Pakar Bidan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi 9 cara mencerdaskan otak yang diamalkan sejak dahulu seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Disebabkan itu, walaupun sudah menjangkau usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan setiap pembedahan untuk pesakitnya sama ada kelahiran, rawatan fibrioid dan lain-lain.
Generasi muda boleh ikuti dan jadikan 9 cara mencerdaskan otak yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk lebih sihat dan cergas setiap hari hingga ke usia tua.
9 cara mencerdaskan otak dikongsikan Dr Hamid Arshat
#1. Amalkan gaya hidup sihat
Menurut Dr Hamid Arshat, apabila usia melebihi 70 tahun, ada risiko untuk penyakit Alzheimer iaitu penghidap nyanyuk dan kehilangan daya ingatan.
Oleh sebab itu, otak tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menganggu urusan seharian.
Namun begitu, peningkatan usia fungsi otak ini akan tetap berkeadaan baik jika orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif secara fizikal juga mental.
#2. Rajin baca Al-Quran dan hafal sifir
Untuk mencerdaskan otak, anda harus rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari.
Kemudian ulangi ayat-ayat Al-Quran itu sebanyak 40 kali sama ada ketika bersolat, memandu atau di mana saja.
“Antara surah yang saya hafal seperti Al-Mulk, As Saff, Al Sajadah, Al Qiyamah, Al Insan dan separuh Al Waqiah serta lain-lain. Surah ini kena selalu baca untuk terus ingat.
“Selain itu, kanak-kanak perlu dilatih hafal sifir dan buat kira-kira tanpa menggunakan kalkulator atau komputer. Ketika di sekolah rendah saya hafal sifir satu hingga 12. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matematik untuk semua peperiksaan,” katanya.
#3. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal
Cara mencerdaskan otak yang lain ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal selama 30 minit kerana ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Antara kebaikan lain:
- Menambah sel-sel neuron
- Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron.
- Senaman bantu mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran.
- Meluaskan pusat ingatan
- Melancarkan aliran darah pada otak
#4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi yang kita minat
Jika ingin terus sihat, belajar sesuatu kemahiran baru dan cari hobi yang kita minati serta gembira ketika melakukannya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain.
#5. Jangan buat banyak kerja serentak
Ya, jangan buat kerja serentak atau multi tasking contohnya membuat panggilan telefon tapi pada masa yang sama menyusun dan menyimpan barang.
Pasti kita akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana.
#6. Jaga waktu tidur
Perlu cukup tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.
“Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur waktu siang menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa pula jika tidur sekejap waktu siang (power nap) meningkatkan daya fungsi otak,”.
#7. Buat nota kecil
Amalan mencatit setiap perkara baru yang dipelajari dalam buku nota dapat meningkatkan ingatan kita. Apatah lagi, amalan ini juga menjadi tabiat untuk orang-orang di negara Jepun dan Korea.
“Perlakuan ini juga dilakukan oleh Imam Shafie. Setelah mendengar kuliah dari gurunya dia sering menulis nota di sebelah tapak tangan kirinya. Kemudian dia boleh mengingat semula segala yang dicatatkan di tapak tangannya itu.
“Satu kajian ke atas kanak-kanak yang suka melukis tentang perkara baru yang dipelajari mendapati bahawa mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian,”.
#8. Amalkan makanan terbaik untuk otak
Makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain itu, kurangkan gula, karbohidrat dan makanan segera kerana meracuni sel-sel otak.
Khasiat tumbuhan alami untuk otak
- Kunyit dan kari: Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan dan pertumbuhan sel neuron.
- Saderi, lada dan lobak merah: Mengandungi luteolin yang mencegah kerosakan sel neuron.
- Brokoli, cauliflour dan kuning telur: mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Selain mencegah tindakan racun otak.
- Kacang walnut, almond ikan makeral dan salmon: Mengandungi omega 3 atau DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkatkan fungsi otak dan pemulihan sel otak.
- Pisang, sayuran hijau dan beans: Mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepatkan maklumat. Magnesium ini juga meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak, jika diberikan mereka makan pisang waktu sarapan melonjakkan kecerdasan otak.
- Daging lembu: Sumber B 12 untuk pertumbuhan sel otak.
- Bluebarries: mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran dan ingatan. Serta kurangkan kerosakan sel otak.
- Minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan: Makanan mencegah fungsi otak dan melawan penyakit alzheimer.
#9. Permainan otak dan elak stres
Bermain permainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman dan hafalan juga dapat meningkat fungsi otak supaya lebih baik.
Selain itu elakkan tekanan fizikal, mental dan emosi secara berleluasa kerana ia boleh meracuni sel otak manusia.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Hamid Arshat
Baca juga: 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!
Baca juga: Anak Yang Boleh Menulis Guna Kedua Belah Tangan Adalah Bijak! Ia Dikenali Sebagai Ambidexterity