Ingin Perkahwinan Tahan Lama? Amalkan 13 Tips Ini, Pasti Jatuh Cinta Setiap Hari

Walaupun sudah berkahwin sekian lama, namun anda harus tahu cara menjaga hubungan supaya perkahwinan yang dibina kekal abadi hingga ke syurga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa di awal perkahwinan dahulu, hubungan suami isteri itu cukup manis kerana anda kerap ketawa bersama dan selalu menghabiskan masa berdua. Tetapi, bila berjalannya masa, anda seakan lupa cara menjaga hubungan yang baik.

Lantas, ia menyebabkan kalian sering bergaduh dan seolah-olah rasa cinta itu sudah mati. Rasa macam ada sesuatu yang sudah hilang.

Walau bagaimanapun, jangan pernah teragak-agak untuk bercakap dengan pasangan anda mengenainya. Jadi, apa kata anda praktiskan cara menjaga hubungan seperti yang disyorkan ini, mana tahu anda boleh jatuh cinta semula dengan pasangan.

13 cara menjaga hubungan suami isteri agar jatuh cinta kembali

#1. Tetap jujur kepada diri sendiri

Kredit: Bagi Info

Sebelum itu, tanya pada diri sama ada anda benar-benar ingin kembali bersama pasangan atau tidak. Sekiranya masih ada rasa sayang yang menebal, ini langkah seterus yang anda boleh buat.

Langkah pertama adalah berbincang secara baik dengan pasangan, kemudian bersedia untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan dan terus bersamanya sampai bila-bila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Elakkan komunikasi negatif

Senyap dan bertelingkah adalah dua bentuk komunikasi negatif yang selalu ada dalam hubungan. Senyap itu nampak baik tapi sebenarnya racun dalam perhubungan kerana kalian tidak tahu masalah apa yang timbul di dalam hati jika tidak diluahkan.

Sebaiknya anda dan pasangan meluahkan rasa kemarahan itu dan bebaskan perasaan yang membelenggu diri supaya hubungan kembali pulih semula.

#3. Jangan meletakkan kesalahan pada satu pihak sahaja

Apabila ada sesuatu berlaku dalam hubungan, jangan cuba menyalahkan pasangan anda dengan serta merta. Tapi, nilaikan dahulu keadaan dan bertanggungjawab dengan masalah itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya pasangan anda bersalah, cuba untu memaafkan dan mengelak berpegang dendam jika mahu bergerak ke hadapan. Walaubagaimanapun, itu bukan bermakna anda harus membiarkan mereka pergi dengan kesilapan itu.

#4. Jangan menaruh harapan terlalu tinggi

Kredit: Kompas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, kita semua tentunya ada menaruh harapan kepada pasangan terutama dia orang yang kita sayang dan cintai. Tapi, dengan harapan yang tinggi itu kadang-kadang boleh buat kita kecewa dan bersedih.

Jadi, sebaiknya jangan meletakkan apa-apa harapan dalam hubungan anda.

#5. Berbuat baik dengan pasangan

Kebaikan boleh mengubah kehidupan seharian anda. Daripada membenci, merendahkan dan mengkritik pasangan, adalah lebih baik anda berubah menjadi baik dan melupakan apa yang telah terjadi lalu membentuk masa depan yang lebih bahagia.

#6. Buat nota tentang semua perkara berkaitan pasangan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika rasa benci mula beraja dalam jiwa, apa kata anda ingat kembali saat mula-mula si dia berada dalam hati. Kalau boleh tulis nota kecil tentang pasangan anda dan apa yang menarik hati anda untuk berkahwin dengannya dahulu.

Adakah sifat humor, pemurah, daya tarikan dan lain-lain yang menarik anda untuk terus mencintainya.

Dengan mengingat kembali sikap dan perwatakan pasangan, dapat mengubah hubungan kalian. Mungkin dalam banyak-banyak yang buruk berkaitannya tentu ada yang manis.

#7. Buat pasangan rasa dirinya teristimewa

Kredit: Ruang Mom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda ingin menghidupkan segalanya kembali, anda harus melangkah ke hadapan untuk menyemarakkan semula perasaan yang sudah hilang itu.

Apa yang perlu dilakukan adalah sedikit usaha dan biarkan pasangan merasakan betapa pentingnya dia dalam hidup anda.

Perkara kecil seperti menghargai, memberi kejutan dan mengekspresikan emosi, sudah cukup membuatkan kalian jatuh cinta kembali.

#8. Terus membuat hubungan intim

Oxytocin adalah hormon yang merangsang hubungan dan aktiviti seksual. Dengan menyentuh, bercumbu dan memegang tangan dapat memberi sambungan yang positif lantas memainkan peranan penting dalam membuatkan kalian jatuh cinta sekali lagi.

#9. Jangan ingat perkara yang pahit

Apabila anda bebas daripada kebencian dan kepahitan, anda akan lebih terbuka dan dapat mengekspresikan diri dengan lebih baik. Apa yang anda perlu buat adalah beristirehat, jangan cari salah, selesaikan dan berurusan dengan kemarahan serta kesedihan itu serta merta bagi mencegah kebencian.

#10. Merancang percutian

Kadang-kadang, salah satu cara terbaik untuk berehat dan meringankan pemikiran adalah dengan bercuti.

Jadi, rancang percutian anda dengan pasangan dan lari dari kehidupan yang membosankan. Lantas, anda dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan pasangan.

#11. Letak tepi telefon bimbit

Kredit: Hipwee

Sesetengah orang mungkin bersetuju bahawa dengan kecanggihan teknologi yang ada ini boleh menyebabkan keretakan dalam rumah tangga. Bahkan, platform digital ini boleh mengganggu kehidupan suami isteri kerana mereka lebih suka menghabiskan masa menghadap telefon bimbit berbanding melayan pasangan.

Jadi, kalau nak ikat kembali cinta itu, berikan perhatian sepenuhnya kepada pasangan anda dan kurangkan masa dengan telefon bimbit.

#12. Mengetahui minat anda dan pasangan

Walaupun kalian adalah dua insan yang berbeza dan memiliki keinginan yang tidak sama, namun anda berdua masih boleh menghabiskan masa bersama dan mengisi waktu dengan baik.

Jadi, jangan kerana minat yang berbeza menjadi hubungan kian renggang tapi lakukan ia bersama-sama pastinya hubungan anda lebih bahagia.

#13. Jadikan pasangan sebagai keutaman

Akhir sekali, untuk jatuh cinta sekali lagi, anda perlu memberikan keutaman kepada orang yang penting dalam hidup anda. Letakkan dia sebagai yang utama dalam hidup anda dan lebihkan dia berbanding segalanya.

Ingatlah, tidak semua orang memiliki nasib yang baik untuk mendapat pasangan yang penyayang, baik hati, jujur, setia dan lain-lain. Jika anda berjaya memilikinya maka teruslah pegang tangannya dan menggapai cinta itu bersama-sama.

Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda selalu buat untuk mengukuhkan kembali rasa cinta bersama suami atau isteri anda? kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction

Sumber gambar: Popbela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?