Ibu ayah mesti cuak nak cari cara menjawab yang betul bila si kecil mula bertanyakan soalan yang bukan-bukan, betul tak?
Namun, janganlah rasa pelik kerana ini adalah kerana anak-anak memiliki peribadi dan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Lantas menyebabkan mereka bertanyakan hal yang tidak diketahui kepada kedua-dua ibu bapanya.
Tapi biasalah, kadang kala senang ibu atau ayah nak jawab. Tapi, ada ketikanya membuatkan anda garu kepala sebab soalan yang ditanya macam tak masuk akal atau mengejutkan!
Walau bagaimanapun, ibu harus bijak tentang cara menjawab yang betul dan tepat supaya tidak menyesatkan anak.
Berikut ini kami kongsikan beberapa soalan dan cara menjawab yang betul untuk ibu bapa sekalian. Jom kita tengok!
Soalan & cara menjawab yang betul untuk anak
#1. Ibu, siapa Tuhan?
Setiap ibu bapa pasti mengajak anak untuk membaca doa bersama-sama, kan? Hinggalah suatu masa mereka akan bertanyakan soalan seperti ibu, siapa Tuhan? Kenapa kita kena berdoa? dan sebagainya.
Jika ditanya begini, ibu boleh menjelaskan bahawa Tuhan adalah pencipta segala-galanya dalam dunia ini. Malah Ia juga menciptakan langit, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia, alam semesta dan sebagainya.
Jadi sebagai manusia kita harus bersyukur dengan cara menyembah Tuhan kita dan meminta doa kepadaNya di atas nikmat yang dikurniakan.
Apapun, gunalah perkataan yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh anak.
#2. Ibu, Syurga itu di mana?
Jika ditanya soalan ini, ibu boleh menjawab dengan menjelaskan bahawa Syurga berada jauh di atas langit dan tidak boleh dijangkau dengan manusia.
Bahkan, hanya orang tertentu saja yang berbuat baik akan ditempatkan di dalam Syurga.
#3. Ibu, bayi datang dari mana?
Pertanyaan ini memang sering diajukan oleh anak kepada ibu atau ayahnya.
Tapi tak usah garu kepala sebab ibu boleh menjawab dengan mengatakan konsep pertumbuhan bayi adalah secara biologi di mana terhasil daripada kasih sayang mama dan juga papa. Maka terhasilah dirinya ke dunia ini.
#4. Ibu, kenapa tubuh lelaki dan perempuan berbeza?
Soalan ini akan muncul bila anak sering bergaul dengan rakan-rakan yang berlawan jenis sama ada perempuan atau lelaki.
Apapun, ibu boleh katakan kepada mereka bahawa Tuhan menciptakan manusia berpasang-pasangan. Sebab itu bentuk lelaki dan perempuan tidak sama kerana kita saling memerlukan.
Kemudian katakan kepadanya yang anda akan jelaskan lebih lanjut bila dirinya sudah besar nanti.
#5. Ayah, haiwan boleh bercakap macam manusia tak?
Jika ditanya soalan ini, ayah boleh jawab bahawa haiwan tidak boleh bercakap seperti manusia tapi mereka memiliki cara bicara yang tersendiri yang tidak boleh difahami oleh manusia dan haiwan yang lain.
#6. Ayah, mengapa dia ada itu dan saya tidak ada ini?
Kekadang anak juga akan menyoalkan sesuatu yang dia ingnkan tapi tak dapat hingga rentan menunjukkan rasa merajuk kepada ibu bapanya.
Tapi ibu dan ayah jawablah dengan penuh bijaksana dengan mengatakan seseorang boleh memperoleh sesuatu dengan berusaha dan kemudian mintalah anak untuk menabung supaya apa yang dingini dapat ditunaikan.
#7. Ibu, lebih sayang siapa?
Pertanyaan ini juga sering dilontarkan jika mereka merajuk dan biasanya iri hati dengan kasih sayang yang diterima oleh saudaranya.
Jadi di sini, ibu harus bijak dengan mengatakan yang anda menyayangi semua anak-anak kerana mereka lahir dari dalam perut anda sendiri.
Kemudian terangkan kasih sayang seorang ibu tiada tandingan dan apa pun yang terjadi pada anak ibu akan sentiasa menyayangi mereka hingga hayat dikandung badan.
Inilah antara soalan sulit yang sering kali ditanya anak dan cara menjawabnya yang betul supaya soalan tersebut tidak terus bermain di fikiran si kecil.
Jom kongsikan apa lagi soalan yang pernah anak kalian tanya di ruangan komen di bawah ini.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Pop Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Sebab Anak Suka Bertanya & Bagaimana Anda Boleh Menjawab