Bayi boleh mula diperkenalkan makanan pejal seawal usia 6 bulan, dan ia pastinya merupakan salah satu milestone yang penting dalam perkembangan anak. Sebaik masuk bulan seterusnya, makanan bayi 7 bulan pula lebih mempunyai variasi malah bayi juga dapat merasa tekstur makanan yang lebih pelbagai.
Ibu bapa harus tahu yang bagi bagi yang sudah mula makan makanan pejal, susu ibu atau susu formula sudah masuk tangga kedua bagi sumber pemakanan bayi ya.
Oleh kerana inilah bayi memerlukan pengambilan nutrien yang pelbagai seperti karbohidrat, kalsium, zat besi dan sebagainya yang mencukupi dari sumber makanan yang lain.
Makanan Berkhasiat Merangsang Perkembangan Bayi Sihat
sumber: parentlane.com
Adalah penting bagi ibu bapa memperkenalkan pelbagai warna, rasa dan tekstur dalam pemakanan bayi.
Ini kerana pada usia ini usus bayi sudah boleh menerima makanan tertentu dan diet bayi yang betul akan menambahkan khasiat yang membantu tumbesarannya.
Tambahan lagi, kepelbagaian dalam hidangan walaupun sekadar 1-2 suap sehari boleh mengelakkan anak cerewet dalam pemilihan makanan. Jika diberikan makanan yang sama sahaja, lama kelamaan anak akan susah untuk mencuba makanan lain kerana geli pula dengan tekstur berlainan tiba-tiba!
#7 Pilihan Resipi Makanan Bayi 7 Bulan
Apa kata anda cuba resipi makanan bayi 7 bulan yang disenaraikan di bawah. Pasti si manja akan suka dengan hidangan yang berbeza!
#1 Puri Buah-Buahan
Puri buah-buahan boleh diberi seawal usia bayi 6 bulan, namun kali ini, apa kata anda menambah pilihan buah-buahan untuk si manja. Jika sebelum ini bayi sudah lulus 4-days rules, apa kata anda cuba mencampurkan 2 atau 3 jenis buah-buahan untuk dijadikan puri?
Tambahan lagi, puri buah-buahan mempunyai gula semulajadi dan mudah dihadam. Anda hanya perlu merebus atau stimkan buah untuk melembutkan buah yang agak keras untuk bayi seperti epal dan pear sebelum dikisar halus dengan air atau susu.
Jika buah tersebut sedia lembut seperti pisang dan buah naga, lenyekkan sahaja dan beri kepada si manja anda.
#2 Keledek Manis
sumber: bbc good food
Keledek manis bukan sahaja sedap dan berkhasiat, malah boleh dicampurkan dengan daging ayam. Caranya adalah dengan merebus keledek sehingga lembut dan masukkan juga daging ayam untuk dimasak sekali bagi menambahkan lagi protein dan zat besi.
Mengenai tekstur pula, sesetengah bayi masih perlukan makanan untuk dikisar halus dan ada juga sudah pandai mengunyah walaupun hanya mempunyai 2 batang gigi.
Jika bayi suka mengunyah, pastikan bahan seperti ayam cukup lembut untuk dikunyah ya!
#3 Sayur-sayuran
Pilih sayur-sayuran yang rasanya manis dan tidak pahit sebagai permulaan. Lobak merah, ubi kentang, keledek dan kacang pea merupakan antara pilihan sayur-sayuran yang mudah diterima oleh bayi dan mempunyai rasa yang sedap.
Pastikan tekstur tidak terlalu keras atau melekat, jadi anda boleh tambah air atau susu sehingga dirasakan sesuai untuk bayi belajar mengunyah dengan gusi comel mereka! Sayur-sayuran merupakan sumber nutrien yang paling penting dan mudah didapati.
#4 Kombinasi Buah dan Sayur
Sekiranya anda ingin lebih mempelbagaikan puri buah, apa kata kali ini tambah sayur-sayuran pula dalam puri buah tersebut.
Contohnya anda boleh menggabungkan labu dan epal. Caranya, campurkan satu sudu labu rebus yang sudah ditumbuk bersama epal yang sudah dihancurkan dan tambahkan sedikit air atau susu untuk memudahkan bayi menelannya.
#5 Bubur Oat
Selain bubur nasi, anda boleh cuba beri bubur oat yang merupakan sumber zat besi kepada bayi. Rebus oat sehingga menjadi bubur dan anda boleh tambahkan puri atau buah-buahan yang mudah dilenyekkan seperti pisang untuk menambahkan rasa.
Oat pasti dapat mengenyangkan si comel anda, dan antara oat yang menjadi pilihan adalah rolled oat yang lebih dijamin tidak mempunyai bahan tambahan dan lebih semulajadi.
#6 Kuning Telur
Tidak ramai yang sukakan kuning telur, namun ia sebenarnya sangat berkhasiat untuk bayi. Rebus kuning telur, dan berikan kepada bayi sebagai kudap-kudapan yang sangat baik untuk perkembangan otak bayi.
Jika anda masih belum membuat ujian alergi telur kepada bayi anda, ini merupakan waku terbaik!
#7 Fruity Cream Cheese
sumber: healthyfoodhouse
Bayi 7 bulan sudah boleh makan keju tau! Tambahan lagu keju seperti cream cheese mempunyai tekstur yang sangat lembut dan sedap pula rasanya macam aiskrim!
Apa kata anda tambah beberapa sudu cream cheese dalam pengisar bersama buah-buahan, dan hidang setelah selesai. Wah pasti rasanya enak sekali!
Selamat mencuba!
Pengasuh beri anak saya makan sebelum usia 6 bulan, saya rasa sangat bersalah!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Sumber: siraplimau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-bayi-6-bulan/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!