5 Cara Mudah Pulihkan Emosi Anak-Anak Ketika Tempoh PKP Mengikut Nasihat Pakar

Cara mengatasi stress dan kegelisahan anak-anak ketika tempoh lockdown hendaklah bermula dari ibu ayah. Ia penting bagi memastikan kesihatan mental mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah memasuki tahun yang kedua kita ‘berperang’ dengan wabak Covid-19. Sehingga kini seluruh rakyat perlu berada di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Justeru sebagai ibu ayah, tahukah anda ada beberapa cara mengatasi stress dan keresahan (anxiety) dalam kalangan anak-anak?

Memandangkan sesi persekolahan tidak boleh diteruskan seperti biasa, ia sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan anak-anak sama ada dari segeri keperibadian mahupun intelektual.

Cara mengatasi stress dan keresahan dalam diri anak-anak dengan berkesan

credit to sources

Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemurungan dan kegelisahan pada anak-anak. Ia juga memberikan pengalaman yang buruk seperti penyalahgunaan, pengabaian, masalah fizikal dan mental pada masa akan datang.

Pakar pediatrik turut menjelaskan bahawa berlakunya peningkatan berat badan yang tidak normal pada sesetengah kanak-kanak kerana mereka kurang bergerak, cenderung mengambil makanan ringan dan rutin tidur yang tidak teratur.

Dalam hal ini, ibu ayah adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak. Anda perlu memastikan rutin harian berjalan secara sihat dan sering berbual dengan mereka agar tidak berasa terasing.

Cara mengatasi stress dan kegelisahan dalam kalangan anak-anak yang lain ialah:

#1. Cara mengatasi stress- Bermain di halaman rumah

Menurut pakar pediatrik di Hospital Kanak-Kanak, Dr Sara Bode, dia membenarkan ketiga-tiga anak berjalan kaki dan bermain bola di kawasan rumah. Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain di luar rumah lebih pintar, bahagia dan kurang berasa tertekan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun ada sesetengah ibu bapa berdepan dengan kekangan waktu dan tuntutan bekerja dari rumah menyebabkan cara itu tidak dapat dilakukan. Justeru, cubalah untuk luangkan sedikit masa bersama anak bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.

#2. Beri kelonggaran untuk waktu skrin

Memandangkan pandemik ini memberi halangan untuk kita keluar rumah dan bertemu seseorang, jadi ada cara untuk mengekalkan hubungan sosial anak dengan rakan sebaya mereka.

Seorang pakar pediatrik dari Seattle, Dr. Yolanda Evans berkongsi dia memiliki tiga orang anak yang sering menikmati pesta ulang tahun secara maya, sembang video dengan rakan setiap bulan dan pelajaran muzik video.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pastikan anak mematuhi jadual dengan konsisten

credit to sources

Satu kajian mendapati bahawa anak-anak yang memiliki jadual dan aktiviti bersama keluarga setiap hari seperti makan malama atau belajar bersama, cenderung memiliki emosi lebih sihat.

Pakar telah mengesyorkan kepada ibu ayah untuk memastikan rutin tidur anak-anak adalah konsisten termasuklah mematikan semua gajet, menggosok gigi dan membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kami telah merancang tiga perkara yang boleh dinikmati pada siang hari dan sekurang-kurangnya satu perkara dilakukan bersama sebelum tidur,” jelasnya.

#4. Beri peluang untuk anak membuat pilihan

Ketika tempoh PKP ini, ibu ayah hendaklah bersikap lebih terbuka dan membiarkan anak-anak membuat pilihan sendiri seperti memilih makanan, kerja rumah atau cara berpakaian bagi membolehkan mereka berasa lebih positif.

Apabila ibu ayah memberikan anak-anak pilihan seperti berikut, mereka cenderung berasa keinginan telah dipenuhi dan lebih berani untuk membuat sesuatu keputusan. 

Dari masa ke masa, anak-anak yang dibesarkan dengan gaya keibubapaan sebegini menjadi lebih berdikari, yakin diri, berdaya tahan dan bermotivasi.

#5. Sentiasa menjaga diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: khalisa azrina

Pakar mengatakan salah satu cara mengatasi stress dan kemurungan anak-anak ketika berada di rumah ialah mempunyai ibu ayah yang penyayang dan sentiasa menjadi penyokong buat mereka.

Menurut pakar psikologi, Jen Blair, kelakuan dan tingkah laku anak-anak bergantung kepada cara orang tua mereka berdepan pandemik Covid-19. Adalah penting untuk ibu ayah menjadi contoh yang terbaik.

Apabila perlu duduk di rumah dalam beberapa minggu ini, ibu ayah dinasihatkan menyediakan sebuah jadual dan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak. Ia mampu memberikan banyak manfaat terhadap hubungan keluarga dan masa hadapan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Insider

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Covid-19 Boleh Menyebabkan Anak Yang Bersekolah Tantrum Seperti Fasa ‘Teribble Twos’