Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

Cara pindahan KWSP akaun 3 mudah saja terutama jika anda sudah mempunyai i-Akaun KWSP. Tapi jika rag8-ragu boleh saja ke kaunter KWSP.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024. Pemegang akaun kini mempunyai akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel yang juga dipanggil akaun 3 KWSP. Jadi bagaimana cara pindahan KWSP akaun 3?

Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:

  1. Akaun Persaraan: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan
  2. Akaun Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan
  3. Akaun Fleksibel: Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

KWSP mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli. 

Cara Membuat Pindahan Amaun Permulaan

Cara Pindahan KWSP Akaun 3 mudah saja. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

  1. Buka i-Akaun KWSP di secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Tekan butang “Ketahui lanjut” di bahagian Akaun Fleksibel
  3. Klik butang teruskan selepas baca penerangan.
  4. Tekan “Pindah Sekarang”.
  5. Klik lagi butang teruskan.
  6. Jumlah pindahan akan dicadangkan. Tekan teruskan.
  7. Permohonan berjaya di proses. Proses kelulusan 2-3 hari. khirnya permohonan korang berjaya diproses. Tunggulah 2-3 hari bekerja untuk diluluskan.

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu ada akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3

  • Belum mencapai umur 55 tahun​
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel​
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Contoh Pengiraan / Pelaksanaan Pemindahan Ke Akaun 3

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.

1.Bagi baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas

Pindahan akan dibuat seperti berikut:
• Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
• Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan
• Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bagi baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000

Pindahan akan dibuat seperti berikut:
• Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
• Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

Apa Akan Jadi Jika Ahli Tidak Memilih Membuat Pindahan Amaun Ke Akaun 3?

Bagi ahli yang tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam akaun KWSP akan kekal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simpanan Akaun Fleksibel anda akan bermula dengan caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Daftar Anak 14 Tahun Ke Atas Dengan Akaun KWSP & Terima RM250 Dividen Dari Kerajaan!

Baca juga: Tiada KWSP Macam Orang Lain, Pasangan Ini Nekad Pecah Tabung Buat Beli Baju Raya

Baca juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar