Cara Menjaga Anak Autistik

Memecahkan pintu rumah, terjun atas katil sehingga roboh, pecahkan cermin kereta guna kepala dan terjun dari tingkat 2 rumah adalah perkara yang Zarina biasa hadapi semasa mengasuh anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Autisme adalah sejenis penyakit gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang melibatkan komunikasi dalam masalah sosial, samada perkembangan bahasa atau lambat berkembang.

Kebiasaannya kanak-kanak ini dilatih supaya boleh menguruskan diri sendiri. Petanda kesihatan anak yang menunjukkan gangguan samada mental atau fizikal secara tidak langsung ataupun sebaliknya

Selebriti terkenal Malaysia, Zarina Zainuddin telah membuka mata semua tentang penyakit ini kerana ketabahannya mendidik anak kembar autistiknya; Azal dan Azil.

Tantrum si abang (Azil) lebih payah dikawal berbanding adik. Si adik, Azal anak yang lebih lembut dan senang dikawal walaupun mempunyai autisme. Dia lebih peka dan pandai menguruskan keperluan diri dan orang lain tanpa disuruh.

Malah rajin membantu menyiapkan ibunya untuk bekerja setiap hari.

 

Anak autistik seperti anaknya tidak wajar dihantar ke sekolah biasa kerana pendidikan di sekolah biasa tidak sama dngan apa yang diajar di sekolah khas. Oleh itu, Zarina dan suami bertindak menghentikan sahaja persekolahan anaknya; Azal kerana tantrumnya lebih dahsyat berbanding adiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia pernah dimarahi dan dihina oleh pengunjung restoran kerana anaknya bertindak meminum air pelanggan tanpa izin. Oleh itu, tindakannya sebagai ibu bapa harus meminta maaf terhadap mereka kerana mereka tidak pernah faham, kerana tidak mempunyai anak autistik.

Kerana anak yang dijaga selalu diberikan ubat penenang, beliau menghadkan penggunaan ubat penenang kerana ia memberi kesan yang buruk terhadap sistem badan. Zarina bertindak berani mengambil sebiji ubat penenag anaknya untuk merasa apa yang anaknya rasa jika diberikan ubat begitu.

Beliau rasa lemah, tidak boleh bergerak walaupun matanya tidak lelap pada mulanya. Kerana tidak mahu menyeksa anak sendiri, dia mengawal pemberian ubat itu terhadap anaknya walaupun tantrum anaknya akan menjadi lebih teruk jika tidak diberikan ubat.

Memecahkan pintu rumah, terjun atas katil sehingga roboh, pecahkan cermin kereta guna kepala dan terjun dari tingkat 2 rumah adalah perkara yang Zarina biasa hadapi semasa mengasuh anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak autistik haruslah dijaga sebagai "one to one care", perseorangan kerana anak istimewa ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dididik dan perlu dibantu untuk menguruskan kehidupan sehariannya agar dapat berdikari.

Elakkan menyentuh atau merenung mereka kerana tindakan ini membuatkan mereka stress.

Perbanyakkan guna flashcard atau alat bantu mengajar yang wujud supaya mereka senang menterjemah gambar. Wujudkan suasana tenang dalam berkumpulan dan ini menyebabkan merkea berasa selamat dan yakin.

Zarina berpendapat, walaupun kita menjaga anak autistik dengan penuh perhatian, jangan pernah mengabaikan anak normal yang lain kerana mereka juga perlukan perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, dia juga perlu mencurahkan perhatian terhadap anak normalnya Naim dan Adam. Dia menambah, anaknya yang normal pernah merajuk dengannya kerana dia melebihkan abang-abangnya daripada mereka.

Oleh itu, bersikap adil adalah penting supaya semua pihak rasa dihargai dan anak normal yang lain memahami adik autistik yang lain.

Zarina menambah, menjaga anak istimewa ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesukaran untuk mengawal motor mereka menyebabkan mereka tidak begitu menyerlah dalam ativiti sukan. Oleh itu, janganlah memaksa mereka bersukan.

Anak autistic juga tidak mampu mengendalikan emosi sendiri, sehingga mereka rasa keliru dengan apa yang mereka buat dan alami sehingga mengamuk sedahsyat perang. “Interpersonal skill” dan “soft skill” perlu digunakan untuk mengawal anak autistik.

Oleh yang demikian, kesungguhan adalah penting untuk mendidik mereka supaya menjadi lebih berdikari dan mampu menguruskan hidup sendiri apabila kehilangan orang tersayang nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Autisme tiada ubatnya, ia hanya boleh dikawal dan mungkin berkurangan sehingga meningkat dewasa.

Semoga Zarina dan ibu bapa yang menjaga anak autistik ini terus tabah dalam mendidik mereka sehingga menjadi seorang yang berguna hari nanti.

Artikel dan gambar dipetik dari InTrend

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh