Perkahwinan mana yang langsung tidak pernah ditimpa masalah? Hakikatnya, pasangan yang sudah berumah tangga memang tidak akan dapat lari dari masalah kewangan, masalah suami isteri, masalah mertua dan lain-lain. Namun, bagaimana kita tangani dan cara mengatasi konflik ini adalah sangat penting.
Hal ini kerana, jika masalah tersebut tidak dibendung dengan baik ia boleh menjadi racun dan seterusnya meruntuhkan perkahwinan yang dibina itu. Berikut cara mengatasi konflik dalam rumah tangga. Jom kita tengok satu persatu.
5 cara mengatasi konflik dalam rumah tangga
#1. Menyelesaikan masalah dengan bijak
Perbezaan pendapat boleh menjadi ketegangan yang sangat serius dalam rumah tangga terutama apabila sebelah pihak yang sukar di bawa berbincang.
Pendek kata, ada saja yang tidak disetujui sekaligus membuatkan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Sepatutnya dalam selesaikan masalah, suami isteri harus menerima setiap pendapat sama ada dari suami atau isteri supaya perbincangan lebih teratur dan adil. Barulah masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
#2. Jangan bangkit kemarahan pasangan dengan mengungkit
Meskipun pasangan pernah melakukan kesilapan tertentu, anda jangan pernah mengungkitnya kembali kerana ia boleh mencetuskan ketegangan yang lebih parah.
Kalau boleh biar sama-sama bermaafan antara satu sama lain barulah hubungan kekal hingga akhir hayat.
#3. Memaafkan dan bersikap terbuka
Apabila berlakunya perselisihan faham cuba memaafkan kesalahan pasangan itu dan bersikap terbuka menerima segala permohonan maaf daripadanya.
Malah anda juga disarankan supaya tidak mengungkit kesilapan mereka yang mungkin boleh mencetuskan pergaduhan lain. Jadi memaafkan adalah jalan terbaik bagi mengeruhkan perselisihan itu.
#4. Jangan memungkiri janji
Mungkir janji merupakan salah satu sebab rosaknya sesebuah hubungan walaupun sekadar janji kecil saja seperti mengambil isteri pulang dari kerja atau pernah berjanji membelikan hadiah ulang tahun kelahirannya.
Tapi bila anda terlupa itu boleh membuatkan si dia terluka dan ingat sampai bila-bila.
#5. Membuat temujanji di tempat pertama kali jumpa
Untuk mengembalikan ingatan tentang percintaan kalian dan menjernihkan suasana yang tegang dengan pasangan, anda juga boleh mengatur temujanji di tempat yang pertama kali anda berjumpa.
Mungkin dari situ banyak kenangan yang boleh diingati, sekaligus mewarnai kembali hubungan dalam perkahwinan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nak Rasa Lebih Gembira & Sihat? Peluk Sahaja Dengan Suami Anda Selama Seminit Setiap Hari!
Baca juga: Cium Kening Isteri Untuk Dia Sentiasa Tenang & Cium Tangan Suami Kalau Nak Rezeki Berkat
Baca juga: 9 Sebab Mengapa Suami Merajuk & Tarik Muka Dengan Isteri, Ini Apa Isteri Perlu Buat