X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Monsun Timur Laut 2024/2025: Bila Ia Bermula, Negeri Yang Terjejas & Persediaan Banjir

6 min bacaan
Monsun Timur Laut 2024/2025: Bila Ia Bermula, Negeri Yang Terjejas & Persediaan Banjir

Monsun timur laut atau musim tengkujuh dijangka bermula 5 November 2024 sehingga Mac tahun hadapan, semua diminta waspada

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering.

Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai fasa peralihan monsun.

▲▼Isi Kandungan

  • Kenali Apa Itu Monsun Timur Laut
  • Monsun Timur Laut Bermula 5 November 2024
  • Kesan Cuaca Monsun Timur Laut
  • Persediaan Menghadapi Banjir
  • Tindakan Ketika Banjir
  • Tindakan Selepas Banjir

Kenali Apa Itu Monsun Timur Laut

Monsun Timur Laut merujuk kepada tiupan angin yang datang dari kawasan daratan China dan Siberia, merentasi Laut China Selatan, dan menuju ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Angin ini membawa lembapan tinggi yang menyebabkan hujan lebat berterusan, terutamanya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia.

Secara amnya, fenomena ini menandakan peralihan cuaca kepada musim hujan di Malaysia, berbeza dengan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca kering antara Mei hingga September.

Monsun Timur Laut memainkan peranan penting dalam pola cuaca tahunan Malaysia dan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Monsun Timur Laut Bermula 5 November 2024

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025. Jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurutnya, pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku hujan lebat ialah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kesan Cuaca Monsun Timur Laut

Monsun Timur Laut yang bermula pada 5 November 2024 ini membawa impak besar kepada kawasan-kawasan berisiko. Banjir menjadi ancaman utama, terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia serta kawasan di Sarawak dan Sabah yang berdekatan sungai dan tanah rendah.

Hujan lebat yang berterusan boleh menyebabkan sungai melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya. Fenomena banjir ini berpotensi mengganggu kehidupan harian penduduk, merosakkan harta benda, menimbulkan kerugian dalam sektor pertanian, dan menyukarkan pergerakan.

Di samping itu, tiupan angin kencang turut memberi kesan buruk kepada aktiviti di laut, khususnya bagi nelayan yang bekerja di Laut China Selatan.

Angin kuat ini boleh menyebabkan laut bergelora dan membahayakan keselamatan pelayaran. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan perlu mengambil langkah memastikan keselamatan orang ramai dengan mengeluarkan amaran berterusan mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu.

Persediaan Menghadapi Banjir

Banjir adalah salah satu bencana alam yang sering berlaku di Malaysia, terutama semasa musim monsun. Kesan banjir bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan mangsa.

Dengan bersedia lebih awal, kita dapat mengurangkan panik dan memastikan keselamatan keluarga serta harta benda.

1. Dapatkan Maklumat Cuaca dan Kawasan Berisiko

Sentiasa ikuti laporan cuaca terkini melalui media massa atau aplikasi cuaca. Ketahui sama ada kawasan tempat tinggal berada di zon banjir atau berhampiran sungai yang berpotensi melimpah.

Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko bencana dinasihat untuk mengetahui talian kecemasan iaitu 999, bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Anda juga dinasihatkan agar lebih berwaspada dan peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi.

2. Sediakan Kit Kecemasan

Sediakan kit kecemasan yang mengandungi barang-barang asas seperti:

  • Makanan kering dan air minuman untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
  • Lampu suluh, bateri, radio, dan power bank.
  • Ubat-ubatan penting dan kit pertolongan cemas.
  • Pakaian, selimut, dan barangan kebersihan seperti sabun serta tuala wanita.

3. Lindungi Dokumen Penting

Simpan dokumen seperti kad pengenalan, sijil lahir, dan pasport di dalam bekas kalis air. Jika boleh, buat salinan digital dokumen dan simpan di dalam telefon.

4. Pelan Evakuasi Keluarga

Tetapkan laluan keluar dan lokasi selamat sekiranya perlu berpindah. Pastikan semua ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan jika amaran banjir dikeluarkan.

Tindakan Ketika Banjir

Ketika banjir berlaku, keutamaan utama ialah keselamatan diri dan keluarga. Tindakan cepat dan bijak boleh menyelamatkan nyawa.

1. Pindah ke Tempat Tinggi

Jika air mula naik, segera pindah ke tempat tinggi atau pusat pemindahan banjir. Elakkan daripada berjalan atau memandu melalui air banjir kerana arus air boleh deras dan berbahaya.

2. Matikan Bekalan Elektrik dan Gas

Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua suis elektrik dan gas ditutup untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik atau kebakaran.

3. Ikuti Arahan Pihak Berkuasa

Patuh kepada arahan pihak berkuasa dan agensi keselamatan. Jangan pulang ke rumah tanpa arahan rasmi kerana keadaan mungkin masih berbahaya.

4. Kekal Berhubung

Sentiasa bawa telefon bimbit dan power bank bagi memastikan komunikasi dapat diteruskan. Maklumkan kepada keluarga atau rakan tentang keberadaan anda supaya mereka tidak risau.

5. Awasi Anak-Anak

Sentiasa mengawasi anak yang masih kecil dan jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir bagi mengelakkan kehilangan nyawa berlaku.

Tindakan Selepas Banjir

Selepas banjir surut, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan masalah kesihatan.

1. Periksa Keselamatan Rumah

Sebelum memasuki rumah, pastikan tiada kerosakan struktur atau wayar elektrik yang terdedah. Pastikan bekalan elektrik hanya dihidupkan setelah diperiksa oleh pihak berkuasa atau juruteknik bertauliah.

2. Bersihkan Kawasan dengan Selamat

Gunakan sarung tangan dan kasut kalis air ketika membersihkan kawasan rumah bagi mengelakkan kecederaan atau jangkitan. Buang perabot atau barangan yang rosak teruk akibat banjir dan tidak boleh digunakan semula.

3. Elakkan Air Tercemar

Jangan minum air tercemar. Pastikan bekalan air bersih sebelum digunakan, atau rebus air untuk membunuh bakteria.

4. Pantau Kesihatan Ahli Keluarga

Perhatikan tanda-tanda penyakit seperti demam dan cirit-birit, kerana banjir boleh menyebabkan wabak penyakit seperti leptospirosis atau demam denggi.

Monsun Timur Laut adalah fenomena cuaca tahunan yang memberi kesan besar kepada negara, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dengan persediaan awal dan tindakan pantas, kesan buruk bencana ini dapat dikurangkan.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

MET Malaysia, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Doa Banjir Yang Boleh Diamalkan Agar Dilindungi Dari Musibah & Banjir Segera Surut

Baca juga:  Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

Baca juga: Elak Memandu Kereta Ketika Banjir, Kalau Terdesak Cuba Cara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Monsun Timur Laut 2024/2025: Bila Ia Bermula, Negeri Yang Terjejas & Persediaan Banjir
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham