Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Kita masih di bulan Syawal, pasti mak-mak masih lagi merebus ketupat untuk dihidangkan kepada para tetamu, boleh cuba cara rebus ketupat ini.
Tak sampai 1 jam ketupat dah masak dengan lembut dan tak berderai. Hasilnya juga lebih baik daripada direbus lama-lama.
Isi Kandungan
Cara Rebus Ketupat Nasi Paling Mudah & Jimat
- Mula-mula, basuh beras sehingga bersih. Rendam sekurang-kurangnya dalam 2 jam.
- Celupkan bungkusan ketupat ke dalam air supaya tiada habuk yang melekat.
- Selepas beras direndam lama, masukkan ke dalam kulit ketupat nasi.
- Untuk 1 ketupat, isi separuh beras sahaja.
- Dalam periuk besar, didihkan air.
- Selepas air mendidih, baru masukkan ketupat yang siap tadi.
- Rebus selama 30 minit.
- Kemudian, tutup api. Biarkan ketupat bertutup selama 30 minit.
- Hidupkan semula api. Masukkan air lagi sekiranya air rebusan sudah surut.
- Rebus lagi selama 30 minit.
- Tutup api dan keluarkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips Ketupat Sedap & Tak Cepat Basi
- Pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik. Bukan hapak atau beras lama.
- Gunakan daun kepala yang segar dan muda supaya mudah dianyam dan kemas.
- Isi ketupat dengan kandungan beras yang tak terlalu banyak atau sedikit bagi mengelakkan nasi tidak masak dengan baik atau mudah lembik dan cepat basi.
- Celupkan dahulu ke dalam air yang mendidih, tos dan biarkan ia tergantung supaya tiada lebihan air yang tertinggal.
- Simpan dalam peti sejuk beku jika ingin makan kemudian hari. Kalau nak makan, tak perlu rebus semula. Boleh kukus dan biarkan sehingga tekstur jadi lembut dan mudah dipotong.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!
Baca juga: Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Mudah & Lembut Untuk Raya
Baca juga: Resipi Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!