X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

3 Sebab Anak Suka Bertanya Kepada Anda, Ibu Ayah WAJIB Tahu!

4 min bacaan
3 Sebab Anak Suka Bertanya Kepada Anda, Ibu Ayah WAJIB Tahu!

Sebagai ibu bapa, jangan letih menjawab setiap soalan anak Jawablah dengan bersungguh supaya jawapan tersebut memuaskan hati anak.

Becok suara anak suka bertanya. Jika kita tak acuh menjawab pertanyanya, lagi dia akan bertanya. Bahkan soalan akan dimulai dengan ‘kenapa’. Contohnya seperti…

“Mama, kenapa kakak mesti makan sayur?  “Mama, kenapa kakak kena pergi sekolah?  “Mama, kenapa papa dengan mama gaduh semalam? 

Ha…gaduh pun dia tanya ‘kenapa’! Sukar juga nak menjawab bila anak sudah pandai cakap , kan?

Terpulanglah pada mama dan papa sama ada nak kelentong cakap gaduh-gaduh manja atau jawapan berlalu sepi. Tapi bagaimana pula dengan pelbagai soalan ilmiah yang dia tanya?

Kadang-kadang sampai garu kepala juga nak jawab setiap soalan anak suka bertanya ini. 

Anak suka bertanya: Ingin jawapan yang memuaskan hati 

anak suka bertanya, anak suka tanya, anak suka bersoal jawab, anak bertanya soalan, anak tanya soalan pada ibu dan ayahnya, kenapa anak suka bertanya, anak suka bertanya kenapa, suka tanya soalan, anak suka tanya soalan, pertanyaan dari anak, punca anak suka tanya kenapa

Kredit: ibu dan mama

Apabila sudah pandai bercakap, menjadi lumrah dia secara tidak langsung jadi suka bertanya. Ada saja benda yang dia nak tahu lalu dia akan bertanya.

Namun, ada ketikanya ibu dan ayah akan rasa sedikit letih nak menjawab apabila sikit-sikit kenapa begitu dan kenapa begini. 

Seperti saya yang sedang alaminya di peringkat anak dah masuk 4 tahun ini. Kadang-kadang rasa penat juga nak menjawab setiap hari. Malah boleh jadi soalan demi soalan, setelah menjawab soalannya yang pertama, dia ‘kenapakan’ pula pada jawapan itu.

Aduhai anak! Memang tak penat dia bertanya. Ada saja benda yang dia nak tanya. 

Apa yang pasti, pernah tak terdetik di hati anda. Kenapa anak suka bertanya? Terutama apabila mereka mencecah usia kanak-kanak. 

Menurut kajian dari University of Michigan, anak suka bertanya bukan sebab nak ganggu ibu bapanya tetapi mereka memang perlukan penjelasan yang khusus dari persoalan itu.

Pendek kata, mereka nak jawapan betul, bukan main-main. Serius sungguh! 

Berdasarkan kajian itu lagi, anak suka bertanya akan berhenti menyoal ‘kenapa’ sekiranya jawapan yang diberikan memuaskan hati.

Jika sebaliknya, mereka akan berterusan bertanya kenapa dan kenapa. 

3 sebab anak suka bertanya 

#1. Perasaan ingin tahu menebal dalam diri 

Apabila anak bertambah usia, akan ada banyak perkara yang mereka ingin tahu.

Sebab itu anak suka bertanya. Terutama apabila anak sudah menjejakkan kaki ke sekolah,  perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara akan menebal dalam diri.

Jadi, ibu bapa harus tetap sabar menjawab setiap persoalan itu. Meskipun berulang kali ditanya. 

#2. Inginkan perhatian dari kedua ibu bapanya 

anak suka bertanya, anak suka tanya, anak suka bersoal jawab, anak bertanya soalan, anak tanya soalan pada ibu dan ayahnya, kenapa anak suka bertanya, anak suka bertanya kenapa, suka tanya soalan, anak suka tanya soalan, pertanyaan dari anak, punca anak suka tanya kenapa

Kredit: Swikit.com

Menurut seorang profesor bernama Hal Gregerson mengatakan anak suka bertanya kenapa kerana mereka tak faham apa yang ditanya dan ibu atau ayah tak mendengar setiap soalan mereka itu. 

Hal ini kerana, anak selalu bertanya apabila orang tuanya sedang sibuk melakukan sesuatu perkara. Lantas dari situ, anak akan mula mencari perhatian dengan bertanyakan berbagai soalan. 

Apa yang ibu bapa perlu buat adalah mengalihkan perhatian pada anak. Kemudian pandang matanya dan beritahu anda sedang menguruskan hal penting.

Beritahunya, bila urusan selesai anda akan jawab tiap pertanyaannya itu. 

#3. Membangkang bila disuruh lakukan sesuatu perkara 

anak suka bertanya, anak suka tanya, anak suka bersoal jawab, anak bertanya soalan, anak tanya soalan pada ibu dan ayahnya, kenapa anak suka bertanya, anak suka bertanya kenapa, suka tanya soalan, anak suka tanya soalan, pertanyaan dari anak, punca anak suka tanya kenapa

Kredit:SBS

Anak selalu bertanya adalah kerana dia ingin membangkang dan tak puas hati apabila disuruh melakukan sesuatu perkara. Contohnya bila disuruh memberus gigi.

Stories Rakan Kongsi
Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks

Dia akan bertanya kenapa perlu berus gigi. 

Situasi ini membuatkan ibu sedikit penat untuk menjawab. Daripada anda menjelaskan kepentingan berus gigi adalah lebih bagus anda beritahunya kesan jika tak berus gigi seperti gigi rosak, berlubang dan sebagainya.

Mungkin dari situ, si kecil takut lantas tidak bertanya lagi. 

Menurut seorang pakar psikologi, ketika anak mengulangi pertanyaan. Cuba tanyakan kembali pada anak hingga dia mencapai jawapan yang diperlukan. 

Tapi bukankah cara ini akan menyebabkan lebih banyak perbincangan dengan si kecil? Ia lebih bagus kerana secara tak langsung menambahkan kepercayaan anak pada dirinya sendiri. 

Jangan lupa kongsi artikel ini di laman Facebook anda supaya rakan FB  yang lain turut dapat input yang baik dari artikel ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

3 Sebab Anak Suka Bertanya Kepada Anda, Ibu Ayah WAJIB Tahu!Sumber: Haibunda
 

Baca juga: Jangan Biarkan Kesilapan Masa Lampau Anda Dalam Membesarkan Anak Buat Mereka Trauma Kelak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • 3 Sebab Anak Suka Bertanya Kepada Anda, Ibu Ayah WAJIB Tahu!
Kongsikan:
  • Opss, Anak Tanya Soalan Berkaitan SEKS? Tenang Ayah, Ini Cara Jawab Yang Betul

    Opss, Anak Tanya Soalan Berkaitan SEKS? Tenang Ayah, Ini Cara Jawab Yang Betul

  • Aduh, Si Kecil Di Fasa Suka Bertanya Macam-Macam, Bagaimana Cara Menjawab Yang Betul?

    Aduh, Si Kecil Di Fasa Suka Bertanya Macam-Macam, Bagaimana Cara Menjawab Yang Betul?

  • Opss, Anak Tanya Soalan Berkaitan SEKS? Tenang Ayah, Ini Cara Jawab Yang Betul

    Opss, Anak Tanya Soalan Berkaitan SEKS? Tenang Ayah, Ini Cara Jawab Yang Betul

  • Aduh, Si Kecil Di Fasa Suka Bertanya Macam-Macam, Bagaimana Cara Menjawab Yang Betul?

    Aduh, Si Kecil Di Fasa Suka Bertanya Macam-Macam, Bagaimana Cara Menjawab Yang Betul?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham