Cara mendidik anak-anak supaya mendengar kata

lead image

Berikut adalah tips untuk mendidik anak-anak supaya patuh kepada kedua orang tuanya.

Anak kecil harus dididik dengan bijak supaya boleh mendengar kata apabila sudah besar kelak. Kebanyakan anak kecil suka menangis apabila ditegur. Lebih payah lagi, ada yang menunjukkan tantrumnya di khalayak ramai. Kesabaran ibu bapa mesti tercabar dengan perangai anak kecil yang begini.

Sebenarnya, jika kena pada gayanya, anak kecil boleh mendengar kata dan tidak akan menjadi agresif. Berikut adalah tips untuk mendidik anak-anak supaya patuh kepada kedua orang tuanya.

Berjanji dengan anak, bukan mengugut          

Family portrait of young Chinese father piggybacking little daughter dressed in pink. Shot in studio, isolated in white

Marah dan tegas memang berbeza. Dengan marah, kita akan menengking anak kita. Jika selalu berjanji kepada anak dan mengugut tidak akan menunaikan janji kepada anak-anak, anak kecil akan tahu helah kita dan hilang hormat kepada kedua ibu bapanya.

Misalnya, jika kita mengugut anak-anak untuk tidak dibawa ke taman jika tidak mengemas mainan, si anak akan mengemas mainannya dengan teliti dengan harapan ibu bapanya akan menunaikan janji mereka. Dan, bila ibu bapa tidak menunaikan janji mereka, anak tidak akan menaruh kepercayaan kepada ibu bapanya lagi.

Jadi tegas kepada anak, bukan menengking

feature

Jika anak sudah berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, cuba kotakan apa yang dijanjikan. Tetapi, jika anak anda mengulanginya semula, jangan kotakan janji anda kepada anak anda walaupun anak anda mengamuk dan memberontak. Dengan cara ini, anak akan membesar menjadi orang yang beringat dan selalu mengotakan janji. Antara ciri-ciri manusia yang bersih hatinya ialah bila bercakap, percakapannya selalu benar.

Berikan hadiah dan pujian kepada anak jika si kecil berjaya membuat sesuatu yang baik

raise kids who are deserving

Hadiah dan pujian akan memotivasikan diri si anak untuk menjadi seorang yang dihormati, dan menghormati orang lain. Dengan kata pujian yang positif, ia adalah satu doa kepada anak-anak, kerana dengan cara ini, hati anak akan menjadi lembut dan mendengar kata.

Ibu bapa harus bekerjasama mendidik anak-anak, jangan biarkan salah satu pihak lepas tangan

shutterstock_397096021 (1)

Jika si ibu bertegas, si bapa kurang tegas, si anak akan lebih rapat dengan bapa kerana berasa ibunya garang. Dengan cara ini, si anak akan pergi kepada si bapa untuk melepaskan diri daripada masalahnya.

Tanpa kerjasama kedua belah pihak, usaha mendidik anak adalah payah dan tidak akan berjalan lancar. Membesarkan anak adalah tanggungjawab yang amat berat. Bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Disiplinkan anak masa kecil supaya mereka menjadi manusia yang baik di masa depan.

Artikel dipetik dari Siakap Keli