Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

Berikut merupakan 7 cara menambah berat badan bayi yang berkesan dan mudah untuk dilakukan. Sekaligus berat badan bayi bertambah dari masa ke semasa.

Selepas mengandung selama sembilan bulan, kemudian melahirkan bayi comel anda, perjuangan ibu-ibu tidak berakhir di situ saja. Seterusnya, anda harus tahu cara menambah berat badan bayi pula supaya perkembangan tubuhnya berkembang dengan sihat.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) berat badan bayi sebaiknya mengikut panduan berikut:

  • Bayi kehilangan 5% hingga 10 % berat badan ketika lahir pada minggu pertama tetapi di minggu ke dua hingga ketiga, beratnya akan kembali naik.
  • Ketika berumur empat bulan, berat badan bayi akan naik dua kali ganda dan tiga kali ganda.
  • Panjang badan bayi ketika lahir akan bertambah 1.5cm dalam masa 12 bulan
  • Ukuran lilit kepala pula akan bertambah sekitar 11 cm dalam masa 12 bulan.

Namun begitu, pertumbuhan dan perkembangan bayi adalah berbeza-beza. Panduan ini hanyalah gambaran secara umum. 

7 cara menambah berat badan bayi

Selepas usia enam bulan ke atas, pertambahan berat badan bayi pada setiap bulan mungkin tidak banyak seperti mana ketika dia masih bayi.

Hal ini kerana, tenaganya banyak hilang kerana banyak bergerak. Malah ada ibu-ibu yang risau bila tiba masa pemeriksaan bayi di Klinik Kesihatan, nak pula dapat Nurse yang ‘membebel’ kalau berat badan anak bawah graf. Tentulah lagi gundah hati ibu dibuatnya.

Untuk menutup kegusaran di hati anda, jom lihat apakah cara menambah berat badan bayi yang lebih berkesan.

#1. Teruskan penyusuan

cara menambah berat badan bayi, langkah menambah berat badan bayi, cara meningkatkan berat anak, cara meningkatkan berat bayi, cara meningkatkan berat badan anak, cara meningkatkan berat badan bayi, altenatif menaikkan berat badan anak, berat badan, berat badan bayi, berat badan anak, cara naikkan berat anak, cara naikkan berat badan bayi

Kredit: Motherhood.com.my

Meskipun bayi sudah mula makan, tetapi anda harus tetap berinya susu badan. Permintaan terhadap penyusuan mungkin akan berkurang, tetapi jangan henti beri susu badan pada anak.

Meskipun bayi masih sesuaikan dirinya dengan makanan pejal, namun susu ibu tetap akan menjadi sumber nutrisi terbaik. 

#2. Menu oat dalam hidangan si kecil

cara menambah berat badan bayi, langkah menambah berat badan bayi, cara meningkatkan berat anak, cara meningkatkan berat bayi, cara meningkatkan berat badan anak, cara meningkatkan berat badan bayi, altenatif menaikkan berat badan anak, berat badan, berat badan bayi, berat badan anak, cara naikkan berat anak, cara naikkan berat badan bayi

 Oat merupakan salah satu makanan yang dicadangkan oleh doktor supaya berat bayi bertambah.

Bahkan, oat juga rendah lemak dan kolesterol. Selain mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh pertumbuhan bayi.

#3. Siapkan menu makanan yang terkandung lemak baik

cara menambah berat badan bayi, langkah menambah berat badan bayi, cara meningkatkan berat anak, cara meningkatkan berat bayi, cara meningkatkan berat badan anak, cara meningkatkan berat badan bayi, altenatif menaikkan berat badan anak, berat badan, berat badan bayi, berat badan anak, cara naikkan berat anak, cara naikkan berat badan bayi

Kredit: Hello Sehat

Ini memang wajib anda lakukan iaitu memberikan makanan yang mengandungi lemak baik supaya pertambahan berat badan anak meningkat. Contohnya, keju, yogurt, daging, ayam dan lain-lain.

#4. Minyak zaitun

cara menambah berat badan bayi, langkah menambah berat badan bayi, cara meningkatkan berat anak, cara meningkatkan berat bayi, cara meningkatkan berat badan anak, cara meningkatkan berat badan bayi, altenatif menaikkan berat badan anak, berat badan, berat badan bayi, berat badan anak, cara naikkan berat anak, cara naikkan berat badan bayi

Ketahuilah bahawa, minyak zaitun dapat menambah kalori makanan pada anak. Anda boleh gunakan minyak zaitun ini ketika menyediakan makanan si kecil. Ia sangat bagus!

#5. Minyak kelapa dara

cara menambah berat badan bayi, langkah menambah berat badan bayi, cara meningkatkan berat anak, cara meningkatkan berat bayi, cara meningkatkan berat badan anak, cara meningkatkan berat badan bayi, altenatif menaikkan berat badan anak, berat badan, berat badan bayi, berat badan anak, cara naikkan berat anak, cara naikkan berat badan bayi

Kalau nak tahu, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil ini sangat mudah diserap oleh pencernaan anak.

Bukan hanya sebagai cara menambah berat badan bayi tetapi minyak ini juga baik untuk sistem imun anak.

#6. Jangan bagi anak makanan ringan

Makanan ringan selalu menjadi ‘kegemaran’ ibu untuk meredakan tantrum anak supaya lebih tenang. Terutama bila anak yang memintanya, kalau tak diberi teriak dan menangis terus. Nak tak nak, terpaksa bagi juga.

Namun, jika anda tidak berkeras dan tetap memberinya pada anak, ia boleh menyebabkan anak kurang menyusu dan selera makannya juga terbantut.

Tapi pilihan makanan ringan yang baik boleh diberikan adalah seperti popcorn, roti coklat, pizza homemade dan sebagainya.

#7. Bangunkan anak ketika tidur malam untuk menyusu

Untuk memenuhi keperluan nutrisi anak, ibu harus bangunkan anak di malam hari untuk menyusu sekitar 15 hingga 20 minit, lalu biarkan dia melanjutkan tidurnya.

Dengan menyusu di tengah malam, bukan hanya menambahkan berat bayi tetapi membuatnya terus tidur nyenyak sampai pagi.

Ada cara lain untuk menambah berat badan anak? Jangan malu untuk berkongsi dengan kami di ruang komen.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Mengapa Anak Makin Kurus? Ini Cara Nak Naikkan Berat Dengan Mendadak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!