Ibu Bapa Bekerja Sering Alami Kurang Tidur, Ini Cara Anda Topup Balik!

Bagi mengelakkan sebarang masalah di tempat kerja, ibu bapa ini perlu mencari cara mengatasi kurang tidur yang dialami mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kurang tidur sering dialami ibu bapa terutama yang mempunyai anak berusia dua tahun ke bawah. Bagi mengelakkan sebarang masalah di tempat kerja, ibu bapa ini perlu mencari cara mengatasi kurang tidur yang dialami mereka.

Jika dibiarkan berterusan, ia pasti akan menganggu prestasi kerja anda sedangkan prestasi kerja itu sangat penting untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung keluarga.

Tidak kira ibu atau bapa, tidur yang cukup sangat penting bagi menjamin produktiviti anda!

Cara mengatasi kurang tidur boleh bantu anda

Jika ada masalah anda wajib cari jalan penyelesaiannya. Sama juga jika anda kurang tidur, rajin-rajin lah mencarri cara mengatasinya.

Menurut portal parents.com, antara masalah yang sering membelenggu ibu bapa terutama ibu bapa baharu adalah masalah kurang tidur.

Lebih kecil anak mereka, potensi untuk menjadi seorang yang kurang tidur amat tinggi dan boleh memberi kesan kepada prestasi kerja mereka jika mereka bekerja tidak kira sama ada mempunyai majikan atau bekerja sendiri.

Jadi bagaimana untuk anda atasi masalah ini sebelum ia jadi lebih parah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Jadikan peraturan tidur awal

Jadikan tidur awal sebagai peraturan wajib dalam rumah anda. Tidak kira sama ada kepada ibu bapa atau anak-anak, tidur awal wajib dilakukan di rumah anda.

Apabila tiba masa, gelapkan rumah dan biarkan semuanya bersedia untuk tidur. Tidur awal akan menjadikan anda cukup tidur, jadi sudah pasti ia akan membantu anda mendapatkan rehat yang cukup untuk meneruskan hari berikutnya.

Jadi, pastikan anak dan suami tidur awal setiap hari jika mahu mereka sentiasa bertenaga dan bersemangat untuk ke sekolah atau tempat kerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berkongsi ‘hutang’ tidur

Di sini bermakna, anda suami isteri perlu bergilir-gilir. Tak salahkan take turns dalam berjaga malam bersama bayi kecil yang minta susu atau sebaliknya. Jika terlalu mengantuk, beritahu pasangan anda mahu dapatkan power nap. Power nap ini sangat berharga bagi mereka yang memerlukannya.

Jangan pandang rendah kehebatan dapat tidur sekejap ini kerana kadangkala ia boleh buat anda menjadi sangat segar!

#3. Bersemangat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau tidak cukup tidur macam mana pun, cuba naikkan semangat anda setiap hari. Tak rugi pun sentiasa menjadi orangyang bersemangat kerana ini yang memang sentiasa diperlukan badan anda.

Cari perkongsian motivasi yang akan membantu menaikkan semangat anda daripadaterus tertidur. Ia sangat penting kerana semangat ini boleh membawa anda ke mana saja.

Orang yang hilang semangatnya akan menjadi tidak bersemangat jika walau apa juga perkara yang dilakukannya!Jadi bersemangatla setiap hari!

#4. Jadi aktif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasalah aktifkan diri anda dengan turut serta dalam pelbagai aktiviti termasuk sukan dan sebagainya.

Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk anda lakukan senaman. Bila badan sihat otak juga akan sihat sekaligus  dan energy positif akan sentiasa hadir dalam diri anda!

Bila anda aktif, boleh jadi anda akan menjadi terlalu penat jadi jika aktif pada siang, pada sebelah malamnya anda boleh dapatkan tidur nyenyak.

#5. Makan makanan berkhasiat dan sihat

Pastikan anda cukup makan! Jangan kurang makan pula kerana pemakanan amat berkait rapat dengan fungsi otak kita!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda lapar dan tidak mendapat zat secukupnya bagaimana otak boleh berfikir dengan baik dan bagaimana pula anda boleh kurangkan kepenatan jika langsung tidak makan.

Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk anda amalkan jika tidak mahu beratur di depan kaunter hospital kelak.

Ramai orang baru mahu jaga kesihatan apabila sudah terkena penyakit sedangkan mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati!

#6. Ambil kafein dengan berhemah

Jangan terlalu banyak, jangan pula tidak ambil langsung jika anda memang peminum tegar kafein. Jangan minum air berkafein sebelum tidur kerana ada kajian mengatakan minum kafein 6 jam sebelum tidur akan membuatkan anda tak boleh tidur!

Jika tidak boleh tidur, sudah pasti rutin harian anda di pejabat akan terganggu dan menganggu prestasi anda! Jadi elakkan ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga:.

Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba Amalkan Doa Susah Tidur & Tips Tidur Nyenyak Ini!

Penulis

Lala Annuar