih ingin melakukan posisi ini, perlu diingat ia mungkin akan memberi tekanan pada uterus anda. 

Selain missionary, posisi seks lain boleh dikatakan masih selamat untuk dilakukan di trimester kedua ini. Namun ia semua bergantung kepada individual. 

Jika anda merasakan anda tidak selesa pada sesuatu posisi itu, anda perlu berbincang dengan pasangan dan lakukannya mengikut persefahaman kedua-dua pihak. Sesetengah pasangan lebih selesa melakukan posisi spooning untuk kemasukan mengiring. 

Anda duduk atas pasangan juga boleh menjadi posisi yang serasi dan selesa apabila kehamilan anda menginjak ke trimester kedua. 

cara melayan suami ketika hamil

Trimester ketiga

Pada trimester ketiga, posisi yang anda patut elakkan adalah kebanyakannya yang boleh memberi tekanan pada perut anda. 

Waktu ini perut anda sememangnya besar, jadi agak sukar untuk memilih posisi yang anda selesa. Disamping kepenatan dan kesakitan di bahagian pelvik yang kian ketara kemasukan zakar suami ke dalam faraj mungkin mengundang ketidakselesaan. 

Antara posisi yang masih anda boleh amalkan adalah sama seperti trimester kedua, iaiatu spooning, mengiring dan posisi anda di atas suami. 

Hubungan intim ketika trimester ketiga masih selamat untuk dilakukan. Jangan takut ya ibu-ibu, cuma anda mungkin akan mengalami ketidakselesaan, namun itu adalah normal. Pastikan tiada tekanan pada perut, semua posisi pun anda boleh cuba malah seks pada trimester ketiga sedikit sebanyak boleh membantu pembukaan pangkal rahim. 

5 Posisi seks ketika hamil yang menjanjikan kepuasan

cara melayan suami ketika hamil
Wanita hamil tak sepatutnya asyik baring terlentang terutamanya ketika trimester kedua dan ketiga.

#1. Missionary mengiring

Jadi, gaya missionary biasa mesti kena keluar dari menu posisi seks ketika hamil. Tapi, kalau anda nak juga buat gaya ini (sebab senang dan anda keletihan), boleh cuba ubah sedikit gayanya.

Begini - letak bantal di belakang badan anda. Anda perlu berpusing ke tepi sedikit sambil pasangan menghadap anda.

Jika perut menjadi penghalang, cuba minta suami jauhkan perutnya dari perut anda. Tapi kaki kalian masih boleh bercantum.

Kemudian, mulakan aksi.

#2. Doggy style
Ketika hamil, rasanya posisi seks gaya doggy mungkin yang paling senang. Tapi, kalau senang dan selalu sangat buat pasti membosankan. Betul tak?

Jadi, apa kata suntik sedikit kelainan dan cuba lakukan gaya doggy ini di ruang tamu pula. Cuba melutut di sofa dan menghadap ke depan. Suami pula boleh memulakan dayungan dari belakang.

#3. Gaya spooning
Apabila kandungan anda sudah masuk trimester ke-3, gaya spooning adalah gaya yang paling best dan menyeronokkan!

memandangkan perut yang membesar ini akan mengganggu proses "make love" ini. Jadi, anda kena pusing ke depan dengan suami di bahagian belakang untuk memberikan kepuasan.

#4. Servis dari tepi katil
Siapa kata anda tak boleh mencuba aksi mengghairahkan ketika hamil? Dengan gaya ini, anda pasti tersenyum sampai ke telinga!

Cuba tinggikan punggung anda dengan meletakkan seberapa banyak bantal yang boleh. Duduk di penghujung/tepi katil.

Buka kangkang anda. Suami pula kena melutut di tepi katil dan menghampiri anda perlahan-lahan. Kalau suami kurang selesa, dia pun boleh letak bantal di lututnya!

#5. Reverse cowgirl
Jangan stress sangat untuk cari posisi seks yang sesuai ketika hamil. Mari kita berekperimen, tapi dalam skala yang selamat. Okay

Malah, anda juga boleh "mengawal" aksi di ranjang. Cuba ambil posisi seperti doggy, kemudian anda di hadapan melutut seakan cowgirl. Posisi ini dipanggil reverse cowgirl.

Kawal aksi dan luahkan segala kepuasan anda di hadapan pasangan. Pasti pasangan tergoda. Siapa kata wanita hamil tak seksi, kan!

Secara amnya, posisi seks yang paling selamat ketika hamil adalah di mana wanita duduk di atas. Jadi, dalam banyak-banyak posisi seks ini, cubalah ikut keselesaan anda.

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dan disiarkan semula di theAsianparent Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/posisi-seks-ketika-hamil-selamat-dan-selesa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner