Ramai ibu bapa yang bimbang berat badan bayi tak naik meskipun mereka telah mengambil makanan dan penyusuan yang teratur. Oleh itu, apakah cara menambah berat badan bayi 10 bulan yang betul? Berikut penjelasan lanjut berkaitannya.
Sebelum itu, setiap jantina bayi yang berumur 10 bulan memiliki berat ideal yang berbeza iaitu perempuan 8.5 kg manakala bayi lelaki 9.2 kg.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara menambah berat badan bayi 10 bulan dengan berkesan
- Lima jenis makanan ini kepada si manja
Sekiranya bayi anda memiliki berat kurang daripada yang dinyatakan tadi, contohnya 5.9 kg maka si kecil itu tergolong dalam kumpulan yang kurang gizi dan cenderung menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
Cara menambah berat badan bayi 10 bulan
Selain memperbaiki corak pemakanan si kecil, ibu ayah juga perlu membawa mereka berjumpa doktor dan melihat mengapa bayi mengalami kekurangan berat badan. Kemudian doktor juga akan memeriksa ketinggian bayi sama ada seiring atau tidak dengan berat badannya itu.
Jika tidak kemungkinan si kecil mengalami gangguan pertumbuhan dan minta pandangan serta nasihat doktor tentang pemakanan yang tepat untuk bayi anda.
Berikut adalah cara menambah berat badan bayi 10 bulan:
#1. Cara menambah berat badan bayi 10 bulan – Beri anak makan tiga kali sehari
Berikan si kecil makan tiga kali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit kemudian diselang selikan dengan snek ringan.
Snek ringan itu ibu boleh pilih yang memiliki tinggi kalori contohnya buah alpukat bercampur susu, pisang atau makaroni yang boleh menyediakan zat karbohidrat pada si kecil.
Ibu juga boleh memberikan susu formula pada bayi sekiranya susu badan anda tidak mencukupi dalam 150 ke 180 ml per hari.
#2. Sediakan bubur dengan tekstur lebih kasar
Bagi bayi yang berumur 10 bulan kebiasaannya telah mulai tumbuh gigi dengan lebih banyak, maka anda boleh sediakan bubur nasi mereka dengan tekstur yang lebih kasar.
Anda juga boleh menggantikan nasi dengan ubi, kentang, oat atau roti.
#3. Guna keju parut sebagai snek
Ketika menyediakan snek ringan untuk si kecil anda boleh menambah keju parut ke dalam makanan si kecil itu supaya berat badannya bertambah kerana keju memiliki kalori yang bagus untuk penambahan berat badan anak.
#4. Cara gemukkan bayi- Beri makanan yang kaya protein
Selain itu, anda juga disarankan memberi si kecil makanan yang tinggi protein seperti telur, ikan daging dan ayam dengan saiz makanan yang sesuai dengan umurnya.
Contohnya anda sediakan sup daging dan makan bersama nasi putih. Biar selera anak bertambah setiap hari secara tak langsung berat badannya juga naik ke arah lebih positif.
#5. Lebihkan karbohidrat dan protein berbanding sayur
Untuk bayi bawah setahun, mereka tidak digalakkan sangat makan sayur jika si kecil itu suka makan buah.
Ini kerana, dalam pertumbuhan usia tersebut mereka lebih memerlukan karbohidrat dan protein yang penting untuk perkembangan fizikalnya.
Cara menambah berat badan bayi 10 bulan, ibu boleh berikan lima jenis makanan ini kepada si manja
#1. Sayur brokoli
Antara salah satu cara menambah berat badan bayi 10 bulan ialah ibu boleh berikan si manja makan sayur brokoli. Hal ini kerana brokoli kaya serat, folat, dan kalsium.
Sayuran hijau ini sangat baik untuk ditambah dalam menu makanan pejal si manja. Cara menghidangkannya adalah dengan potong kecil-kecil dan kukus hingga lembut agar bayi boleh menikmatinya dengan mudah.
#2. Buah pisang
Pisang juga merupakan salah satu makanan bayi 10 bulan yang dapat membantu menggemukkannya.
Kandungan karbohidrat dan seratnya juga baik untuk kesihatan bayi.
Jika ingin memberikan pisang kepada si manja, pilih pisang yang matang dan sajikan dalam bentuk puri. Jika anak sudah boleh makan, potong-potong dalam saiz kecil agar bayi mudah dimakan.
#3. Kacang-kacangan
Makanan bayi 10 bulan agar cepat gemuk berikutnya adalah kekacang. Ia kaya dengan zat besi, protein, serat, folat, dan kalsium.
Selain itu, kekacang dapat menambah kecerdasan otak si manja.
#4. Ubi
Cara menambah berat badan bayi 10 bulan yang seterusnya ialah ubi. Ubi mengandungi banyak vitamin C, beta karoten, serat, kalium, zat besi dan antioksidan.
Memandangkan rasanya yang manis, ibu ayah jangan risau kerana bayi pasti akan menggemarinya. Ubi boleh disajikan dengan cara dikukus hingga empuk lalu ditumbuk, atau dikisar menjadi puri.
#5. Buah avokado
Avokado kaya dengan lemak sehat yang mampu menyokong perkembangan otak. Komposisi lemak dalam buah ini hampir sama dengan komposisi lemak dalam air susu ibu.
Selain itu avokado juga mengandungi protein yang baik untuk pertumbuhan bayi. Namun, ibu ayah jangan berikan avokado secara berlebihan, kerana buah ini cepat mengenyangkan.
#6. Lobak merah
Selain mempunyai rasa yang manis dan warna cerah yang menarik apabila dihidangkan, lobak merah juga mengandungi beta karotena yang baik untuk perkembangan dan penglihatan bayi.
Ini menjadikan lobak merah sesuai sebagai makanan bayi 10 bulan untuk cepat gemuk. Lobak merah boleh dihidangkan dengan cara kukus sehingga masak, kemudian tumbuk, atau dicampur dengan bubur bayi
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini
Baca juga: Berat Badan Bayi Ketika Lahir Mainkan Peranan Penting Pada IQ Mereka! Kalau Kurang, Buruk Risikonya…
Baca juga: Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!