9 tips bagaimana susu ibu boleh naikkan berat badan bayi anda

9 tips bagaimana susu ibu boleh naikkan berat badan bayi anda

Ini 9 cara betul kalau ingin naikkan berat badan bayi dengan susu ibu. Yang penting ibu harus rajin dan konsisten!

Setelah membaca artikel ini, tentu ramai ibu menyusu badan akan tersenyum lebar kerana 9 tips menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu ini bertujuan membantu wanita yang sedang berjuang menyusukan anak sehingga mencapai usia matang.

Berikut merupakan tips menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu yang kami peroleh daripada Mommyohsem. Jom kita teliti satu persatu.

9 tips menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu
1. Pastikan bayi minum susu mengikut permintaannya

tips menaikkan berat badan bayi, tips naik berat badan baby, berat badan naik minum susu ibu, cara naikkan berat badan bayi, cara naikkan berat badan baby dengan susu ibu, susu ibu tingkatkan berat badan, berat badan bayi, susu ibu, susu ibu naikkan berat baby

Tips menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu yang pertama ialah anda harus mengikut permintaan si kecil itu. Masa bila bayi ingin menyusu?

Ia boleh dilihat ketika bayi menangis atau memasukkan jari ke dalam mulut.

Kemudian, tawarkan penyusuan tanpa had. Ia lebih mudah meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat.

2. Menyusu lebih lama pada satu payudara

Tips yang seterusnya adalah anda harus memastikan bayi menyusu lebih lama pada satu bahagian payudara untuk mendapatkan hindmilk iaitu susu terakhir yang mempunyai banyak kandungan lemak.

Jangan tukar kiri kanan jika susu masih banyak.

3. Tunggu bayi melepaskan sendiri puting

Sebelum menawarkan payudara yang lagi satu, biarkan sehingga bayi melepaskan sendiri payudara yang sedang dia menyusu sekarang. 

Setelah itu, pastikan anak disendawakan. Tapi jika sudah tertidur, anda boleh mengiringkannya ke arah kanan supaya jantung tidak terbeban.

4. Susukan lebih kerap di waktu malam

tips menaikkan berat badan bayi, tips naik berat badan baby, berat badan naik minum susu ibu, cara naikkan berat badan bayi, cara naikkan berat badan baby dengan susu ibu, susu ibu tingkatkan berat badan, berat badan bayi, susu ibu, susu ibu naikkan berat baby

Hal ini kerana, ketika di waktu malam hormon prolaktin lebih banyak terhasil dan kandungan lemak dalam susu ibu meningkat lebih tinggi.

5. Kerap menyusu dan kosongkan payudara

Bila payudara dikosongkan, lebih pekat susu yang terhasil.

Kandungan foremilk (susu cair) akan jadi banyak jika payudara membengkak baru hendak dipam, perah atau menyusu terus dari payudara.

Hal ini akan menyebabkan kandungan kalori dan lemak dalam susu jadi lebih rendah. Selain itu, pastikan jarak masa dua hingga tiga jam sekali untuk kosongkan payudara secara konsisten.

6. Asingkan foremilk dan hindmilk

Kalau nak tahu, 10 minit pertama susu anda itu adalah foremilk dan 10 minit terakhir pula adalah hindmilk.

Tips menaikkan berat badan bayi adalah dengan beri bayi minum hindmilk (susu terakhir). Ini caranya bagaimana untuk mengasingkan kedua-dua jenis susu itu.

  • Jika bayi menyusu terus daripada payudara, pam dan simpan dahulu foremilk. Berikan si kecil minum hindmilk secara terus.
  • Jika perahan untuk disimpan, pam foremilk hingga susu pekat mula keluar. Kemudian henti dan tukar botol.

Pam semula hindmilk dan beri pada bayi untuk minum. 

7. Urut atau tuam payudara

Untuk merangsang lebih banyak kandungan lemak di dalam foremilk (susu awal/susu cair), ibu boleh untuk mengurut payudara semasa bayi menghisap susu secara direct

Urut perlahan-lahan atau tuam dengan kain suam.

8. Amalkan makanan berkhasiat
tips menaikkan berat badan bayi, tips naik berat badan baby, berat badan naik minum susu ibu, cara naikkan berat badan bayi, cara naikkan berat badan baby dengan susu ibu, susu ibu tingkatkan berat badan, berat badan bayi, susu ibu, susu ibu naikkan berat baby

Kredit: Sirap Limau

Amalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta mencukupi untuk tenaga harian bagi memastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti. 

9. Rehat dan jangan stress

Ibu juga perlukan rehat yang mencukupi dan jauhi segala punca stress. Juga mesti kawal emosi dan sentiasa berfikiran positif. 

Tapi harus diingatkan, tips di atas bukanlah nak buat bayi sampai jadi gemuk dan terlalu bersemangat.

Namun, memadai untuk perkembangan otak, fizikal dan motor kasar anak seiring dengan perkembangan umurnya. 

Percayalah bahawa susu ibu adalah yang terbaik dan diciptakan bagi menghasilkan susu yang secukupnya untuk anak. Semoga berjaya! 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baby Center

Sumber: Mommyohsem

Baca juga:

6 cara bagi bayi yang minum susu formula lebih cepat gemuk

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner