TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Daftar Anak 14 Tahun Ke Atas Dengan Akaun KWSP & Terima RM250 Dividen Dari Kerajaan!

3 min bacaan
Daftar Anak 14 Tahun Ke Atas Dengan Akaun KWSP & Terima RM250 Dividen Dari Kerajaan!

Akaun KWSP anak boleh mulai dibuka seawal umur mereka 14 tahun dan ke atas untuk menerima lebih tabungan serta insentif lain.

Buka akaun KWSP anak? Boleh ke?Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah boleh mula dibuka buat individu yang berusia 14 tahun dan ke atas.

Ya, segelintir orang hanya menganggap bahawa akaun tersebut boleh dibuka sejurus anda menerima tawaran bekerja di sesebuah syarikat.

Apa yang anda boleh baca menerusi artikel ini:

  • Buka akaun KWSP untuk anak yang berusia 14 tahun ke atas
  • Manfaat jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang
  • Cara-cara untuk membuka akaun KWSP 
  • Perkara penting lain yang perlu diketahui

Buka akaun KWSP untuk anak yang berusia 14 tahun ke atas

Seorang pengguna Facebook iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi satu hantaran telah berkongsikan satu ilmu yang sangat berguna buat ibu ayah di luar sana yang masih belum membuka akaun KWSP untuk anak-anak yang sudah berusia 14 tahun ke atas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

“Saya agak ketinggalan ‘bas’ kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja,” tulisnya.

Manfaat jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang

akaun kwsp anak

  • Kerajaan ada memberikan insentif tambahan RM250 (maksimum setahun), sebagai contoh jika anda carumkan wang RM2,000, kerajaan akan tambah RM250 selaku galakan di bawah insentif skim i-Saraan.
  • Pendaftaran pula boleh dibuat di kiosk KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

Cara-cara buka akaun KWSP

Pada mulanya kami ingatkan perlu menunggu tempoh yang lama untuk membuka akaun KWSP anak ini, tapi sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Malah, boleh pergi ke kios sahaja tak perlu ke kaunter.

Jimat masa!

  • Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kios di mana-mana cawangan.
  • Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.
  • Kebiasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.
  • Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Shariah.
  • Beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan), mereka akan bantu terus juga.

Perkara penting ibu ayah perlu tahu selepas buka akaun KWSP anak

  • Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
  • Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking. Nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.
  • Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.
  • Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2,500.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Saraan, anda boleh KLIK SINI.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana.

Facebook | Dr Zaharuddin Abd Rahman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Baca Juga:  Tiada KWSP Macam Orang Lain, Pasangan Ini Nekad Pecah Tabung Buat Beli Baju Raya

Baca Juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Daftar Anak 14 Tahun Ke Atas Dengan Akaun KWSP & Terima RM250 Dividen Dari Kerajaan!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham