Ada banyak cara memikat hati isteri yang boleh mencairkan hati para isteri. Suami MESTI menguasai kemampuan ini kerana ia bukan hanya untuk hubungan ranjang semata-mata.
Tapi ia juga untuk menguatkan ikatan emosional antara kalian.
Bahkan isteri juga akan rasa seronok bila suami tahu cara memikat wanita ini. Ia pasti akan membuatkan cinta kedua-dua pasangan suami isteri semakin bercambah dari hari ke hari. Senyum sampai ke telingalah jawabnya!
9 cara memikat hati isteri yang harus suami tahu
Cara memikat hati isteri 1# Nada suara rendah dan lembut
Cara memikat wanita yang pertama adalah dengan menggunakan nada suara yang rendah dan lembut. Suami tak perlu berteriak memberitahu isterinya sesuatu kerana ia akan membuatkan isteri malu.
Dengan mada suara yang rendah, isteri akan rasa dihargai oleh suami. Kemudian bisikan ke telinga isteri bahawa dirinya begitu cantik pada hari itu atau katakan betapa beruntungnya anda memiliki isteri seperti dia.
Pasti pipinya akan naik merah lantas tersipu malu bila suami memberikan pengakuan jujur seperti itu.
Suami juga perlu tahu cara memikat wanita dengan merapatkan wajah ke muka isteri tanpa melakukan sentuhan. Kemesraan akan terpancar dari hembusan nafas anda pada isteri.
Kemudian, pandang wajah isteri dan bisikkan kata-kata cinta. Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga, namun tak ada salahnya untuk anda ungkapkan cinta dan kasih pada isteri.
Bahkan, ia akan mencambahkan perasaan itu pada perkahwinan kalian berdua. Inilah antara cara memikat wanita yang berkesan untuk sejukkan hati isteri yang sedang merajuk atau marah.
Cara memikat hati isteri 3# Mencari kesukaan isteri
Cara memikat wanita yang selalu dipandang remeh ialah suami perlu tahu apa yang isteri suka dan tak suka.
Malah, anda juga perlu tahu apakah perkara yang boleh membuatkan isteri bersemangat menjalani kehidupannya seharian seperti mengajak isteri menonton wayang, berbelanja keperluan isteri ataupun sesekali anda menyediakan makanan kegemaran isteri.
Perkara-perkara ini akan membuatkan isteri rasa dicintai lantas membuatkan si dia merasa cukup istimewa di hati suami.
4# Jangan kritik penampilan isteri
AWAS ya para suami, jangan sesekali mengkritik penampilan isteri tapi sekadar memberi cadangan pakaian tertentu tak mengapa.
Tapi kalau selalu sangat anda cuba menentukan pakaian yang perlu dia pakal, anda bakal dirundung masalah terutama apabila isteri mengganggap dia tak berdandan cantik di hadapan suami ketika berada di dalam rumah ataupun saat berada di luar.
Jika boleh elakkan seperti kata-kata begini yang boleh menyakitkan hati isteri…
“Buruknya baju awak hari ini” “Kenapa mekap awak ini kelihatan macam badut”
5# Memuji cara isteri berfikir
Cara memikat wanita yang lain juga adalah dengan memuji setiap apa yang difikirkan isteri. Seperti puji kecerdasaannya memberikan idea dan sebagainya.
Selain itu, berikan kata-kata positif ketika isteri berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik seperti membasuh pakaian, membersihkan rumah dan mengasuh anak-anak dengan baik yang dapat dilihat dari sudut kecermerlangan anak-anak dalam akademik mahupun kehidupan sosial.
Kalau nak tahu, isteri memang pantang dipuji, maka kembang semangkuk la hidung isteri nanti bila selalu dipuji suami.
Apatah lagi, ia mampu membuatkan rasa cinta isteri bercambah dari hari ke hari.
Sebagai contoh anda memikirkan cara mengurangkan bajet kewangan rumah. Kemudian isteri berkongsi buah fikiran yang bernas lantas suami berikan pujian diatas idea tersebut. Pasti isteri rasa bangga.
Kalau beri pujian pada masakan isteri dengan mengatakan sedap dan lazat juga boleh membuatkan isteri suka berkali kali.
6# Rangsang ghairah isteri
Cara memikat wanita yang seterusnya adalah, ketika berdua-duaan, kalian boleh membicarakan apa yang disukai dan yang tidak disukai dalam aktivti seksual.
Suami boleh menggoda isteri dengan kata rayuan yang bernada seksual, seperti menaikkan ghairah isteri dengan cara mencium isteri untuk melakukan foreplay. Kalian pun pasti merasa intim dan mesra.
7# Buat isteri ketawa
Isteri suka bila suami buatkan dirinya ketawa. Hal ini kerana, isteri suka apabila suami pandai membuat lawak jenaka bahkan menambahkan baik setiap aktiviti isteri setiap hari.
Meskipun lawak bodoh yang dibuat suami, paling tidak isteri hanya tersenyum saja kerana suka dengan usaha suami itu untuk buatnya tertawa. Itupun sudah cukup membahagiakan hati isteri.
8# Beri sokongan pada hobi isteri
Meskipun menguruskan rumah tangga, pastinya isteri turut memiliki hobi tertentu seperti menulis blog, melancong, membaca novel dan sebagainya.
Jadi, bila suami tahu hobi para isteri ini, anda boleh perlu berikan dorongan di atas hobi mereka itu. Supaya dirinya merasa lebih dicintai dan bersemangat.
Sokongan yang bagaimana anda boleh buat? Sebagai contoh, jika isteri suka membaca novel, anda belikan novel tertentu pada isteri supaya dapat mendorong isteri baca dengan banyak dan mengisi waktu lapangnya ketika di rumah.
9# Menatap wajah isteri dengan sepenuh kasih sayang
Selain itu, tatap wajah isteri dengan penuh kasih sayang tatkala dirinya sedang berkomunikasi dengan anda. Jika suami terkesima dengan kecantikan isteri ketika berkata-kata tentunya ia akan membuatkan isteri tersipu malu dan suka bila suami tenung wajah isteri.
Kesimpulannya, suami hargailah isteri anda kerana pengorbanan isteri tak dapat dibalas dengan wang ringgit dan jaga hati mereka kerana lumrah wanita mudah tersentuh hatinya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia