Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara Menambah Air Ketuban Yang Berkesan Ketika Hamil

undefined

Cara menambah air ketuban ketika trimester ketiga adalah penting buat para ibu mengandung bagi mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi

Cecair amniotik atau air ketuban adalah sebahagian dari sistem sokongan bayi dalam kandungan. Namun, ramai ibu yang mengalami masalah air ketuban kurang sehingga perlu mencuba beberapa cara menambah air ketuban.

Untuk pengetahuan anda, air ketuban terhasil sejurus terbentuknya kantung amniotik, kira-kira 12 hari selepas ibu disahkan hamil. Ia terdiri daripada air yang ada dalam tubuh ibu dan berfungsi sebagai membantu perkembangan otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.

Cara menambah air ketuban

Bacaan air ketuban normal

Punca air ketuban kurang boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Malah ia juga boleh mengecutkan wajah anak anda.

Berikut beberapa cara menambah air ketuban bagi mengelakkan sebarang risiko apabila menjelang detik kelahiran nanti.

#1. Suntikan cecair amniotik 

Doktor akan suntik cecair amniotik yang bocor kembali ke dalam kantung amniotik dengan jarum.  Ia menjadi salah satu cara memperbanyak air ketuban dalam rahim.

#2. Dapatkan cairan secara intravena 

Sesetengah wanita hamil dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bendalir intravena tambahan jika cara rehidrasi semula jadi (seperti minum banyak air) tak dapat membantu memperbanyak air ketuban.

#3. Minum banyak air kosong 

Cara memperbanyak air ketuban yang seterusnya adalah minum banyak air kosong. Jika anda meningkatkan tahap air dalam badan, maka sekaligus cecair amniotik juga turut bertambah. 

#4. Makanan penambah air ketuban

Cara menambah air ketuban turut berkait rapat dengan pemakanan harian anda. Makanan penambah air ketuban hendaklah mempunyai kandungan air yang tinggi.

Ia perlu ada dalam pelan diet ibu mengandung setiap hari seperti sayur dan ada beberapa jenis buah yang bagus untuk air ketuban.

  • Makanan penambah air ketuban: Sayur-sayuran: Timun, salad, bayam, lobak, brokoli, kobis bunga
  • Buah yang bagus untuk air ketuban: strawberi, tembikai, tomato, tembikai susu, limau bali merah 

Nota: Buah yang bagus untuk air ketuban ini bukan sahaja membekalkan air untuk kesihatan ibu dan janin, malah tinggi nutrisi dan khasiat bagi menyokong perkembangan bayi.

#5. Jangan ambil minuman beralkohol 

Untuk memperbanyak air ketuban, elakkan minuman beralkohol ketika mengandung. Alkohol menyebabkan dehidrasi dalam badan, sekaligus menurunkan kadar cecair amniotik. 

#6. Elakkan ambil makanan tambahan atau suplemen herba tertentu 

Cara menambah air ketuban yang seterusnya adalah mengelakkan dari ambil makanan tambahan herba.

Hal ini kerana makanan tambahan tersebut boleh membuatkan ibu hamil menjadi kerap buang air kecil dan sekaligus dehidrasi.

#7. Lakukan senaman ringan 

Senaman ketika hamil juga menjadi cara memperbanyak air ketuban dengan mudah. Hal ini kerana ia membantu meningkatkan aliran darah di bahagian tubuh.

Jika aliran darah meningkat pada plasenta dan uterus sekaligus cecair amniotik juga bertambah. 

Bacaan air ketuban normal

cara memperbanyak air ketuban

Apabila sedang membesar, janin dapat bergerak dengan bantuan cecair amniotik ini. Kemudian memasuki trimester kedua, ia mula bernafas dan menelan cairan amniotik. 

Sebab itu semasa melakukan imbasan, doktor akan periksa bacaan air ketuban normal ataupun tidak. Sekiranya bacaan air ketuban normal, ibu boleh bertenang.

Jika air ketuban kurang, ia dipanggil oligohydramnios. Manakala jika terlalu tinggi, ia dinamakan sebagai polyhydramnios.

Oligohydramnios adalah keadaan di mana cecair amniotik sedikit. Doktor boleh mengukur jumlah bacaan air ketuban normal ataupun tidak melalui beberapa kaedah. Yang paling biasa adalah melalui penilaian cairan amniotik (AFI). 

Jika AFI menunjukkan bacaan air ketuban normal kurang 5 cm atau jumlahnya kurang 500ml pada usia 35 hingga 36 minggu, doktor akan mengesyaki ibu mengalami oligohydramnios. 

Kira-kira 8% wanita hamil boleh mengalami masalah air ketuban kurang dengan 4% didiagnosis dengan oligohydramnios. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa tapi biasanya pada trimester terakhir. 

Ciri ciri air ketuban banyak

Air ketuban kurang atau banyak ketika mengandung boleh mempengaruhi perkembangan janin dan meningkatkan risiko komplikasi.

