X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu bapa mungkin sebab anak lebih suka makanan ringan, menurut kajian

3 min bacaan
Ibu bapa mungkin sebab anak lebih suka makanan ringan, menurut kajian

Kajian Universiti Guelph telah mengenalpasti kaitan genetik sebagai penentu cara pemakanan anak!

Kajian terbaru mendapati tabiat anak suka makanan ringan, mungkin berpunca dari ibu bapa sendiri yang mempunyai cara pemakanan yang kurang sihat.  Ibu bapa suka makan McD, anak pun suka makan McD.

Ini bukan kebetulan semata-mata. Kerana ibu bapa, anak boleh mendapat kesan negatif akibat makanan ringan dan segera.

Kajian mendapati jika anak suka makanan ringan, ada kemungkinan besar ibu bapanya juga sama kerana faktor genetik boleh memberi kesan kepada pemakanan anak.

Anak suka makanan ringan: Kesan genetik kepada anak

Kajian Universiti Guelph telah mendapati makanan ringan pilihan anak dipengaruhi oleh faktor genetik.

Kajian ini dilakukan ke atas 47 orang kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 5 tahun selama 3 hari, di mana pemakanan mereka telah dipantau oleh penyelidik. 

anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, kesan makanan segera, kesan makanan tidak berkhasiat

Faktor genetik mungkin sebab anak suka makanan ringan

Varian genetik deria rasa yang berkaitan dengan rasa manis, rasa lemak dan rasa pahit telah dikaji untuk kanak-kanak prasekolah. Varian genetik adalah perubahan dalam urutan DNA individu yang menjadikan seseorang itu, individu yang unik.

Penyelidik terkejut mendapati hampir 80% kanak-kanak yang dikaji mempunyai sekurang-kurangnya satu kandungan genetik yang sama. Kesimpulannya, apabila anak suka makanan ringan, ini disebabkan faktor genetik yang sama.

Mengapa penemuan ini penting jika anak suka makanan ringan?

anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, kesan makanan segera, kesan makanan tidak berkhasiat

Ibu bapa boleh memberi dorongan yang positif supaya anak memilih makanan yang lebih berkhasiat

Mengapa penemuan ini begitu penting? Apabila ibu bapa tahu kaitan deria rasa dan faktor genetik, anak boleh melalui ujian khusus untuk menentukan varian rasa genetik anak.

Elie Chamoun, penyelidik kajian tersebut, percaya ini dapat menolong ibu bapa memahami tabiat pemakanan anak. Dengan pengetahuan ini, ibu bapa boleh membantu anak dengan cara yang lebih positif untuk menggalakkan pemakanan yang sihat.

Apabila tahu varian rasa anak boleh diwarisi, ibu bapa akan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengapa makanan itu kegemaran anak, serta jenis makanan yang boleh menarik perhatian mereka.

Penyelidik masih perlu mengkaji dengan lebih mendalam sebelum ujian khusus dapat diselesaikan.

anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, kesan makanan segera, kesan makanan tidak berkhasiat

Anak suka makanan ringan? Semak dulu kalau ibu bapa mempunyai tabiat yang sama

Jadi buat masa sekarang, ibu bapa boleh membuat perbandingan tabiat permakanan anak dan pemakanan diri sendiri.

Sekiranya terdapat persamaan, jangan marah sebab anak suka makanan ringan. Mereka hanya mengikut tabiat ibu bapa.

Oleh itu, jika anak tidak suka makan makanan yang lebih berkhasiat, semak diri dulu. Anak sering meniru apa sahaja yang ibu bapa mereka lakukan.

Maka sebagai ibu bapa yang prihatin, ubahlah tabiat mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan pilih makanan yang segar dan berkhasiat supaya anak akan lakukan yang sama.

Jangan biarkan faktor genetik menentukan kesihatan anda sekeluarga. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Science Daily, Romper, Genos, theAsianparent Singapura

Baca juga:

6 Makanan Menyebabkan Anak Bodoh dan Menyekat Perkembangan

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ibu bapa mungkin sebab anak lebih suka makanan ringan, menurut kajian
Kongsikan:
  • 5 jenis makanan ringan yang bagus dan berkhasiat untuk anak, anda patut cuba!

    5 jenis makanan ringan yang bagus dan berkhasiat untuk anak, anda patut cuba!

  • Ibu ini menunjukkan bahaya yang tersembunyi dalam Happy Meal anak anda

    Ibu ini menunjukkan bahaya yang tersembunyi dalam Happy Meal anak anda

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.