Seorang pengguna Facebook, Hazimah Othman berkongsi perasaan sedih dan pilu diatas pemergian bayinya yang baru mencecah usia setahun. Namun, ada cara menghilangkan rasa sedih itu supaya hidup anda tidak bersulamkan duka.
Sebelum itu, dia meceritakan bahawa anaknya, Alif Umar sangat senang dijaga, senang diurus, dan sesekali Umar sakit, dia membawa anaknya berjumpa doktor. Doktor menyedut kahak anaknya. Dan dalam tempoh hampir setahun, anaknya terkena sawan, dan dirawat.
Selama setahun dia dan anaknya berulang alik ke hospital, tetapi pada 1/10/16, Umar pergi selama-lamanya. Pernafasannya terhenti, jantungnya terhenti setelah kesan CPR dilakukan oleh doktor gagal.
Anaknya pergi menghadap Ilahi setelah 10 bulan hidup di dunia.
Penyakit adalah penyebab. Semua yang hidup pasti tidak akan kekal. Yang kekal adalah Tuhan. Oleh itu, sebagai makhluk Tuhan yang hidup di dunia yang sementara, kita harus tabah dan akur dengan takdir yang telah tertulis.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita harus menghadapi dugaan dengan hati yang tabah.
7 Cara Menghilangkan Rasa Sedih Selepas Kematian Anak
Cara menghilangkan rasa sedih berkepanjangan – Ambil masa
Anda berhak untuk meratapi pemergian si kecil. Kerana anda ibu dan bapanya. Anda berhak untuk berasa rindu dan sedih.Anda berhak untuk merasa seperti itu. Berikan ruang untuk diri anda menangis dan kembali kepada Yang Esa.
Berdoa
Doa, mendekatkan dengan yang jauh. Sesungguhnya si kecil sudah jauh. Berada sangat jauh dari anda. Jadi doa mendekatkan anda dengan si kecil. Doa dapat menenangkan hati anda. Berdoalah agar si kecil bersemadi dengan aman, berdoalah agar anda dikuatkan hati.
Sesungguhnya, si kecil pasti tidak dapat bersemadi dengan aman jika anda terus larut dalam kesedihan.
Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan
Jangan pendam kesedihan sendiri. Jangan berpura-pura dengan diri sendiri, namun jangan terlalu menunjukkan kesedihan dengan orang lain. Luahkan segala yang terpendam dalam hati kepada suami, keluarga mahupun rakan-rakan.
Mereka dapat meringan beban anda sedikit sebanyak kerana mereka meluangkan masa mendengar rintihan anda. Jangan berpura-pura dengan diri sendiri, mengatakan anda OK, tetapi di dalam hati sebenanya tidak.
Elakkan berseorangan
Aktiflah bersosial. Libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti kebajikan. Ataupun libatkan diri dengan kelas kemahiran seperti menjahit, memasak. Asahlah bakat dan kemahiran anda. Jadilah aktif, libatkankan diri anda dengan sukan.
Ini Sedikit sebanyak dapat melupakan kesedihan anda dan melapangkan tekanan anda. Jika anda menguasai kemahiran seperti menjahit atau memasak, anda tidak akan rasa bosan, lantas tidak akan larut dengan kesedihan. Anda mampu memajukan diri dan meneruskan hidup anda walaupun pahit.
Tidur di ruangan yang terbuka
Jika tidur berseorangan, anda harus tidur di hadapan ruang yang terbuka. Terbuka di sni maksudnya tidurlah di depan televisyen, tontonlah cerita yang menghiburkan seperti kartun. Hilangkan kesedihan anda.
Simpan segala kenangan anda
Simpan baju, barangnya, di dalam satu tempat, sediakan sebuah kotak. Jika ada lebihan makanan, susu, dan lampinnya, seeloknya didermakan kepada yang memerlukan. Sesungguhnya dengan mendermakan barang si kecil kepada yang memerlukan akan mendidik hati anda lebih ikhlas dengan pemergian si kecil.
Simpan segala kenangannya di satu tempat, iaitu di dalam kotak. Jika terasa rindu sekali sekala, bukalah kotak dan tataplah barangnya.
Kenangan yang abadi hanya disimpan di dalam memori, di dalam hati.
Yakin bahawa boleh bertemu kembali dengan anak
Hidup di dunia hanya sementara. Perbanyakkan ibadat, amalan dan buat baiklah bersama orang lain agar amalan yang anda kumpul di dunia mencukupi untuk anda bertemu anak anda di Syurga kelak. Sesungguhnya naka kecil suci daripada dosa dan akan ditempatkan di syurga terus.
Percaya dan yakin dengan takdir Tuhan, buang segala kesedihan, anda pasti hidup dalam kebahagiaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkematian-anak-mengejut