Berikut ciri ciri air ketuban banyak yang perlu diwaspadai oleh para ibu:

  1. Sesak nafas
  2. Ciri ciri air ketuban banyak: Bengkak bahagian bawah perut
  3. Merasakan sakit kontraksi
  4. Ciri ciri air ketuban banyak: Rasa tidak selesa ketika buang air kecil
  5. Rasa perut terlalu besar dan berat
  6. Ciri ciri air ketuban banyak: Kaki menjadi bengkak
  7. Keadaan janin yang tidak normal

Penyebab air ketuban sedikit

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus ada beberapa penyebab air ketuban sedikit. Antaranya:

  • Kebocoran air ketuban

Penyebab air ketuban sedikit yang pertama adalah kebocoran air ketuban. Ia berlaku apabila membran kantung ketuban pecah atau bocor sebelum kelahiran, masalah plasenta, tekanan darah tinggi yang kronik (praeklampsia) dan diabetes.

  • Kehamilan kembar

Apabila salah satu janin mengalami kelebihan cairan sementara turut menjadi penyebab air ketuban sedikit.

  • Punca air ketuban kurang: Janin mengalami masalah saluran air kencing tersumbat

Penyebab air ketuban sedikit yang seterusnya adalah masalah saluran kencing tersumbat. Ia boleh menyebabkan penghasilan air kencing berkurangan. Keadaan ini bagaimanapun hanya berlaku kepada janin lelaki.

  • Ibu hamil menghidap penyakit darah tinggi

Masalah tekanan darah tinggi ketika hamil turut menyumbang punca air ketuban kurang yang menyebabkan bayi tidak mendapat cukup makanan kerana saluran darah pada uri menjadi kecil atau tersumbat.

Warna air ketuban

“Ini menyebabkan pengaliran oksigen dan makanan akan berkurangan. Darah kebanyakannya akan dialirkan ke otak janin dan sedikit saja kepada buah pinggangnya. Ini sekali gus menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing janin dan menjadi punca air ketuban kurang,” jelasnya.

Bahaya air ketuban sedikit

Jika dikesan pada fasa pertama kehamilan, komplikasi boleh jadi lebih serius seperti:

  • Mampatan organ janin yang mengakibatkan kecacatan kelahiran
  • Keguguran
  • Kematian semasa dalam kandungan atau ketika dilahirkan 

Jika dikesan pada fasa kedua kehamilan, komplikasi boleh jadi:

  • Sekatan pertumbuhan Intrauterin (IUGR)
  • Kelahiran pramatang 
  • Komplikasi ketika bersalin seperti terbelit tali pusat atau masalah lain hingga ibu perlu bersalin secara pembedahan czer.

Warna air ketuban

Anggota badan sebenarnya menunjukkan simptom tertentu apabila berlaku masalah, termasuklah apabila berlakunya perubahan warna air ketika ketika hamil.

Dalam kes ini, warna air ketuban boleh menjadi tanda sama ada janin normal atau tidak.

Sebaik-baiknya, warna air ketuban kekuningan jernih. Namun, ada juga ibu yang air ketubannya agak gelap malah menyerupai darah.

Berikut adalah warna air ketuban dan petandanya yang perlu anda tahu:

  • Warna air ketuban jernih dan kekuningan. Ini adalah warna normal cecair amniotik semasa kehamilan
  • Kuning jingga. Warna air ketuban ini menunjukkan ketidakserasian darah antara ibu dan bayi
  • Warna air ketuban coklat: Ini petanda air ketuban telah bercampur dengan darah yang perlu anda perhatikan kerana mungkin ada pendarahan dalam rahim.
  • Hijau gelap. Warna ini boleh muncul kerana cecair amniotik bercampur dengan najis pertama bayi atau mekonium . Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan komplikasi pernafasan setelah bayi dilahirkan
  • Warna air ketuban merah coklat gelap: Isyarat berbahaya, salah satunya adalah kematian janin

Bagi ibu-ibu yang perasan warna air ketuban berwarna hijau tua dan keruh, anda perlulah segera berjumpa doktor, kerana jika dibiarkan lama-lama kuku dan kulit bayi boleh menjadi kuning.

Cara agar air ketuban jernih dan banyak

Air ketuban dikatakan normal apabila memiliki jumlah yang cukup serta berwarna jernih dan tidak keruh.

Justeru anda hendaklah memastikan cara agar air ketuban jernih dan banyak agar dapat mencapai proses kehamilan yang sihat.

Berikut ada beberapa cara agar air ketuban jernih dan banyak:

  1. Perbanyak minum air kelapa muda dan air putih
  2. Ambil sayur dan buah-buahan
  3. Baring dalam posisi mengiring agar aliran darah dalam tubuh lancar
  4. Cara agar air ketuban jernih dan banyak: Sentiasa aktif serta buat senaman ringan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Mandi Malam Ketika Mengandung, Ia Punca Air Ketuban Banyak? Ini Jawapan Pakar

Baca juga: Air Ketuban Kering Ketika Mengandung 21 Minggu, Ibu Pasrah Bayi Tak Boleh ‘Survive’

Baca juga: Ciri Janin Lapar Dalam Kandungan Yang Perlu Ibu Alert, Jangan Tahan Lapar & Makan Dengan Kerap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!