Bagi ibu bapa baru, tidak dinafikan penjagaan bayi baru lahir sememangnya sesuatu yang cukup asing. Selain memastikan bayi disusukan dengan betul, dimandikan dengan sempurna, cara perawatan baki tali pusat bayi baru lahir juga penting untuk diketahui!
Apa fungsi tali pusat?
Walaupun ramai ibu ayah yang sudah tahu, namun ayuh kami jelaskan sekali lagi.
Bayi sebenarnya dilahirkan dengan tali pusat yang menyambungnya ke plasenta. Tali pusat ini memberikan oksigen dan nutrien kepada bayi ketika mereka di dalam rahim. Ia juga berfungsi untuk membuang hasil cernaan bayi.
Setelah bayi dilahirkan, mereka dapat bernafas, makan, dan membuang air besar sendiri sehinggalah baki tali pusat itu gugur.
5 Tanda baki tali pusat bayi bermasalah
#1. Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut
Sentiasa perhatikan keadaan baki tali pusat bayi apabila anda menukar lampin atau setiap kali anda ingin memandikan bayi. Sekiranya anda nampak tanda seperti ini jangan meletakkan sebarangan ubat untuk merawatnya.
#2. Keluar nanah, cecair kuning kehijauan daripada kulit sekitarnya
Ini boleh dikatakan sudah tahap teruk. Kadang-kadang ibu bapa tidak perasaan keadaan baki tali pusat bayi jadi begini kerana ditutupi lampin.
#3. Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat
Bau busuk menandakan sesuatu bahagian badan dijangkiti. Jadi periksa kawasan baki tali pusat itu dan pastikan ia sentiasa kering. Kalau boleh dedahkan kawasan itu untuk galakkan pengudaraan.
#4. Bayi demam
Demam juga salah satu petanda yang bayi anda dijangkiti kuman. Segera bawa jumpa doktor jika bayi mengalami demam dengan suhu yang tinggi.
#5. Anak menjadi cerewet
Selalu menangis dan berasa tidak selesa juga antara tanda yang ibu bapa perlu peka. Kadang-kadang mereka juga akan tampak lesu dan sering mengantuk jika berlakunya jangkitan.
Cara perawatan baki tali pusat bayi baru lahir
Cara terbaik untuk merawat baki tali pusat adalah dengan memastikan ia kekal bersih dan kering sehingga jatuh dengan sendirinya.
Untuk menjaga kebersihannya, anda tidak perlu mencucinya dengan kerap. Sebaliknya, anda harus mengelakkannya daripada kekotoran sahaja.
Menjaga baki tali pusat agar sentiasa kering adalah kaedah terbaik untuk menggalakkan penyembuhan yang sihat dan penggugurannya secara semula jadi.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk baki tali pusat gugur?
Tali pusat biasanya jatuh dalam satu hingga tiga minggu selepas kelahiran. Anda boleh rujuk dengan doktor anda sekiranya tali pusat tidak gugur dalam tiga minggu, kerana ini mungkin merupakan tanda masalah yang tidak diketahui.
Sementara itu, awasi tanda-tanda jangkitan, kejadian yang tidak biasa. Sekiranya anda melihat nanah, pendarahan, bengkak, atau perubahan warna, segera hubungi doktor anda!
Apabila baki tali pusat bayi benar-benar telah kering dan sembuh ia akan mudah jatuh dengan sendirinya. Sebilangan ibu bapa akan menyimpan baki tali pusat itu sebagai kenangan.
Cara perawatan baki tali pusat bayi selepas gugur
Selepas baki tali pusat gugur, ada kemungkinan pusat bayi anda masih tidak dalam keadaan normal. Akan ada sedikit darah atau luka, kerana ia baru sahaja gugur.
Jadi jangan sekali-kali menyentuh dengan tangan dan mengusik bahagian luka tersebut kerana ia akan menyebabkan jangkitan atau merengsakan kawasan tersebut. Percayalah anda akan dapat melihat pusat yang comel itu secepat mungkin.
Setelah baki tali pusat terjatuh, anda boleh mandikan bayi seperti biasa. Anda tidak perlu mengelak bahagian pusat bayi dari terkena air, elakkan dari terkena sabun. Cuma pastikan ia kering sebelum dipakaikan lampin dan baju.
Perawatan baki tali pusat bayi lebih terjamin dengan Drypers Touch Newborn
Ibu ayah tentu sudah tahu bukan, pemillihan lampin bayi yang betul dapat mengelakkan kulit bayi daripada rengsaan dan membantu keselesaan sepanjang pemakaian.
Drypers Touch Newborn mempunyai Navel Care, iaitu reka bentuk potongan khas pada pusat untuk melindungi baki tali pusat bayi agar proses penyembuhan lebih cepat.
Potongan ini dapat mengurangkan tekanan pada bahagian tali pusat bayi dan mengurangkan geseran pada bahagian sensitif itu setiap kali bayi bergerak.
Drypers Touch dihasilkan dengan teknologi Pro Skin yang memberi kelembutan premium serta keselesaan terunggul sesuai untuk bayi baru lahir.
Material lampin ini juga membolehkan pengaliran udaran yang baik supaya kulit bayi boleh bernafas dengan sempurna.
Selain itu, Drypers Touch mempunyai daya penyerapan yang pantas untuk kekeringan berpanjangan sehingga 12 jam. Ia dapat membantu percepatkan pengeringan cecair serta menghalang najis bayi daripada terkena terus pada kulit bayi.
Pelbagai ganjaran menanti anda di Drypers Baby Club!
Daftar dengan Drypers Baby Club hari ini untuk mendapatkan sampel percuma lampin Drypers Touch Newborn untuk menikmati keselesaan terunggul!
Selain itu, anda juga boleh mendapat petua keibubapaan yang bermanfaat dan pelbagai faedah menarik yang lain.
Selamat menjalani detik keibubapaan yang bermakna dengan Drypers Baby Club. Jangan tunggu lagi, daftar sekarang di sini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Yang Betul Menjaga Baki Tali Pusat Bayi, Jangan Sampai Kemerah-Merahan Ya Ibu!
Baca juga: Bayi Yang Tali Pusatnya Sengaja Lewat Dipotong Ketika Lahir Jarang Sakit, Sistem Imun Kuat
Baca juga: Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!