Anda perlukan maklumat cara nak tukar sekolah anak? Jangan risau, kami ada langkah-langkah mudah yang boleh bantu memudahkan urusan anda.
Isi Kandungan
Pertukaran Sekolah Antara Daerah/Negeri
Pertukaran sekolah antara daerah atau negeri negeri diurus oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pemohon. Biasanya jabatan ini akan kongsikan cara nak tukar sekolah anak kepada anda jika anda berurusan dengan mereka.
Anda perlu pastikan semak keperluan dan prosedur yang perlu dilakukan. Sekolah kerajaaan di Malaysia memerlukan anak untuk didaftarkan mengikut zon kawasan.
Anda perlu memastikan bahawa anak anda layak berdasarkan alamat tempat tinggal.
Anda juga perlu menghubungi sekolah lama dan sekolah baru. Maklumkan kepada pihak sekolah lama mengenai niat untuk memindahkan anak ke sekolah lain.
Anda mungkin perlu mengisi borang permohonan pemindahan dan menyelesaikan sebarang urusan berkaitan seperti pengembalian buku teks atau peralatan sekolah.
Hubungi juga pihak sekolah baru untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur kemasukan.
Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti sijil kelahiran anak, kad pengenalan ibu bapa, dan salinan rekod akademik atau laporan sekolah anak.
Prosedur Permohonan Pertukaran Sekolah
Prosedur yang perlu dilakukan untuk permohonan pertukaran sekolah rendah adalah seperti berikut:
- Dapatkan borang pertukaran sekolah di sekolah semasa
- Lengkapkan borang serta hantar borang tersebut beserta sijil lahir murid ke sekolah semasa untuk pengesahan Guru Besar
- Dapatkan tandatangan Guru Besar dan cop sekolah semasa
- Hantar borang permohonan dan sijil lahir murid ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan
- Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan
- Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua dan seterusnya ketiga
Dokumen Urusan Pertukaran Murid
Dokumen urusan pertukaran murid warganegara yang perlu dikemukakan oleh ibubapa / penjaga kepada pihak sekolah:
- Borang Jadual Ketiga P.U.(A) 275 (diisi ibu bapa/penjaga)
- Salinan sijil lahir murid
- Salinan kad pengenalan murid, ibu bapa / penjaga
- Salinan surat nikah
- Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
- Surat anak angkat (jika anak angkat)
- Bil utiliti (alamat terkini)
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Usulkan Ketika Mesyuarat PIBG Sekolah Anak, Menarik & Relevan
Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca, Tak Susah & Jangan Stres!
Baca juga: Kalau Anda Guna Cara Unik Ini, Anak Pasti Nak Baca Buku Hari-Hari!