6 perkara anak lelaki belajar sejak kecil yang meningkatkan kes rogol

6 perkara anak lelaki belajar sejak kecil yang meningkatkan kes rogol

Cara mendidik anak lelaki yang betul sama penting untuk mengelak jenayah rogol. Selalunya, anak lelaki belajar 6 perkara tak bagus ini. Mari elak ia, okay!

Cara mendidik anak lelaki untuk elak kes rogol

Jangan salah faham. Bukan semua lelaki dididik untuk jadi perogol, dan ibu bapa sepatutnya lebih berjaga-jaga dengan anak perempuan, tapi cara mendidik anak lelaki yang betul juga amat penting bagi mengelak kes rogol

Sebagai ibu kepada anak lelaki yang kian membesar dan seorang anak gadis, Candace Ganger rasa bertanggungjawab untuk mendidik kedua-dua anaknya tentang budaya merogol. 

Bila cakap tentang kes rogol, ramai suka menuding jari. Ada yang cakap “lelaki akan jadi lelaki” dan mangsa rogol yang bersalah jika mereka dirogol. Tapi, tahukah anda kanak-kanak juga cenderung dirogol?

Takkan kita nak salahkan kanak-kanak atau bayi 11 bulan ini jika mereka dirogol? Sebenarnya, jenayah rogol itu sendiri yang salah. Sebab itu sebagai ibu bapa, kita kena mendidik anak-anak kita tentang kesalahan jenayah rogol. 

cara mendidik anak lelaki

Kredit: VideoBlocks

Tak kisahlah anak lelaki atau anak perempuan. Apabila anak semakin membesar, mereka semakin ingin tahu. Lebih-lebih lagi tentang anggota badan. 

Cuba bayangkan ketika mereka membesar, mereka nampak perbezaan antara tubuh mereka dengan tubuh ibu/bapa. Pasti mereka nak tahu kenapa. 

Dan ini antara 6 benda yang anak lelaki selalu belajar sejak kecil, yang sebenarnya tidak bagus dan menggalakkan kes rogol. Mari sama-sama elak ajar mereka benda ini, ya!

1. Anda wajib balas perasaan suka orang lain

cara mendidik anak lelaki

Sebenarnya, siapa kata kita wajib membalas perasaan suka dari orang lain? Benda ini harus kita ajar sejak kanak-kanak kecil. Tak mengapa kalau mereka tak suka/tak selesa dengan seseorang.

Selalunya, ibu bapa akan paksa anak-anak memeluk saudara mara yang mereka jumpa. Kita tak menghormati privasi mereka. 

Kita sepatutnya ajar yang pelukan dan ciuman itu tidak selalunya perlu dibalas. Yang penting di sini adalah “keizinan“. Kalau anak tak mahu peluk sesiapa, biarkan saja. 

Nanti bila mereka besar, mereka faham tanpa izin dari tuan punya badan, tiada sesiapa boleh berbuat apa.

2. Ada orang “layak” dirogol

cara mendidik anak lelaki

Tiada sesiapa yang layak dihukum dengan kejam seperti dirogol. Anak-anak mungkin akan kerap bergaduh ketika mereka masih kecil.

Tapi jangan ajar mereka yang orang layak dihukum. Nanti mereka akan membesar memikirkan siapa yang jahat layak dirogol untuk memberi pengajaran. 

Ibu bapa juga jangan beri alasan “anak lelaki memang macam itu” untuk melepaskan anak-anak yang nakal dari perbuatan mereka. Dari ibu bapa mereka tahu sebarang perbuatan mereka akan membawa kesan tertentu. 

3. Perempuan harus berpakaian mengikut keselesaan lelaki

cara mendidik anak lelaki

Badan kita adalah milik kita. Kita berhak untuk memakai apa saja. Ramai yang menganggap wanita harus berpakaian sopan untuk mengelak daripada dirogol.

Tapi, berpakaian sopan tidak bermaksud jenayah rogol tidak berlaku. Sudah tiba masanya kita mengajar anak-anak kita untuk menghormati pilihan orang lain. 

Memang kita perlu ajar anak-anak untuk berpakaian sesuai dengan keadaan, contohnya di sekolah atau ketika mereka keluar. Tapi, jangan menanam pemahaman perempuan kena berpakaian demi keselesaan lelaki.

Cara mendidik anak lelaki yang betul sama juga penting!

4. Kalau ada orang kacau, ia sebab mereka “suka” anda

cara mendidik anak lelaki

Dulu kalau ada lelaki yang buli saya di sekolah, ibu bapa dan cikgu akan kata ia sebab lelaki itu “sukakan” saya. Sedangkan ia tidak betul!

Menanam idea yang perbuatan keganasan adalah salah satu cara “romantik” untuk mendekati wanita adalah toksin. Jadi, ajar anak lelaki anda yang perbuatan memukul, menampar, menendang, menjerit, membuli bahkan merogol bukan cara untuk tunjuk mereka menyukai seseorang.

Sebaliknya ia perbuatan keganasan yang mendatangkan kecederaan!

5. Perbuatan memaksa akan berjaya

cara mendidik anak lelaki

Memaksa dan berusaha lebih untuk mendapatkan sesuatu yang tidak sepatutnya adalah perbuatan yang tidak sihat. Kalau ada wanita yang memilih untuk tidak mahu melayan dan berkawan dengan anak kita, jangan paksa mereka. 

Itu yang patut kita ajar pada anak lelaki kita. Kalau wanita kata tidak, ia bermaksud tidak. Bukan bermaksud cuba lebih kuat.

6. Izin dari tuan badan itu paling penting

cara mendidik anak lelaki

Keizinan dari tuan badan adalah benda yang paling penting untuk diajar pada semua anak-anak kita.

Keizinan yang diberi pada hari ini pula tak bermaksud ia masih boleh dipakai keesokan harinya.

Contohnya seperti mungkin anak perempuan saya akan membenarkan adik lelakinya memeluk dia hari ini. Tapi, esok dia mungkin tidak mahu.

Semuanya bermula dengan ibu bapa. Kita yang bertanggungjawab untuk mencorak kain putih ini. Pasti semua ibu bapa tidak mahu perkara buruk terjadi pada anak-anak kita, kan?

Sama-samalah kita mendidik mereka dengan ajaran dan didikan yang betul tanpa mengira sama ada mereka anak lelaki atau anak perempuan. 

Semua ibu bapa mahu anak-anak membesar dengan memahami dan menghormati anatomi badan orang lain dan keizinan tuan badan. Semuanya bermula dengan anda. Mari banteras jenayah rogol!

 

 

Sumber rujukan: Romper

Kredit gambar: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner