Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

Cara pujuk lelaki atau suami yang merajuk perlu dilakukan dengan cara betul bagi menurunkan ego dan mengambil semula hati mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehidupan berpasangan sememangnya tidak akan sunyi tanpa masalah. Tidak hanya wanita, ada kalanya kaum lelaki juga boleh merajuk sekiranya hati mereka terluka. Justeru beberapa cara pujuk lelaki atau suami ini mungkin dapat membantu anda.

Ketika konflik melanda, rata-ratanya akan memilih untuk menjauhkan diri dan saling buat tidak tahu hingga boleh menyebabkan ia berpanjangan. Namun jika berpunca daripada kesalahan anda, ambil lah semula hatinya dengan beberapa cara pujuk lelaki yang berkesan ini.

Perkara penting sebelum cuba cara pujuk lelaki

Tapi sebenarnya, hati lelaki ini ada sensitifnya juga. Sebelum kita lihat 15 cara pujuk lelaki, apa kata anda lihat dulu 3 cara memujuk suami ini:

1. Kenal pasti apa punca mereka merajuk

Pertama sekali, sebelum anda cuba cara pujuk lelaki melalui SMS, kenal pasti dulu apa sebab mereka merajuk. Kalau kaum wanita, mungkin susah untuk kita teka apa sebab mereka merajuk.

Tapi bagi lelaki senang saja! Ingat satu perkara: Bila anda sudah tahu sebabnya, jangan malu untuk berterus-terang dan mengakui kesilapan anda.

Lelaki ini egonya tinggi. Jangan ditambah atau dicabar. Nanti, rajuknya makin panjang!

2. Jangan terlalu tegas, tapi bermanjalah dengannya

Lelaki memang nampak “macho” dan keras, tapi sebenarnya, mereka amat tertarik dengan kata-kata lembut yang dituturkan seorang wanita.

Salah satu cara pujuk lelaki yang paling berkesan adalah berlemah-lembut dan bersopan dengannya. Percayalah, pasti amarah dan rajuknya itu akan tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Bergurau dan menceritakan komedi

Jangan lupa, oleh sebab sikap lelaki yang lebih santai dan jenis laid-back, anda boleh menggunakan teknik bergurau atau komedi untuk memujuknya.

Tapi pastikan gurauan anda itu tidak keterlaluan ya. Jaga air mukanya. 

Cara pujuk lelaki merajuk

Apabila sudah tahu beberapa punca yang membuatkan lelaki merajuk atau marah, barulah anda boleh mula mencuba cara pujuk lelaki merajuk seperti di bawah:

#1. Beri ruang untuk tenangkan diri

Memandangkan permasalahan yang berlaku dalam hubungan biasanya melibatkan perasaan marah, ego dan kecewa, berikan masa untuk anda dan suami tenangkan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pujuk lelaki marah ini dapat membantu anda berfikir sedalamnya dan memilih jalan penyelesaian terbaik. Ketika bersendirian, ini sekaligus mewujudkan kesedaran agar tidak memanjangkan lagi masalah.

#2. Masak makanan kegemaran

Ramai berpendapat bahawa untuk jaga hati seorang lelaki, anda perlulah jaga perut mereka. Ini bermakna, anda perlu memasak makanan yang dia gemari dengan penuh ikhlas.

Jika perut sudah kenyang, pasti hati suami rasa lebih tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Berikan kejutan ataupun hadiah

Macam mana nak pujuk lelaki yang seterusnya anda boleh cuba adalah cipta kejutan dan belikan hadiah buat pasangan.

Bukan perempuan sahaja suka diberikan hadiah, lelaki pun suka rasa dihargai lebih-lebih lagi dari orang tersayang.

Tidak perlu tunggu hari lahir atau hari anniversary, sebenarnya hadiah boleh diberikan bila-bila masa sahaja.

Jika anda tahu ada barang yang pasangan anda dah lama inginkan, apa kata gunakan masa ini untuk pujuk dengan menghadiahkan barang tersebut. Lelaki mudah menghargai seseorang jika seseorang tahu untuk menghargainya.

Memandangkan dunia sekarang semakin canggih, anda boleh guna aplikasi seperti Instagram, Facebook atau Whatsapp sebagai cara pujuk lelaki marah.

Caranya adalah memuat naik status berserta gambar berdua dengan pasangan, video lucu ataupun kata-kata nasihat dan cinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, ‘tag’ atau taip nama akaun pasangan pada gambar atau status berkenaan. Meskipun ia mudah dilakukan, jangan sampai tersalah cara pujuk lelaki marah ya.

Elakkan sebar keburukannya atau ‘over’ dalam pemilihan gambar yang ingin dikongsi bagi mengelakkan orang lain rasa meluat.

#5. Tulis kad atau surat cinta

Macam mana nak pujuk lelaki yang seterusnya adalah menggunakan kaedah manual ala orang dulu-dulu bercinta.

Luahkan kemaafan dan kerinduan anda pada suami di dalam surat atau kad ucapan. Untuk lebih romantik, tampalkan juga gambar kalian berdua sewaktu awal perkenalan atau kenangan manis bersama.

Cara pujuk lelaki merajuk ini mungkin dapat mengambil semula hati mereka dan sekaligus mengelakkan konflik yang berterusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Beri pelukan dan ciuman

Cara pujuk lelaki merajuk juga boleh dilakukan melalui belaian. Hal ini kerana jauh di dasar hati mereka rindukan layanan istimewa dari seorang isteri.

Pelukan dapat menenangkan hati yang kecewa dan marah dengan salah faham yang terjadi. Manakala ciuman dapat membuktikan bahawa anda terlalu mencintainya dan tidak ingin memperbesarkan masalah.

#7. Duduk berbincang

Cara nak pujuk lelaki adalah dengan duduk berbincang. Hal ini penting kerana biasanya konflik yang terjadi melibatkan hati dan perasaan.

Ketika berbincang, pastikan ada kejujuran dan berterus terang tentang masalah masing-masing. Sekiranya ia disebabkan oleh anda, akui sahaja kesilapan diri.

Katakan sayang pada hubungan yang sudah lama terbina dan dengarlah sebaiknya luahan hati suami. Mungkin mereka ingin anda berubah serta memperbaiki diri terhadap sesuatu perkara.

Cara pujuk lelaki tawar hati

Biasanya tempoh lelaki merajuk adalah bergantung kepada jenis permasalahan yang anda dan dia hadapi.

Masa akan menentukannya. Ada pasangan yang tidak sampai sehari sudah berbaik, dan ada juga memakan masa hingga tiga hari atau lebih disebabkan oleh rasa tawar hati ataupun faktor lain.

Ada beberapa cara pujuk lelaki tawar hati iaitu:

  • Mengalah dan minta maaf

Tidak hanya wanita sahaja, lelaki juga boleh tawar hati apabila permasalahan sama berulang terjadi buat beberapa kali.

Justeru cara pujuk lelaki tawar hati ini adalah dengan mengalah dan minta maaf kepadanya.

Cara nak pujuk lelaki merajuk sebenarnya dilakukan sejak dari awal kejadian. Elakkan rasa malu untuk mengakui salah anda dan berusahalah untuk mengulanginya lagi.

Jika malu, taipkan mesej atau hantar Whatsapp bagi menjernihkan semula keadaan.

Cara pujuk lelaki merajuk melalui chat

Sesetengah isteri pasti rasa segan dan kekok untuk pujuk lelaki yang mereka cintai. Justeru kami kongsikan beberapa cara pujuk lelaki merajuk melalui chat. Dengan ini, anda yang berjauhan dengan suami bolehlah cuba.

Namun, bagaimana kalau anda sudah cuba cara di atas, tapi suami masih merajuk dan marah? Ehem, kini tiba caranya untuk anda belajar cara pujuk lelaki melalui pesan ringkas pula.

Pesanan ringkas melalui SMS atau Whatsapp chat boleh memudahkan anda meluahkan perasaan. Tekan-tekan keypad, nah… jadi satu ayat manis lagi romantik. 

Di bawah ini, kami senaraikan 15 cara pujuk lelaki merajuk melalui chat bagi mengambil semula hati mereka.

  1. Keputusan yang paling penting saya pernah ambil dalam hidup ini adalah berkahwin dengan awak. Awak sebenarnya orang terbaik di atas muka Bumi ini! Love you, hubby!
  2. Awak adalah pasangan hidup terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Awak sangat istimewa <3
  3. Setiap kali saya tutup mata, saya nampak wajah manis awak. Setiap kali saya fikirkan tentang kita, saya tidak pernah tak rasa puas. Saya sangat gembira sebab kenal dan memiliki awak.
  4. Dear hubby, kita mungkin dah bergaduh, dan saya mungkin sudah melakukan kesilapan. Tapi, saya betul-betul mengasihi awak, dan tiada siapa boleh buat kita berpisah! I love you.
  5. Terima kasih sayang sebab bagi saya pandu kereta kegemaran awak, dan layan saya macam princess. Tapi paling penting, terima kasih sebab mengahwini dan mencintai saya…
  6. Jika awak hidup selama 100 tahun, biarlah saya hidup selama 99 tahun saja sebab saya tak rela hidup tanpa awak…
  7. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U!
  8. Kalau I boleh susun abjad, I nak letak U dekat dengan I
  9. Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi kenapa setiap kali saya dengar suara awak, saya jatuh cinta lagi sekali?
  10. Jika cinta ini dicukai, akulah pembayar cukai paling tinggi!
  11. Saya bangun pagi ini memikirkan tentang segala senyuman, gelak tawa dan kebahagian yang kita lalui. Tapi apa yang paling saya fikirkan adalah awak, si manis hati!
  12. Awak mesti altet yang bagus sebab awak selalu berjalan dalam fikiran saya. Takpun awak ini pencuri yang bagus sebab awak dah curi hati saya!
  13. Jika saya boleh kutip bintang setiap kali awak buat saya tersenyum, pasti seluruh langit sudah ada dalam tangan saya ini.
  14. Kadang-kadang, saya tak nampak diri saya bila saya bersama awak. Sebab… saya hanya nampak awak.
  15. Cintaku padamu bagaikan call center, selalu online sepanjang hari

Kesimpulannya, bukannya susah cara nak pujuk lelaki merajuk dan marah jika kena pada tempatnya. Sebagai isteri, anda kena faham bahawa suami juga ada hati dan perasaan.

Mereka juga rasa sedih, kecewa dan marah jika berdepan ujian rumah tangga. Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Betulkah Lelaki Yang Ada Adik Beradik Perempuan Lebih Memahami? Ini 4 Sebabnya!

Baca juga: Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

Baca juga:  6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk