Wah, sehari lagi anak saya akan masuk usia enam bulan. Teruja nak buat resepi oat untuk bayi ini. Harap-harapnya dia suka.
Itulah antara impian mak-mak seluruh dunia. Mereka teringin untuk melihat anak yang baru belajar makan semakin berselera. Ia sekaligus dapat menambahkan berat badannya nanti.
Tak adalah nanti orang cakap anak kita kurus melidi sangat, kan? Dalam teruja untuk mencuba pelbagai menu bagi bayi 6 bulan ke atas, pasti timbul persoalan seperti bila boleh bagi oat pada anak?
Bijirin oat boleh diberi pada bayi setelah mencecah umur enam bulan. Ia sama seperti memberi puri buah dan sayur. Jadi, oat juga boleh dijadikan hidangan pertama anak.
Resepi oat untuk bayi: Apa kelebihan oat?
Kredit: Freepik
Oat mungkin lebih sinonim dengan orang dewasa, tapi ia juga membawa kebaikan kepada bayi anda. Antara kebaikannya:
- Oat adalah whole grain food yang mengekalkan kebaikan bijirin walaupun setelah dimasak.
- Diperkaya dengan fiber. Ia sekaligus, ia memudahkan pencernaan bayi dan mengelakkan sembelit.
- ¼ cawan oat bersamaan dengan 8% keperluan zat besi pada bayi.
- Selain membekalkan 44% keperluan magnesium dan 25% zink setiap hari.
Baca juga: 14 Resepi Makanan Bayi 6 Bulan TERBARU Yang Mudah Disedia & Tinggi Zat
Jenis-jenis oat dan perbezaannya
Di bawah ini ada beberapa jenis oat yang selamat untuk diberikan pada bayi anda.
- Baby food oatmeal: Berbentuk bijirin. Perlu dicampur dengan susu atau air.
- Regular oatmeal: Perlu dimasak terlebih dahulu. Tekstur pula menyerupai puri untuk memudahkan bayi mencerna oat.
- Rolled oat oatmeal: perlu dimasak dengan kaedah overnight oat
- Instant oat meal: ini adalah oat jenis segera yang ada pelbagai perisa dan gula tambahan. Ikutkan ini tak bagus tapi kalau nak bagi juga perlu kurang dari 200gram.
Terdapat tiga jenis oat iaitu steel cut, rolled dan instant oat. Namun, di Malaysia hanya terdapat rolled dan instant oat.
#1 Rolled Oats
Kredit: Unsplash
- Bentuk oat jenis ini seperti kepingan yang telah di flatkan dan bentuk seakan dedaun kecil.
- Bermula dari bijirin asal kemudian ia akan di stim terlebih dahulu untuk melembutkannya.
- Rolled oat ini berupaya menyerap lebih banyak cecair dan boleh mengekalkan bentuknya.
#2 Instant Oats
Kredit: simplyoatmeal.com
- Instant oats ini sudah diproses siap dengan tiga pilihan perasa yang berlainan.
- Sangat cepat dimasak hanya perlu tuang air panas untuk dihidangkan.
- Kebanyakan instant oat ini kurang sihat sebab adanya tambahan gula, garam dan perisa tambahan seperti coklat, strawberi, epal dan sebagainya. Sebaiknya elak bagi pada bayi anda yang baru belajar makan itu.
Cara menyediakan resepi oat untuk bayi
Kredit: Unsplash
Bahan-bahan:
- 1 cawan Organic rolled oat (jangan guna yang instant)
- Setengah sudu air perahan lemon
- Satu sudu Tepung gandum
- 1 cawan air masak
Cara-cara membuat:
- Rendam semua bahan selama 12 jam (suhu bilik atau peti sejuk)
- Toskan selama 12 jam supaya kering untuk proses sangai
- Goreng tanpa minyak sehingga oat kering. (proses ini juga ambil masa yang agak lama)
- Setelah sejuk, kisarkan menggunakan blender.
- Kemudian ayak seperti tepung.
- Resepi oat untuk baby siap! Jika ingin beri pada anak, hanya perlu tambah dengan air panas. Dan sekiranya anak boleh makan buah-buahan, jangan lupa tabur buah kegemarannya!
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sirap Limau, Bebehouz
Baca juga: Ibu, Jom Cuba Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Unik, Sedap & Berkhasiat Ini Pula!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!